Wednesday, November 27, 2013

Getaran HATI SISWA SISWI...

Rakan-rakan Ojet yang membantu kempennya dalam 
pilihanraya kampus (PRK).

Antara poster Ojet untuk kempen PRK.

Pada aku satu lagi sejarah/kenangan manis terukir dalam catatan diary kehidupan seorang emak. Anak perempuanku, Ojet menang pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam pilihanraya kampus (PRK) bagi sesi 2013/14 yang di adakan semalam 27 Nov. Dalam paper pagi ni... kumpulan proaspirasi mencatat kemenangan 100 peratus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan memenangi kesemua 50 kerusi di kampus induk dan 176 kerusi di kampus cawangan. Dan ketika ini masih berlangsung lagi pilihanraya kampus di universiti-universiti lain.

Keputusan PRK itu di umumkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal ehwal Pelajar UiTM, Prof. Datuk Abdullah Mohd. Said di kampus Induk UiTM. Dengan kemenangan besar ini sekaligus dapat membentuk Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Ojet bertanding bagi wakil fakulti bisnes cawangan UiTM Perlis. Berita kemenangan itu disampaikannya pada aku tadi. Aku cuma ucap tahniah! ... Si abang di UK pun hantar message tanya adiknya Ojet bertanding untuk jawatan apa.

Itulah anak perempuan aku... Tak tahu aku nak kata apa... Hanya pesanku selain dari melaksanakan tugas-tugas sebagai wakil pelajar... study jangan di abaikan. Lakukan kedua-dua tugas itu sebaik mungkin. Janji dalam menifesto pilihanraya harus di tunaikan. Dengan lantikan itu kehidupan sebagai student makin sibuk. Harapan aku dia dapat dan pandai membahagikan masa sebaik-baiknya.

Sabtu ni aku akan ke Arau untuk berjumpa dengannya...

22 comments:

  1. tahniah utk Ojet
    mmg ada bakat jd pemimpin tu
    semoga dpt menjd pemimpin yg amanah dan disayangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Irfa! Saya pun ingatkan jugak pada dia, janji masa kempen dan dalam manifesto tu laksanakan!

      Delete
  2. tahniah!! ini calon pemimpin generasi baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Nieda! dan saya ada bertanya dengan Ojet... habis belajar nanti nak masuk politik ke?

      Delete
  3. Wah! Tahniah. Semalam saya pun mengundi di fakulti saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Wan! Skrg ni memang musim PRK di semua Univ di M'sia.

      Delete
  4. Tahniah ojet..juga tahniah pada mama ojet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih acik! saya tak ada apa-apa... menggalakkan pun tidak... tapi rasa teruja juga bila tahu dia dipilih sebagai calon dan bertanding.

      Delete
  5. Tahniah Ojet!....Dlm pemilihan perwakilan pelajar.
    You must be very proud of her.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Leez! Iya... sedikit sebanyak ada juga rasa bangga itu...

      Delete
  6. tahniah..menimba pengalaman sebagai pemimpin..

    ReplyDelete
  7. Tahniah utk Ojet dan ibunya juga

    ReplyDelete
  8. Wah seronoknya..... Tahniah buat Ojet dan mama Ojet juga! :D

    ReplyDelete
  9. salam.
    tahniah buat ojet:)
    kalau free singgah lah ke blog noly www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. tahniah pada anak sweety ye, utamakan pelajaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Zila! so far ok dalam dua semester dan tahun pertamanya dia dapat 4 flat!

      Delete