Monday, November 18, 2013

Ilmu di pelajari untuk apa?...

Ni antara buku-buku rujukan yang digunakan oleh abang ketika dia mengikuti foundation di Kolej Mara selama setahun dan ada beberapa buah lagi tersusun di rak buku di rumah. Ini belum  lagi masuk buku-buku Ojet yang mengambil bidang perniagaan khususnya HR.






Semua dalam bahasa Inggeris. Habis apa pendapat anda semua? Perlukan PPSMI di teruskan? Ada ke yang akan jawab, saya mahu anak saya jadi penjual ikan dan sayur je di pasar malam?

21 comments:

  1. Itulah. Sebenarnya, saya berada dalam 'batch eksperimen'. Batch yang lahir tahun 1995. Sekejap belajar Bahasa Melayu, sekejap Bahasa Inggeris. Batch saya yang terakhir tidak mempelajari sains bermula darjah satu. Batch saya juga yang terakhir mempelajari sains dan matematik dalam Bahasa Melayu di sekolah rendah.

    Dan terakhir, batch saya juga yang terakhir mempelajari subjek-sebjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sebelum PPSMI dimansuhkan.

    Pening juga nak adapt semua. Hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan Wan, eksperimen tak habis-habis. Macam mana nak tahu hasilnya... belum dapat jawapan dah putar balik.

      Delete
  2. Apa-apa pun ok, asalkan niat kerajaan tu betul2 nak majukan pelajar. Kalau buat sesuatu perkara ikut hati menteri pada masa itu, alamatlah pelajar dan guru2 jadi mangsa.. kementerian bertukar tangan, polisi pun bertukar bentuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che mid saya menyokong PPSMI tu. Menguasai BI untuk pertuturan, belajar math dan sains dlm BI itu penting... sebab bila berada di univ kuliah diberikan dlm BI. Tak kira apa jurusan pun. Jadi setkan dalam fikiran anak-anak 'kuasai BI'.

      Delete
  3. kita mak pun susah hati...anak kak eni pun 1st batch BAND thn depan...ekserimen tu...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul eni... saya dulu camtulah... risau je mengenangkan anak-anak... dlm kepala fikir, boleh ke tak budak ni dapat A periksa nanti... alhamdulillah, dapat A+. Apa-apapun eni... setkan dalam fikiran anak-anak, "kuasai BI... susah macam mana pun pelajaran tu... kalau usaha mesti boleh punya... kacang je tu!" Inilah kata-kata 'hikmat' saya pada anak-anak dulu. Walaupun saya kalau di suruh buat pun belum tentu boleh lagi.. hehe..

      Delete
  4. anak acik dari darjah satu dan math dan sains dalam BI..belum habis ting.5 kata nak mansuh..nasib baik belum lagi..acik cuba beli buku math dalam bm..tak faham dia..lain katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak saya pun sama acik, start sekolah menengah subject math dan sains di ajar dlm BI. Mula tu risau saya kot tak boleh dan gagal... alhamdulillah berjaya... dua2 dapat A+. Mereka kata senang belajar math dan sains dlm BI.

      Delete
  5. saya setuju subjek sains dan math diajar in English, sbb kebanyakan terms yg digunakan dlm BI, lebih mudah..tapi yg kesiannya budak2 kelas2 belakang dan jg yg kurang pendedahan BI, mereka payah nak faham jika diajar dlm BI, menyebabkan mereka susah nak catch up subjek2 ni...bahasa sangat penting utk menyampaikan ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga setuju... Nohas anak-anak saya pun tak fasih BI. Kami totaly kat rumah cakap Melayu. Mula tu saya risau takut mereka tak boleh... tapi alhamdulillah! bukan saja boleh menerima pelajaran math dan sains dlm BI... kedua-duanya semakin fasih berbahasa Inggeris... dan bila masuk U dah tak ada masalah untuk mengikuti kuliah yang memang diberikan dalam BI.

      Budak2 kelas belakang ni ada pendekatan lain yang boleh membantu mereka untuk mempelajari dua-dua subject tu. Susah nak jelaskan kat ruang yg terhad ni Nohas. Kerjasama harus dtg dari semua pihak. Contoh yang paling mudah, anak saya Ojet ketika sekolah cikgu lantik dia sebagai fasilator untuk subject math. Cikgu beri dia beberapa orang pelajar dari kelas belakang untuk dia ajar. Hasilnya pelajar2 tu dapat A dalam math.

      Ada banyak cara lagi Nohas utk membantu mereka... ibubapa, pelajar (yg pandai & tak pandai) guru dan PIBG kena bekerjasama.

      Masa anak2 saya dlm tahun 4, kami ibubapa murid2 tahun 4 telah menubuhkan satu kelab klas di mana setiap minggu setiap orang akan mengambil empat atau 6 org murid tahun 4 di mana kami akan membantu/mengajar mereka subject math dan sains. Sedar atau tidak di kalangan ibubapa ada yg boleh jadi cikgu. Masa anak2 saya tu, yang paling seronok ada ibubapa yang bekerja sebagai pensyarah matematik, engineer, doctor dan kerani2 biasa pun... mereka sukarela dan meluangkan masa 1 hari dihujung minggu untuk mengajar anak2 kami bergilir-gilir. Skrg kami semua hampir 'menuai hasil' anak-anak kami telahpu berada di menara gading dan kami pulak tetap berkawan sampai sekarang.

      Delete
    2. ya, thanks for sharing the experience, betul lah kata pepatah, 'hendak seribu daya, tak nak seribu daleh', yg penting usaha & kerjasama, kadang2 tengok budak2 dari luar bandar, yg ibubapa kerja 'kolar biru' pun boleh berjaya dgn cemerlang..yg penting motivasi dan kehendak sendiri..

      Delete
  6. salam kak.. huhuhuhu..
    ade kebaikannye..
    dan ade keburukannye..
    jomlah same2 beradaptasi.. mgkn ape yg dibuat itulah yg terbaik tuk kite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. LadyB, kita usah cepat melatah... sekali pandang mcm tak bagus tapi jika diperhalusi... kita pasti nampak kebaikannya. Usah campur adukkan... fokus pada anak-anak kita. Jadikan anak-anak kita... walau dimana pun mereka diletakkan... buatlah apapun pada mereka... mereka tetap boleh buat... sebab susah itu buat mereka berusaha...

      Delete
  7. bukan senang nak memenuhi keperluan setiap pelajar,masing2 ada pro dan kontra...mmg bagus maths dan sains dlm BI sb asasnya mmg dlm BI cuma pembelajarannya yg menyukarkan sesetengah pihak2 khasnya anak2 melayu....salam ukhwah dan singgah sini seketika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam anajingga. Anak-anak kita (Melayu) terlalu di manjakan. Semua mahu mudah dan senang! Ilmu mana boleh dapat dengan mudah...Tujuan menuntut ilmu itu untuk apa?

      Terima kasih singgah di sini.

      Delete
  8. Kalau tak salah beberapa tahun dulu subjek sains dan matematik kan dalam bahasa inggeris...bagus jugak tu...tapi mansuh pulak...

    ReplyDelete
  9. Sebagai golongan tahun 1950an saya memang tidak nampak macam mana tanpa BI anak anak kita boleh maju bukan sahaja technical tetapi juga bidang lain seperti legal dan accountancy. Tak usahlah kita hendak memaksa syarikat antara bangsa membuat surat perjanjian legal dalam BI. Kebetulah baharu saja saya menulis tentang ini dalam posting blog saya - kalau ingin baca dan beri buah fikiran.

    ReplyDelete
  10. Orang lain saya tak pasti, tapi pendapat peribadi saya sama macam Tun Dr Mahathir. Cuma kita perlu mantapkan bahasa melayu, itu sahaja. Yang ada-ada nipun, bercakap bahasa melayu tunggang terbalik. Tapi kalau tak belajar bahasa Inggeris, dekat U nanti susah nak catch up, melainkan menipu, so jadilah graduan tak berkualiti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pembelajaran dalam BM bukan takat di sekolah saja tapi di universiti. Ini di akui sendiri oleh anak saya dimana ada antara rakan2nya di univ yang susah nak catch-up sebab tak fasih berbahasa Inggeris. Senang je kan nak 'trace' kenapa anak Melayu gagal di universiti. Lagipun kalau dah memilih bidang medic, engineer, Alam bina dan sains actuari dah sah-sah buku-buku rujukan banyak dlm BI. Senang cerita budak2 yg memilih bidang ni rata-ratanya memilih untuk study oversea.

      Delete