Friday, April 13, 2012

Sebab lama tak update dan anak angkat....

Rasanya agak lama juga tak update blog ni. Tak ada mood. Kamera pulak rosak. Rasa macam tak bestla pulak bila tulis entry tanpa gambar.

Ojet kata ambillah gambar guna handphone. Hmm! Ojet sekarang jadi penanam anggur (he..he). Pengajian Asasinya dah habis. Apapun tunggulah bulan sembilan nanti, keputusan UPU keluar. Lama tu. Hari tu adalah dia cakap sementara menunggu keputusan UPU dia nak kerja, tapi dah hampir sebulan dah dia kat rumah, tak ada lain selain dari tidur je kerjanya.

(Gambar yang diambil menggunakan handphone Ojet. Ini
blueberry cheese tart yang di oder oleh Lin, terima kasih Lin)

Kat rumah sekarang ni selain dari Ojet aku ada sorang lagi anak dara. Anak angkat, nama Iqa. Iqa nilah teman aku di rumah sejak dua bulan lepas. Student Politeknik Johor Bahru. Sekarang ni tengah buat latihan industri (praktikal) di salah satu butik di KL ni. Jiran yang kenalkan. Menurut jiran tu kawan anaknya mencari bilik untuk disewa. Tapi rumah aku tak ada bilik kosong, yang ada cuma bilik anak-anak yang ditinggalkan kosong sebab masing-masing tinggal di kolej. Dan aku pulak ibu yang kesepian dan sering rindukan anak-anaknya.


(Inilah anak angkat aku Iqa.)

First time aku dipertemukan dengan Iqa hati terus suka. Aku cakap ngan dia, panggil je aku emak.

Waktu aku hubungi si abang beritahu aku ambil anak angkat, dia ketawa. Berkali-kali dia tanya betul ke? Dan dia tanya lelaki ke perempuan. Aku kata perempuan. Ojet pun sama. Waktu tu dia masih di kolej lagi. Bila aku talipon dan beritahu tentang aku ambil anak angkat, dia paling seronok. Tanya besar mana. Ojet ingat aku ambil baby.

Ceritanya sebelum tu, Iqa ni tinggal menyewa bilik dengan satu ‘keluarga’ di Ampang. Tapi suasana dalam rumah tu agak misteri sikit. Ada dua pasangan yang sudah berkahwin tinggal dalam rumah tu. Pastu, ada sorang tomboy dan dua lagi perempuan.

Menurut Iqa, dia tak tahu mereka tu semua kerja apa. Selalunya mereka keluar malam dan balik pagi. Pernah sekali tu, menurut Iqa waktu dia masuk rumah, dia terserempak dengan salah satu pasangan tu tengah ‘romen-romen’ atas sofa kat ruang tamu. Kelakuan mereka seolah-olah saja nak menunjuk-nunjuk. Dan bila hari minggu kesemua penghuni rumah tu tidur sampai pukul 3 ke 4 petang. Aku dengar cerita si Iqa, terus fikiran aku membayangkan yang tak baik je.

Kini dah hampir tiga bulan Iqa tinggal bersama aku. Dia pun dah nampak selesa dengan keluarga aku. Hujung bulan depan selesailah praktikalnya. Tapi aku harap hubungan ini tidak terhenti setakat ini saja. Moga akan kekal hingga ke akhir hayat.

No comments:

Post a Comment