Thursday, June 14, 2012

Bersara umur 60? Tak nak...


Gambar tidak ada kena mengena dengan story, kedua 
mereka adalah permata hatiku yang telah meningkat dewasa dan 
sekarang sedang mengikuti pengajian di universiti dalam 
jurusan pilihan mereka. Ojet Tesl dan Abang 
Chemical Engineering.

Umur bersara swasta 60?. Aaaa tak nakkkkk... Den dah ponek kojo kato kau ha... Tak sabar dah nak memencenkan diri. Nak duduk rumah yo tomankan anak-anak.

Pada aku dah elok dah bersara pada umur 55 tu.  Buat apa kerja lama-lama sebab makin lanjut umur makin tak produktif. Aku tak nak pandang jauh-jauh cukuplah merenung dalam-dalam pada diri aku sendiri. Tenaga dah kurang, kreativiti pun tak berapa nak menyerlah.

Lagipun aku dah bajet, cukup je umur 55 nanti, anak-anak dah habis belajar dan bekerja. Segala hutang piutang yang ada sekarang ni, dah habis bayar. Masa tulah nanti untuk aku menambah dan melipat gandakan ibadah yang mungkin selama bekerja ni ada yang terkurang sana sini dan mengeratkan hubungan silaturrahim anak beranak, adik beradik, saudara mara dan jiran tetangga (jangan tubuh kelab mengumpat ye).

Kebetulan anak perempuan ku Ojet sekarang ni tengah study Tesl di U. Aku pernah beritahu dia andai kata lepas grad nanti di postingkan jauh ke utara sana, aku akan ikut dia. Temankan dia sementara belum bertemu jodoh. Ditakdirkan abang memilih untuk terus bekerja di luar negara lepas habis belajar di UK, bila cuti sekolah aku ikut pulak anak lelaki ku. Dia pun cakap akan bawa aku sama.

Lagipun aku tak sabar nak keluarkan duit EPF. Anak lelaki ku kata, duit EPF tu nanti mak buat joli-joli je. Dah penat kerja bertahun-tahun, bila lagi?

2 comments:

  1. betul tu..mcm kata kawan saya.dah umur 60 nanti nak gi keje pakai lipstik pun bibir dah kedut.dah tak lawa..huhu

    saya pun bajet sampai 55 je//harap2 masa tu anak2 dah boleh berdikari dan hutang dah setel.tumpu masa utk ibadat dan kerja amal pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lagi bibir dah kedut dan tak lawa pakai lipstik, tp lipstik yang dipakai tu pun meleleh celah2 kedutan tu.

      InsyaAllah Irfa, itulah yang kita harapkan, sebaik saja kita bersara anak-anak dah boleh berdikari dan kita boleh bersenang-senang hati melewati hari tua.

      Delete