Thursday, June 21, 2012

Macam cikgu betul-betul...


(Sumber dari Google, tapi aku lukis semula.)

Dah dua minggu anak perempuan ku Ojet kerja. Jadi guru sementara di sekolah rendah tempat dia belajar dulu. Tak jauh dari rumah. Gantikan guru bersalin. Tak lama sampai pertengahan bulan Ogos nanti. Awal bulan September tu dah nak balik semula ke universiti.

Ojet mengajar petang. Subject BI dan Pendidikan Seni untuk tahun 2 dan 3. Sesuai sangatlah dia mengajar BI sebab Ojet ambik TESL di universiti. Selain tu dia juga guru kelas untuk 2 Kurnia (ada tiga kelas saja untuk tahun 2 - Kurnia, Ehsan dan Rahmat). Sebelum mula bertugas tu, sempatlah dia buat reserch sikit, tentang silibus sekarang ni.

Tengah hari kalau nak ke sekolah, Mak Tehnya - adik aku yang nombor 4 hantar. Kebetulan dia tak kerja. Surirumah sepenuh masa. Legalah sikit. Kalau tak risau juga aku memikirkan Ojet berjalan sendirian. Walaupun jarak antara rumah dan sekolah tak begitu jauh hanya melalui jalan-jalan perumahan tapi suasana agak sunyi sikit. Dan bila balik pula kalau sempat aku sendiri yang jemput.

Hari pertama Ojet ke sekolah guru besar perkenalkan dia sebagai guru baru di sekolah tu. Guru besar cakap, Ojet adalah bekas pelajar sekolah tu. Guru besar beritahu dalam perhimpunan, “dulu masa kecik-kecik macam awak semua dia belajar di sekolah ni, sekarang dia dah sama pangkat dengan saya! Awak semua nak jadi macam dia tak?” dan seluruh murid-murid dalam perhimpunan tu jawab “nakkk!”. Aku rasa bangga bila mendengar ucapan guru besar dan jawapan pelajar-pelajar tu. Guru-guru sekolah tu pun ada antaranya masih mengenali Ojet. Dan bekas guru matematiknya kata dulu kecik je sekarang dah kembang (dah besar).

Balik dari sekolah pada hari pertama tu Ojet dah mengeluh penat. Budak-budak nakal. Terutamanya kelas 2 Rahmat. Aku tanya dia marahkan ke budak-budak tu. Ojet jawab tak. Kadang-kadang bebudak tu keluar kelas dan dia terpaksa pergi cari. Aku cakap jangan rotan anak orang. Ojet kata dia rasa murid-murid tu macam adik-adik dia je. Kadang-kadang gelihati dan nak ketawa pun ada bila melihat telatah budak-budak tu. Kata Ojet merajuk tu biasalah. Kenalah pujuk. Kalau tak, tak nak buat kerja sekolah.

Menurut Ojet, ada beza antara murid-murid kelas ‘depan’ dan ‘belakang’. Kalau kelas depan lebih senang dikawal berbanding dengan kelas belakang. Kadang-kadang tu mereka pulak yang mengajar Ojet, kalau budak-budak buat bising teacher ketuk meja kuat-kuat dengan pemadam. Tapi Ojet cakap, sekejap je, lepas tu riuhlah balik.

Sekarang ni waktu malam di rumah aku tengok Ojet agak ‘busy’ jugaklah. Menanda kertas, membuat persiapan mengajar. Dan semalam dia “key in’ apatah dalam komputer. Ojet ada cakap tapi aku lupa. Apa tu.. Sistem Pentaksiran Pelajar?... (entahlah, aku pun tak tau, kalau ada cikgu-cikgu yang baca entry ni mesti  dapat agak apa bendanya tu). Aku tengok sampai pukul 3 pagi dia buat. Ojet cakap cikgu yang dia gantikan tu tak buat, jadi Ojet kenalah buat. Sabtu ni pulak ada hari akademik dan sukantara. Lepas tu ada minggu bahasa Inggeris. Ojet kena melatih pelajar tahun 2 untuk buat persembahan. Kalau boleh Ojet cakap dia naklah murid kelas dia - kelas 2K menang. Esok ada sambutan Israk Mikraj di sekolah dan Ojet dah pun memilih dua pelajar untuk dilatih mendeklamasikan sajak. Pun Ojet nak pelajar yang dilatihnya tu menang juga dalam pertandingan membaca sajak. Minggu lepas mengiringi pelajar-pelajar membuat lawatan. Itu pada hari Sabtu.

Ojet cakap, "cuma jadi cikgu sementara je, tapi dah macam cikgu betul-betul." Secara tak langsung aku dapat tengok, tugas guru sebenarnya. Tak habis di waktu sekolah di luar waktu sekolah pun masih terbeban dengan tugas-tugas yang perlu digalas.

8 comments:

  1. sweetie..tugas anak tu memang tugas cik gu kan..tu l kit mcam sibuknya cik gu..anak sedara acik cik gu..tu yang acik tau..kadang nama je cuti sekolah..tapi tah bila dia cuti nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik! saya memang menggalakan Ojet jadi cikgu. Sebab tu saya sarankan dia ambik TESL, tugas sebagai guru tu mulia. Dari yg tak pandai cikgu ajar jadi pandai. Di dunia ni dapat gaji tapi di akhirat kelak dapat ganjaran pahala jika bekerja dengan jujur, ikhlas dan redha.Tp bila tengok kerja cikgu begitu, kesianlah pulak saya.

      Delete
  2. salam kenal... bukan mudah tanggungjawab seorang cikgu.. tapi, jasanya dikenang hingga ke akhir hayat InshaAllah...

    ogyep pernah jadi guru tuition part time... sehingga skrg , bila terjumpa bekas anak murid, mereka masih panggil denagan panggilan "Cikgu" lagi... walaupun dah hampir 4 tahun berhenti jadi cikgu tuition.. kembang aje hati ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ogyep, itulah kelebihan yang ada pada cikgu, sampai keakhir hayat jasanya dikenang dan title cikgu tu lekat sampai bila-bila. Walaupun garang masa mengajar, tp kemudian hari esok ianya menjadi kenangan yang manis pada pelajarnya. Ini saya alami sendiri.

      ya, terima kasih sudi menjadi rakan maya saya.

      Delete
  3. Begitulah hakikat tugas guru2 sekarang. Banyak maklumat yang perlu diisi secara online. Jadi, masa bekerja kadang2 berlarutan hingga pagi bergantung kepada kelajuan talian internet.Hanya yang terlibat secara langsung dan tak langsung je yang mengerti. Dua org anak saya yg dah melanjutkan pelajaran ke universiti tak nak jadi cikgu. Takut agaknya bila tengok kerja2 yang ibu bw ke rumah. Terjaga pukul dua tiga pagi tengok ibu tak tidur lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salmi, saya suka kalau anak saya Ojet tu jadi cikgu, sebab itu saya galakan dia ambil TESL.

      Delete
    2. Sayapun macam tu.. nak sangat ada anak yg ikut jejak tapi nampak gayanya harapan tinggal pada 3 org yg masih bersekolah..

      Delete
    3. InsyaAllah! Pasti ada juga yang mengikut jejak langkah tu, "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" ye tak.

      Delete