Makin bertambah...
Fridge magnet lagi. Kali ini dari Australia. Adik yang belikan. Dua minggu sudah dia ke Melbourne. Semalam dia baru balik. Sebelum pergi tu dia ada tanya aku nak apa, macam selalulah aku akan pesan belikan aku fridge magnet. Aku tak nak benda lain. Mula-mula dulu satu, tak lah nampak cantik. Tapi bila makin bertambah bilangannya nampak cantik pulak. Sekarang ni bukan aku saja yang suka mengumpul fridge magnet malah seluruh adik-beradik turut sama meminati koleksi ni.
Pasangan berpakaian tradisional Korea dan
Burj Dubai dari hubby.
Anak lelakiku abang yang mencetuskan minat ni. Dialah orang yang mula-mula sekali belikan aku fridge magnet ni dari Vietnam. Lepas tu sesiapa saja ahli keluarga yang keluar negara mereka akan beli fridge magnet ni sebagai buah tangan. En. hubby pun sama. Dia belikan aku sepasang patung berpakaian tradisional dari Korea. Adik ipar beri fridge magnet lambang Taj Mahal waktu dia ke India tiga bulan lepas. Bila dibelek-belek semua fridge magnet ni aku rasa si abang lebih seni dan pandai memilih bentuk-bentuk fridge mangnet yang cantik.
Salam Sweetie..saya pun tgh kumpul fridge magnet jugak..hobby kita sama je..hr ni tunggu anak bawa blk dr Korea walau pn anak saudara dh belikan..hee
ReplyDeleteOh! rindunya ngan sweetsal, lama betul menghilang. Anak sal ada yang belajar di Korea jugak ke. Yang perempuan tu apa khabar sekarang, masih di Jepun lagi ke?
ReplyDeletesaya pun rindu jugak dgn sweetie..blog dh terabai nie..kesian..busy sgt..yg dikorea bkn pi belajar, Universiti dia sponsor trip ke sana..yg dok jepun masih belajar lg..tinggal lg 2 setengah tahun lg...anak sweetie dh pegi UK ke??
ReplyDeleteBulan sembilan ni. Pihak sheffield dah beritahu mesti sampai pada 10/9.2012. Alhamdulillah! 2 tahun dia bertungkus lumus untuk melepasi 'standard' yang telah ditetapkan oleh penaja, akhirnya dia berjaya. Menangis saya sal, bila dia beritahu keputusannya.
ReplyDeleteBukan saja cantik, tapi tiap satu ada cerita dan kenangan sendiri....kan!
ReplyDelete:-)
Ya cikLah@xiiinam!
Delete