Thursday, June 7, 2012

Terima Kasih!..

Terima kasih kepada kawan-kawan, jiran dan kenalan yang telah membeli produk sweetie. Juga tak lupa kepada yang telah membeli melalui perantaraan yang sweetie sendiri tidak kenal. Mereka membeli produk sweetie setelah mengetahuinya dari kawan-kawan sepejabat. Terima kasih daun keladi, kalau nak, boleh order lagi...!
 18 biji Egg Tart, order dari Roze. Sebelum ini Roze telah
order 70 biji cheesetart. Selalunya Roze akan pesan dia mahu
semua tart-tart tu diisi dalam bekas plastik saja supaya senang
di bawa. Aku pernah tawarkan diri untuk menghantar
terus tempahan kerumahnya tapi dia tak mahu. Terima kasih Roze!

 4 biji chiffon perasa pandan dan orange. Order dari Nah,
jiran satu taman.

 Egg tart ini di pesan oleh seseorang dari Ambank. Aku tak
kenalpun orangnya. Pesanan ini dibuat melalui adik.

 Ini pula order dari Salina. Lin ni pun kerap juga order
cheesetart, menurut Lin mak mertua dia suka cheesetart.

 Moist Chocolate Cake, order dari Jaya, kawan satu
pejabat.

Ini pula order dari Zul, Shidah dan Aishah. Tart ni sebenarnya
ada dua saiz. Kecil dan besar. Selalunya Shidah akan order 
yang saiz besar tapi kali ini dia ambil yang saiz kecil. Katanya nak buat
buah tangan untuk mak mertuanya yang sedang di rawat di hospital PD.
Zul dan Aishah pula inilah pertama kali mereka membeli
cheesetart dari sweetie.

Order dari Hana, kawan satu pejabat.

Order dari seseorang yang juga tidak sweetie kenali dari
Putrajaya. Order ini dibuat melalui kawan sepejabat. Ada lapan kotak 
semuanya Sebelum ini pun kalau tak silap sweetie beliau juga
pernah menempah chiffon cake sebanyak sepuluh biji dari sweetie.

Kepada yang namanya tidak sweetie sebutkan di sini, jangan pula berkecil hati. sweetie tetap menghargai atas segala sokongan anda semua. Kepada yang turut mempromosi dan menghebahkan produk sweetie ini kepada kawan-kawan dan saudara mara, jutaan terima kasih sweetie ucapkan!

No comments:

Post a Comment