Sehingga pukul 3 pagi tadi baru semua cheesetart ni siap
dibakar dan di susun ke dalam kotak.
Alhamdulillah! Nampaknya rezeki bertambah sepanjang beberapa minggu ni. Dari suka-suka asalnya kini tempahan untuk blueberry cheesetart, egg tart dan kek semakin menggalakkan. Rasanya aku tak cukup tangan untuk menyiapkan semua tu. Penat dan rasa tak cukup rehat tapi hati seronok.
Anak perempuanku Ojet pun dah bising. Dia kata aku ni dah tak pedulikan kesihatan diri. Setiap malam aku masuk tidur pukul 3 dan bangun pukul 6 pagi. Dan sebelum ke tempat kerja aku akan menghantar semua tempahan kepada pelanggan. Waktu anak angkat aku Iqa ada bila petang aku sampai di rumah dia akan tanya, "hari ni mak buat tart lagi?" Sekarang Iqa dah habis praktikal dan aku dah hantar dia balik Kuala Kangsar minggu lepas.
Apapun terima kasih juga kepada adik yang secara tak langsung telah buat sale marketing untuk aku. Sejak dia buat promosi, nampaknya setiap hari ada saja tempahan. Ada ketikanya aku dah tak mampu menerimanya tapi akhirnya kalah juga dengan pujuk rayu. Pernah beberapa minggu sudah aku tetiba naik 'hangin'. Tension tak tentu pasal sebab penat.
Okeyla, sekarang ni aku dah boleh settle. Untuk minggu ni tempahan telah ditutup. Semalam saja aku telah siapkan 18 belas kotak blueberry cheesetart. Semua tu kena hantar pada hari ini (jumaat). Nasib baik Ojet bantu. Dialah yang menyusun dan memasukkan tart-tart tu ke dalam kotak. “Hati-hati angkat benda ni esok mak!
Lapan belas kotak cheesetart siap untuk di hantar kepada
pelanggan di sebuah bank di Jalan Ipoh. Aku pun tak kenal siapa
orangnya. Order di buat melalui adik.
Dan sehingga akhir bulan ini, tempahan untuk cheesetart dan egg tart telahpun masuk. Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan dan tempahan.
Psst! aku ada cakap sesuatu pada anak perempuanku Ojet, kalau target jualan aku mencecah sasaran, aku ingin belikan dia ‘sesuatu’.
Tapi Ojet kata tak perlu, dia takut sebab nak belikan dia 'benda' tu, nanti aku tak tidur malam dan ambil tempahan melebihi kemampuan.
“Tapi untuk kegunaan adik kat universiti jugak.”
“Tak payah mak!”
Kek Pisang order dari Arina kawan satu pejabat. Baru
keluar dari oven.
alhamdulillah murah rezeki akak,,,semoga bisnes ni akan terus berkembang dia masa akan datang...kalau dekat teringin juga nak order..
ReplyDeleteTerima kasih lieyna. InsyaAllah, mudah-mudahan.
Deletehebatlah ;)
ReplyDeletemesti sedap tu
Sedap? iyalah kottt! he..he Ini hobi masa lapang je Irfa, tinggal sorang-sorang kat rumah tak ada apa nak buat, berniaga.
DeleteAsalnya hobi dan sekadar memenuhi keinginan anak-anak yang suka makan lama2 mereka cadangkan saya jual. Alhamdulillah!