Sunday, July 2, 2017

Salam Aidilfitri dari perantauan...

Ramadan dah berlalu dan Syawal juga sudah tiba. Tanpa disedari hari ini sudah seminggu Syawal bertamu di hati kita semua. Dan bila aku toleh semula dan hitung kembali hampir setahun juga aku bersara dari dunia pekerjaan. Dulu ketika di alam pekerjaan bulan Ramadan adalah bulan yang paling manis sekali untuk di kenang... Berbuka bersama rakan-rakan di perkarangan pejabat dan bersolat terawih berjemaah bersama di surau tempat kerja. Bila Syawal pula setiap department akan buat jamuan raya. Meriah!

Sekarang semua itu sudah jadi kenangan yang tetap kekal dalam ingatan selamanya. Dan Syawal kali ini juga untuk kedua kalinya aku berada jauh dari tanahair Malaysia. Tiada suasana hari raya dirasa dan diraikan. Sekadar bercuti melepaskan lelah...


Bercuti dan berkelana seketika 
di perantauan. Menikmati musim dingin.

Buat semua rakan-rakan blog Salam Aidilfitri dariku di perantauan...

14 comments:

  1. Salam aidilfitri...wah seronoknya, beraya dimana tu sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti saya post gambar pastu mama aryan tekalah... kalau betul saya bagi satu fridge magnet satu...

      Delete
  2. Selamat hari raya Sweetie....semoga sweetie enjoy dengan percutian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 begitulah... tgh winter kat tempat saya lawat ni... 7 darjah celcius... dah nak kluar rumah plak malas.

      Delete
  3. selamat bercuti....jumpa anak keh?
    bercuti raikan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saja2 bercuti Nieda... dgn anak sekali.

      Delete
  4. Selamat hari raya dan happy holiday kak sweety..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidilfitri Yati... dah 10 Syawal hari ni baru saya sempat bukak blog.

      Delete
  5. SALAM IDILFITRI SWEETIE SLMT BERCUTI DGN GMBIRA

    ReplyDelete
  6. Salam Aidilfitri ;)
    wah cuti cuti Eroupe gitew ..

    ReplyDelete