Sunday, June 18, 2017

Dah selalu sangat buat nasi goreng...

Penghujung-penghujung Ramadan ni rasanya banyak sangat simpan nasi sejuk di rumah. Dah hampir satu mangkuk besar. Hari-hari ada saja lebih. Padahal masak macam biasa juga. Selalunya yang berlebih nasi yang di masak untuk sahur.

Awal Ramadan dulu, time sahur memang anak-anak makan macam biasa tapi bila dah sampai ke penghujungnya ini, masing-masing bangun sahur sekadar untuk minum. Dan nasi yang di masak langsung tak di makan. 

Selalunya nasi sejuk di buat nasi goreng. Tapi bila dah selalu-selalu sangat akhirnya tak di makan juga. Terbuang juga.

Semalam, aku keluarkan semua nasi sejuk dari peti ais. Bila disukat dapat empat cawan. Aku blend semuanya dan buat apam nasi. Kebetulan setiap Sabtu dalam bulan Ramadan, ada majlis berbuka puasa di surau. Dan apam nasi yang aku buat semalam semuanya aku hantar ke surau.

Resepi apam nasi ini aku skodeng dari lemari resipi kak Noor. Sedap dan lembut. Mudah saja nak membuatnya. So lepas ni kalau banyak lebihan nasi selain dari buat nasi goreng bolehlah di buatkan apam nasi.

Apam Nasi
(Sumber resipi dari blog Bicara kak Noor)


Comel dan gebu.


Bahan-bahannya:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula boleh tambah atau kurang 
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya


Cara mengadun:

1. Gaulkan tepung beras, tepung gandum, gula dan yis ke dalam mangkuk besar. Ketepikan.

2. Kisar nasi dan air hingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang di gaul tadi.

3. Perap selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik.

4. Panaskan kukusan. Masukan adunan dalam acuan dan kukuslah selama 10 - 15 minit .

5. Apabila masak gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan sedikit garam.

2 comments: