Friday, July 14, 2017

Berjemur di pantai Scarborough...

Menyaksikan peluncur ombak lautan Hindi di pantai Scarborough
beraksi di atas papan luncur mereka membelah ombak tanpa ada sedikit
pun rasa takut dan curiga akan kehadiran jerung.

Lebih kurang sejam perjalanan dari Rockingham sampailah di Scarborough. Tetapi jika dari pusat bandar Perth dekat sahaja... kira-kira 20 minit memandu kereta. Terletak di utara bandar Perth Scarborough terkenal kerana pantainya yang cantik, berpasir halus dan luas. Ketika berada di sini aku kagum dengan kebersihan pantainya.

Cahaya matahari terang dan panas. Suasana terasa suam dan nyaman dengan tiupan angin bersama deburan ombak dari Lautan Hindi. Dan aku mengambil peluang ini duduk berjemur sambil memerhatikan peluncur ombak beraksi di atas papan luncur mereka. Di atas helikopter berlegar-legar mengawasi peluncur ombak dan perenang. Jika kelihatan jerung berhampiran siren akan dibunyikan.

Dan sebelum masuk ke pantai kita pasti jumpa tanda-tanda amaran dan arahan ini.

Peringatan untuk peluncur ombak

Peringatan untuk pejalan kaki dan pengayuh basikal.

Mula-mula nampak tanda amaran ini aku terkedu kejap. Tak berani 
nak meneruskan langkah. Papan tanda seperti ini bukan saja terdapat di pantai 
Scarborough tetapi juga di pantai Shoalwater Marine Park.

Pantai Scarborough bersih dan berpasir halus.

Apapun aku tetap ngeri mendekati dan mencecahkan kaki 
di gigi air. Ombak lautan Hindi tinggi dan tepi-tepi pantainya pun 
dalam. Patutlah jerung boleh berenang hingga ke pantai.

(nota: pemenang yang meneka di mana aku berada sekarang telah di umumkan di entry sebelum ini.)

19 comments:

  1. CANTIK PANTAINYA TAPI TAKUT PULA BILA TETIBA MUNCUL SIJERUNG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai2 Australia kan mmg terkenal banyak jerung kak PI.

      Delete
  2. sweetie : hasnidaramly@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Cantik pantainya pasir yang putih, air yang membiru.
    Ishh takut pula tgk papan tanda macam tu.

    adelyaazra@gmail.com tu saya ye sweetie hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mama aryan... agaknya banyak ular itu sebab mereka tegakkan papan tanda tu.

      Delete
  4. Canteknya hamparan pasir pantainya tu sweetie.Alangkah baiknya pantai tpt kita ni sebersih ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Saniah... semuanya terpulang kepada pengunjung. Bukan nak mengata, tapi tabiaat rakyat M'sia itu sendiri. Lepas berkelah, sampah-sampah yang dibuat di biarkan dan ditinggalkan begitu saja.

      Delete
  5. tepi laut mmg best, esp pantai yg cantik mcm ni..sun, sand, sea & surfing..exclude snakes & sharks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan duyung serta dugong yang pasti terdampar bila tiba musim panas...heheheh

      Delete
  6. Bestnya lepak lepak kat pantai...tenang jer rasanya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pulak tiupan bayu laut yang buat leka dan lena yer nini.

      Delete
  7. address:HASNIDAR BT RAMLY
    SK RTBK PONDOK TANJONG, 34130 KUBU GAJAH , SELAMA , PERAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je nak mintak lagi... hehehe... tunggu jer lah yer Nieda... ni saya belum berkesempatan lagi nak ke pejabat pos.

      Delete
  8. wahh ujan emas kat negeri org tuu mkcik., hehe2

    ReplyDelete
  9. cuak jgk nk melangkah bila ada ular tu

    ReplyDelete