Wednesday, July 5, 2017

Kira satu contest la...

Seperti yang di inginkan...'my new car'

5.30 pagi. Suhu 7 darjah celcius menunggu kedatangan... Sebaik sampai di balai ketibaan Ojet beli sim kad dulu . Lepas tu kami terus ke kaunter kereta sewa Hertz untuk ambik kunci kereta. Semua urusan penyewaan dan pembayaran sudah di buat dalam online sebelum aku datang.

Keluar saja dari balai ketibaan udara dingin menyapa. Dahlah penat dan mengantuk kerana sepanjang 6 jam penerbangan dari KL aku tak tidur. Aku macam blur dan bingung sikit tiba-tiba 'diterkam' suasana winter. Macam tak boleh nak tumpukan pemikiran. Berpusing-pusing kejap sambil menarik dua beg bagasi mencari di mana kereta yang aku sewa di letakkan. Seorang pemandu teksi yang dapat mengagak apa yang sedang aku cari menunjukkan tempatnya.

Hadiahnya fridge magnet untuk rakan blogger yang pertama beri
komen dan menulis nama negara yang aku tunjuk... Cepat mama aryan!

Seperti yang aku inginkan, sebuah suzuki swift warna merah. Tapi kelakarnya aku tak tahu nak bukak bonet kereta tu. Puaslah aku dan Ojet mencari-cari di mana 'punatnya'. Akhirnya aku dekati sekeluarga pelancong dari Indonesia yang juga sedang menyusun bagasi dalam bonet kereta sewanya. Si suami begitu baik dan cuba membantu. Puas juga dia mencari-cari akhirnya jumpa juga. Rupanya tekan saja butang di bahagian bawah pintu bonet. Hahaha...

Settle semuanya... aku mula bergerak. Hala tuju kami ke Belmont. Ojet di sebelah penunjuk arahnya dan sentiasa mengingatkan aku... "mak, masuk kiri..., mak, jalan terus..., bagi signal!"

Sampai di Belmont... kedai dan supermarket pun tak buka lagi. Masih pagi... baru pukul 7. Dan aku terus memandu menuju ke appartment yang kami sewa.

(nota mak: kira story ni satu contest-la. tapi jawapan mesti tepat. Bukan nama negara je, beri nama tempatnya sekali. Klu dah bagi dalam story. Tapi ada beberapa orang rakan blogger dah tahu di mana saya berada sekarang... so mereka kalau meneka di kira bukan pemenang yer...)

21 comments:

  1. Replies
    1. belmont australia..wah bestnya boleh rasa musim sejuk, kalau saya mesti menggigil tak tahan sejuk

      Delete
    2. Kurang tepat... saya kasi chan lagi... Belmont tu nama tempat dlm bandar ni je. Saya nak nama bandar... lebih kurang camni susunannya... Belmonth, (........), Australia.

      Delete
  2. Belmont Australia kan sweetie...saya tak tau sebenarnya tapi tanya2 anak...cuba2 nasib...hihiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang tepat Saniah... saya nak nama bandar. Teka lagi. Klunya kat time masa saya sampai dan masa penerbangan.

      Delete
    2. Perth , australia ke sweetie . Huhu

      Delete
  3. perth ...Sweetie.
    Betul tak? hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu next n3 ye Nieda... saya akan umumkan pemenangnya...

      Delete
  4. Replies
    1. Jawapannya.... eh mana boleh bagi tau... Saya akan umumkan next n3.

      Delete
  5. WAH SWEETIE BERCUTI DI BELMONT AUSTRALIA YA...BEST TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya kat Aussie... Kak PI nak masuk contest jugak ke?

      Pemenangnya dah ada.

      Delete
  6. Kat Aussie ye sis.. apapun moga dipermudahkan semua ya.. Happy holiday!
    Salam Syawal, maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya kat Aussie Ati. Tapi itu bukan jawapannya... :)

      Delete
  7. Tak boleh cuba la ye sweetie..
    Dah ada pemenang..

    Happy holliday 😍😙

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Tie... pemenangnya dah ada... tak per... next time saya buat lagi contest.

      Delete
  8. dah terlewat nk meneka..hihi..road trip di Perth..bestnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, pemenangnya pun dah emailkan address pada saya. Lain kali kita buat lagi yer.

      Delete