Saat memandu di Indian Ocean Dr. menuju ke Nambung National Park... Ojet di sebelah di tugaskan mengambil gambar dan merakamkan perjalanan kami dalam bentuk video.
Bila di kenang dan melihat kembali gambar-gambar yang kami ambil andai kata ada peluang lagi ke Perth, aku tak mahu memandu dan melaluinya lagi. Sepanjang berada di laluan ini hati sentiasa berdebar-debar. Dan paling tak lupa ketika melalui satu sekatan jalan raya... aku terpaksa menjalani ujian alkohol.
Awalnya dalam perancangan percutian ke Perth, aku juga berhasrat untuk ke Wave Rock. Tetapi setelah melalui pengalaman memandu di Indian Ocean Dr aku terus membatalkan hasrat untuk ke sana. Perjalanan untuk sampai ke Wave Rock memakan masa hampir empat jam dari bandar Perth dan tak tahu pulak apa yang menanti...
Perjalanan yang di sertai hujan, jalan yang licin
dan tiupan angin yang kuat.
Timbunan bukit pasir yang dapat di lihat dari Indian Ocean Dr.
antara Wanagarren Nature Reserve dan Nambung National Park. Pasirnya
halus dan berkilau.serta merbahaya kepada pemandu apabila di tiup
angin. Sebelum melalui kawasan ini ada papan tanda di letakkan
mengingatkan pemandu kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.
halus dan berkilau.serta merbahaya kepada pemandu apabila di tiup
angin. Sebelum melalui kawasan ini ada papan tanda di letakkan
mengingatkan pemandu kenderaan yang lalu di kawasan tersebut.
Mula-mula nampak papan tanda ni kakak aku asyik cakap
harap-harap kanggaroo yang melintas. Teringat ketika di UK dalam
perjalanan dari London ke Sheffield terdapat papan tanda yang
mengingatkan pemandu tentang kemungkinan rusa melintas.
...dan tengah-tengah syok memecut dalam keadaan mengantuk
tiba-tiba Ojet menjerit ada benda bergerak-gerak di hadapan. Spontan
aku emergency break. Rupanya landak melintas.
Sepanjang 232 km hingga ke Pinnacle Desert
boleh di katakan beginilah keadaan jalannya... lurus dan lama
kelamaan mata jadi mengantuk dibuatnya.
boleh di katakan beginilah keadaan jalannya... lurus dan lama
kelamaan mata jadi mengantuk dibuatnya.
Melelapkan mata seketika di hentian sebelah sebelum
sampai ke Yanchep dalam perjalanan pulang.
(nota sweetie: apa yang ditulis berdasarkan pengalaman dan perasaan aku yang memandu bersama anak perempuanku Ojet dan kakak aku yang berusia 61 tahun. Cuma kami bertiga dan keselamatan mereka ketika itu terletak di tangan aku selaku pemandu kereta.)
Nasib baik sempat brek...ingatkan kangaroo yg melintas =)
ReplyDeleteKerana binatang2 tu melintas secara tiba2 pemandu akan membrek secara tiba-tiba atau mengelak ke sebelah kanan atau kiri. Itu antara punca eksiden di kawasan ini.
Deletetengok gambar pun rasa gerun jalan tu sebab lurus sangat, memang boleh buat mengantuk tu kalau saya yang memandu. tapi pemandangan dalam gambar nampak langit berawan tu cantiklah
ReplyDeleteSaya rasa kebanyakan kemalangan yang berlaku di kawasan ini akibat mengantuklah mama aryan. Baru lagi bulan Jun lepas pelancong warga Singapore eksiden dan mati. Puncanya kereta yang di pandunya masuk ke arah bertentangan dan bertembung dengan kereta dari arah hadapan.
Deletejalan kosong ...memang cepat mengantuk
ReplyDeleteBetul Nieda. Kawasan ni kering dan panas... Saya pun mengantuk dan tersengguk2 gak sebelum Ojet menjerit nampak landak tu.
DeleteWAH SELESA SEKALI MEMANDU DI JALAN YG LURUS YA...MENGANTUK RENTI N REHAT SWEETIE
ReplyDeleteBahaya jalan ni kak PI. Kerap berlaku kemalangan... dan ia termasuk dalam senarai 10 jalan yg bahaya dan sering berlaku kemalangan di Aussie. Kebanyakkannya mati.
DeleteBaru lagi bln Jun aritu jadi kemalangan melibatkan pelancong Singapore. Suami mati... anak dan isteri serta sorang rakan mereka cedera parah.
Mengantuk, tiupan angin kencang, jalan licin, angin berpasir, binatang2 liar melintas antara penyebab kemalangan. Masa saya ambik kereta sewa, pekerja syarikat tu, berpesan dgn saya jgn memandu waktu malam di jlan2 kawasan luar bandar.
Wow saujana mata memandang jalannya ya sweetie.Bila dah lalui pengalaman mencemaskan sweetie seperti dah serik je nak memandu lagi di tempat tersebut.Yalah kalau dah bertiga je memang tanggungjawab sweetie tu jaga keselamatan mereka.
ReplyDeleteTak serik memandu Saniah tp seram. Dgn Ojet dan abang saya pesan... kalau melancong ke Perth... elakkanlah memandu atau pergi ke situ
Deleteview cantik dah. tapi kalau nak travel dengan kereta sepanjang jalan yang tak nampak penghujung tu, scary jgak. Kena prepare makanan minuman yg cukup lah kan. Tambah2 kat negara orang.
ReplyDeleteMmg scary Ain... bukan saja prepare mkanan secukupnya... kereta pun kena isi minyak penuh... kat area ni mmg takda petrol pam. Klau adapun harganya agak mahal sikit banding dgn petrol pam dlm bandar. Lagi satu kena pastikan kereta berada dlm keadaan baik dan ada tayar spare.
DeleteSaya kagum dgn sweetie kerana mengembara di tempat terasing yg sangat beza dgn keadaan malaysia. Tambaan pula weetie bega sahaja. Syabas.
ReplyDeleteTest alkohol tu memang biasa dibnegara orang putih.
Ok je polis yg buat test tu... officer tu gelak-gelak je masa test pernafasan saya. Tapi bagi saya ia satu benda baru sebab kat M'sia tak pernah kena.
Delete*bertiga
ReplyDelete*di negara
faham!... typo hehheh
DeleteKalau memandu di kawasan ni pada musim panas kena bawak dan minum air lebih cik EPAL. Semakin kita memandu jauh ke utara cuacanya semakin panas walaupun time winter.
ReplyDeleteLZ tak pernah lagi drive sendiri di luar negara..
ReplyDeleteBila baca entri Sweetie rasa seronok lihat negara orang..
Best!
Cubalah LZ. Seronok tau. Kita boleh menjelajah ke ceruk mana pun kalau memandu sendiri. Yang penting berani dan yakin.
Deleteseluas mata yang memandang ')
ReplyDelete*tak der tol erk
Takde cik Bunga. Mana2 highway dan jln dlm Perth City ni semua takde tol.
Deletemahal pengalaman akak ni
ReplyDeleteTula time muda2 dulu tak berpeluang nak travel... dah tua tenaga dah kurang baru merasa...
DeleteTapi tak sehebat manapun pengalamannya.