Thursday, January 29, 2015

Menyumpah jugak....

Sekadar kenangan... melalui Matlock Road, Derbyshire, UK.  

Entah berapa kali dah aku terkuap-kuap di meja. Letih sangat rasanya badan. Lemah dan lesu saja.

Dah empat hari balik dari Arau. Mengambil Ojet. Tapi aku tidak bersendirian... berteman... dengan hubby. Tapi sepanjang perjalanan pergi dan balik aku yang memandu.

Dalam perjalanan pergi... sekitar area Sungai Buloh, nyaris nak eksiden. Aku ketika itu memandu di line tengah... tak pasti pulak kelajuan aku ketika itu berapa. Di hadapan aku ada tiga buah kereta. Tiba-tiba kereta yang di hadapan sekali, proton Iswara yang di pandu oleh seorang perempuan membrek dan memberhentikan keretanya secara tiba-tiba... gara-gara agaknya dia baru tersedar simpang yang dia nak keluar tu hampir terlepas.

Serentak dengan itu dua kereta yang di belakangnya pun turut brek mengejut. Aku pulak ketika itu baru saja menambah kelajuan apabila tersedar kereta di hadapan aku sudah berhenti. Ngeri sungguh! Aku sempat menekan brek sedikit... lepaskan... dan brek semula. Aku lakukan begitu sebab... jika aku menekan brek habis, kemungkinan besar kereta aku berpusing dan terbabas ke kiri atau ke kanan jalan. Atau paling tidak mungkin aku akan melanggar bahagian belakang kereta di hadapan aku dengan kuat.

Tidak boleh tidak mulut memang menyumpah pemandu proton Iswara tersebut. Dah tahu nak susur keluar ke kiri, memandulah di line kiri sekali. Inilah salah satu tabiat pemandu kereta di Malaysia. Mereka cuma fikir diri mereka saja tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain. Mereka buat jalan raya itu mereka yang punya. Walaupun tak semua tapi kebanyakannya begitulah.

32 comments:

  1. bahaya sgt cara pemanduan mcm tu.. hati2 ye kak.. eija blm pnh memandu jauh2 sejak duk kL.. hubby xbg dia tak harap. hahaha sedihhh T_T tp eija boleh je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eija, saya mmg dah biasa memandu sendirian jauh-jauh malah telah sampai dan masuk Singapore. Hubby percaya dan dia selesa saja duduk sebelah.

      Delete
  2. tarik napas baca, adoi
    mmg lah.. pompuan jarang eksiden tp dia juga salah satu pyebab eksiden. wpun kdg sakit ati org mgata pemandu pompuan, wpun bkn semua gitu..tp mmg ada yg begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki pun ada gak gitu Irfa... tapi kebanyakkannya pompuan la.

      Delete
  3. Alhamdulillah sweetie tak de apa..selamat pergi dan balik ambik ojet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat pergi dan balik!

      Delete
  4. Alhamdulillah kak sweetie tak der apa.... Ojet dah ada kat rumah lah ni ya?? Kirim salam kat Ojet ya kak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah! Zana, sekarang ni saya dah berteman di rumah. Sebulan lagi dia nak wat praktikal dan reserch!

      InsyaAllah saya sampaikan.

      Delete
  5. Alhamdulillah sweetie tak ada apa2 terjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak zai... tapi penatnya sampai hari ni masih terasa.

      Delete
  6. Dia fikir atas jalan tu ada dia saja..bahaya lah pemandu macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mcm tu, dah kena baru dia ingat...

      Delete
  7. nasib baik sempat brek.....some drivers always think people can read their mind!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MCK, kata-kata tu saya rasa boleh pakai kalau berada di trek perlumbaan kot... hehehhe... tak boleh ingatlah kejadian tu.... geraaaaammmmm je ngan pompuan tu...

      Delete
  8. HMM..EKSIDEN BERLAKU KERNA SIKAP PEMANDU YG BGITULAH...KENA BERHATI-HATI SELALU..SYUKUR SWEETIE XAPA DILINDUNGI ALLAH DRPD ARAL.

    ReplyDelete
  9. kuuusssss semangat! haih klu sy pon harus la menyumpah seranah ;p hehehe membahayakan pemandu lain kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kempen menyuruh kita bersabar di jalan raya... tapi kalau kena dgn pemandu yang mcm itu... boleh sabar ke... spontan je sumpah menyumpah tu terhambur dari mulut saya.

      Delete
  10. kalau lah.... berapa kereta @ nyawa yang merana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aih ngeri kalau dikenang-kenangkan Nieda.

      Delete
  11. pernah kena di KL-Seremban Highway, selamba badak je driver pompuan tu duduk lane tengah, bg signal nak masuk exit Kajang, dah dekat benor baru nak belok..berangan kot atas jalan..

    memang takleh sabar mcm ni..walaupun sabar tu separuh dari iman..nk berbudi-bahasa di jalanraya pun, takleh nak praktis kalau mcm ni..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang mcm tu memandu tak pakai otak nohas... ada tu memandu di lane tengah tapi terhegeh2... sampai kereta dah berdesup2 memotong dia kiri kanan masih lagi tak sedar... tak reti2 nak masuk lane kiri.

      Mereka2 ni dulu ntah mcm mana boleh lulus undang2 dan dapat lesen memandu pun tak tahulah.

      Delete
  12. hiss...hilang juga semangat dibuatnya.
    tau... sweetie pun tak sengaja termenyumpah ,ialah dh keadaan spontan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg spontan je Saniah... walaupun pompuan tu tak dengar tapi sekurang2nya hati saya lega dah lepas geram lepas tu.

      Delete
  13. Salam...

    Bunda ni tak pandai memandu...tapi bila anak2 bawak laju...bunda memang panik..takut hal2 spontan macam nilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/Salam KN.

      Saya pun taklah bawak laju sangat.. kalau kat lane tengah ni sekitar 90-100 km/j, ikut hadlaju yang dah ditetapkan. Masalahnya kadang2 pemandu tak ikut pada kelajuan yg ditetapkan... slow 60 - 80 di kiri sekali, 80 - 100, lane tengah... lebih dari 100 dan nak memotong kanan sekali. Mcm pemandu yg saya ceritakan ni, dia dah tahu nak keluar kekiri, awal2lah duduk di lane kiri sekali... takda le dah dekat baru nak bagi signal masuk atau apa... lagipun saya rasa dia tak pasti dan tgh mencari2 simpang sebenar dia nak susur tu.

      Delete
  14. saya pun pernah kena macam tu,, dari link kanan terus nak susur keluar lebuhraya,, bawa laju plak tu,, klu selalu diaorng wat macam tu pastu ada satu hari yang terkena,, bukan nak mendoakan tapi tabiat tu menjadi pada diri sendiri.. suka buat orang lain lemah jantung!!,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah apa agaknya yang ada dlm fikiran pemandu2 mcm ni ya Saniah. Saya agaklah, mereka terasa diri mereka hebat bila buat perangai mcm tu... betul... dah selalu, satu hari pasti terkena jugak...

      Delete
  15. Salam .Hee menarik tengok salji atas rumput itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! kita orang Asia yang tak pernah menerima salji di negara kita mmg suka... tapi penduduk tempatan yang mengalami musim2 tu tak suka... mereka kata menyukarkan pergerakkan.

      Delete