Monday, January 19, 2015

CHEWY GOOEY YUMMY BROWNIES...

Beberapa tahun dulu aku pernah buat brownies ni. Masa tu si abang sedang belajar di SDAR. Aku pergi melawatnya di asrama dan bawakan brownies ni untuk dia dan kawan-kawannya. Itulah pertama kali aku mencuba resipi ni.

Baru-baru ni aku try lagi resipi ni untuk kali yang kedua. Kali ni aku buat untuk Ojet sebab sampai sekarang dia masih menyebut-nyebut masa aku buat yang mula-mula dulu dia tak sempat rasa.

Agak-agak adalah dalam 15 minit adunan brownies ni 
dalam oven baru perasan temperature tak on lagi. Tak tahulah 
macam mana boleh lupa. 


Dah siap potong-potong dan letakkan dalam kotak.

(Resipi asalnya aku ambil dari blog Brother Rozzan)


Bahan A:
250 gm butter - potong kecil-kecil
400 gm chocolate masakan - potong kecil-kecil

Bahan B:
6 biji telur
340 gm brown sugar
2 sudu teh esen vanilla
20 gm (1 sudu makan) chocolate emulco

Bahan C:
80 gm tepung gandum diayak bersama 60 gm serbuk koko
140g kacang walnut/pecan/almond (optional) - dibakar sebentar dan gaul dengan tepung dan koko

Cara-caranya:
1. Panaskan oven pada suhu 160 C. Sediakan dan alas acuan ukuran 11” x 11”

2. Cairkan Bahan A dengan menggunakan kaedah double boil ... ketepikan biar suam.

3. Pukul Bahan B hingga gula hancur (guna hand whisk saja).

4. Tuangkan adunan chocolate (bahan A) dan gaul hingga rata dan sebati.

5. Kemudian masukkan tepung (bahan C) dan digaul lagi hingga rata tetapi jangan terlalu lama.

6. Tuang ke dalam acuan dan bakar antara 50 minit - 1 jam.

7. Setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Rasanya akan lebih sedap jika disimpan semalaman.

Untuk Bahan Krim Cokelat atau Ganache:
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream 

Cara: 
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil. 
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas brownies.

(nota mak: Walaupun dah dua kali aku cuba buat tapi aku tak pernah rasa dan makan sebabnya aku alah dengan coklat. )

33 comments:

  1. Replies
    1. Kita tak boleh nak antar la Zana, jauh sangat kat Nilai nun....

      Delete
  2. assalamualaikum... salam perkenalan kak... wah byk resepi kat blog nie... sy suka :) semoga manfaat utk sy... ingt coming soon nk jd wahm hihi.. jemput singgah blog eija

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam Eija... selamat berkenalan. Tak banyak sgt resipi kat sini.. sebab blog saya ni bukan blgo masakan...

      Ok! saya dtg sekarang ke blog Eija.

      Delete
  3. Emmmm nampak sedap je,, saya tak pandai masak kuih,, makan je laju hihihi,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je buat brownies ni CikAnie... lebih senang dari buat rendang... hehehhe...

      Delete
  4. rajin nya akak ku ini
    meh sedulang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok Irfa, nanti bila-bila saya sedang menunggu k/terbang saya bawakan untuk Irfa.... hehehhe...

      Delete
    2. tq kakakku..
      memuahhhhhhhhhhhh

      Delete
  5. w/pon lupa nk on temperature tetap lah menjadi ye kak cantik tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Kopiolimauice... simple dan mudah buat brownies ni dan menurut anak-anak sedap!

      Delete
  6. Anak2 acik suka ni sweetie..acik ambik simpan resepi ye..buat tak tau la bila

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambiklah acik... senang je dan tak banyak guna bahan nak buat brownies ni.

      Delete
  7. Ampun,.. pasti enak sekali,...

    salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zulham... sedap/enak lah kot! Saya tak pernah makan, sekadar bikin saja untuk anak-anak.

      Delete
  8. kaau ada kekacang semua saya suka, mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang dan coklat, kena pulak badam atau hazel mmg sedaplah Nieda.

      Delete
  9. SEDAPNYA BROWNIES BOLEH CUBA...

    ReplyDelete
  10. Anak2 suka tapi kak zai kurang gemar cake atau apa saja yang ada coklat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama kak Zai... apa-apa saja yg berasaskan coklat memang saya tak makan, saya alah dgn coklat... boleh buat saya sakit kepala.

      Delete
  11. assalam...terimakasih sudi singgah blog suram kakak...salam kenal juga.
    hmmm...sedapnya ,ni kalau anak kakak yg bongsu ni suka snagt part coklat2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam.... Saya pun buat atas permintaan anak jugak ni.

      Delete
  12. Hmmmm, brownies...sedapppp...chewy goowey..., dulu masa mula2 mck buat, dia orang tanya...kek you bantat ke? :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brownies ni mmg spesis kek bantat. Saya agaklah kan, org yg mula2 buat kek ni dulu silap adun ke hape... tu tak naik bila di bakar... agaknya malu kek dia tak menjadi... teruslah dia tukar nama brownies...nak cover line... waaaaa.... pandai tak saya create sejarah brownies mck.... hahahha..

      Delete
  13. Replies
    1. Bukan budak je Diana, tapi penggemar kek coklat.

      Delete
  14. Ala....sygnya oven sy tgh pening skang ni. Kalau tidak blh cuba resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naflyna, beli je yang baru... Tak perlu oven besar, yang boleh masuk loyang saiz 10 x 10 pun dah ok dah. Murah kot kat Sheffield.

      Delete
  15. kesian akak, dah buat, takleh nak makan..sikit2 boleh kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Coklat buat saya sakit kepala nohas... sakitnya bukan sikit-sikit... Tuhan saja yang tahu. Mmg saya tak berani nak makan... Kalau saya nak rasa saya cubit sikit.

      Delete
  16. jujur saya beritahu yer... saya dah makan banyak brownies di banyak tempat tapi yg paling sedap saya pernah makan ialah di Dhaka Bangladesh... di sebuah restoran di tengah2 Dhaka yg browniesnya moist betul... rangup di luar, lembut di dalam... menyesal makan sikit sebab Dhaka tu jauhhhhhh.... huwwaaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib, Chewy Gooey Brownies ni jenis yang rangup diluar tapi sangat moist di dalamnya. Tak caya, try!

      Delete