Friday, January 16, 2015

Dah terbayang-bayang depan mata...

Dua minggu lagi nak ke Arau jemput Ojet balik. Exam Sem 5 dah selesai. Walaupun hubby kata, biarlah Ojet balik sendiri dengan keretapi tapi aku tetap nak pergi ambik dia. Selesailah sudah pengajiannya di universiti. Bermula dari awal segalanya bergerak lancar tanpa sebarang kesulitan dan dia berjaya menyudahkan pengajiannya selama tiga tahun. Dan bulan Mac nanti dia buat practical selama tiga bulan.

Mengenang kembali detik awal dia mendaftar sebagai siswazah Sabtu, 21 Mei 2011, empat tahun dulu aku pasrah bila mempengaruhi dia memilih Asasi TESL. Sebabnya dekat di Shah Alam. Itu saja sebabnya... Langsung tak fikir, sama ada Ojet minat atau tidak. Banyak campur tangan aku sebenarnya. Aku yang sarankan dia memilih UiTM untuk meneruskan pengajian. Aku suruh dia pilih TESL. Aku suka kalau dia jadi guru Bahasa Inggeris. Tapi nampaknya hajat aku tak kesampaian. Selepas tamat Asasi... Ojet menukar haluan.

Dia memilih bidang business, khususnya Human Resource. Ramai rakan-rakan sepejabat yang setuju dengan pilihan yang di buat oleh Ojet. Mereka kata bidang kerjanya luas dan senang untuk mendapat kerja bila grad nanti. Memang itulah pun yang aku inginkan. Sebab itu aku suruh dia buat TESL. Habis belajar terus keluar jadi cikgu.

Sebenarnya sebaik mendapat keputusan SPM Ojet di tawarkan untuk meneruskan pengajian di Kolej Matrikulasi Arau, Perlis. Teringat lagi aku, Ojet menangis dan bertanya, adakah aku yang menukar dan memohon kolej tu dalam borang UPU. Dalam waktu yang sama dia juga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ke salah satu universiti di Bandung. Dan yang ini juga di abaikan. Aku pun tidak begitu menggalakkan dia memilih bidang sains. Susah.

Pun begitu, aku sedikit berdebar. Untuk mendapat tempat dalam Asasi TESL, setiap pemohon harus menghadiri satu temuduga dan ujian bertulis untuk melayakkan diri. Semuanya di jalankan dalam bahasa Inggeris. Itulah yang aku risaukan.

Sehari suntuk aku meneman dan menunggu dia menghadapi ujian dan temuduga di fakulti pendidikan UiTM Shah Alam. Ingat lagi aku, ramai juga mak-mak yang turut sama menunggu anak-anak mereka waktu itu. Dan apabila Ojet keluar dari bilik temuduga aku nampak senyuman di bibirnya. Dia berjaya.

Selama setahun Ojet mengikuti Asasi TESL, aku tak putus-putus berdoa. Dalam hati aku rasa menyesal pun ada menyuruh dia memilih TESL. Rupanya banyak perkara yang aku tidak tahu sebenarnya. Selepas menamatkan Asasi selama setahun pelajar boleh memilih haluan dan bidang lain jika tidak mahu meneruskan jurusan pendidikan. Itulah yang dilakukan oleh Ojet.

Aku akur. Tidak lagi campur tangan. Dia yang nak belajar. Walaupun sedih juga sebab kali ini terpaksa berpisah jauh dengannya. Ojet di hantar ke kampus UiTM Arau. Yang paling merisaukan aku, macam mana dia nak balik bila cuti semester dan kekal tinggal di kolej. Semahunya aku harap dia terus tinggal di kolej sepanjang pengajian. Boleh di katakan sepanjang tempoh dia belajar aku selalu ingatkan dia, kekalkan keputusan dengan pointer yang tinggi. Lebih-lebih lagi Ojet di bawah tajaan JPA... jika keputusan exam jatuh, tajaan akan di tarik balik.

Walaupun adakalanya sibuk dengan aktiviti lain di kolej terutamanya sebagai Setiausaha Agung dalam Majlis Perwakilan Pelajar... menyertai pertandingan pantun dan menjadi wakil negeri Perlis ke pesta pantun di Putrajaya tahun lepas. Menghadiri seminar di luar negara dan mengikuti kursus-kursus kepimpinan tapi selama 4 semester yang lepas Ojet kekal sebagai penerima anugerah dekan. Syukurlah! Ojet buat aku rasa bangga dan kian teruja menunggu hari konvokesyennya. Dah terbayang-bayang di depan mata aku dia dengan jubah dan mortarboard/graduation hat tu melangkah penuh bergaya ke pentas menerima ijazahnya. Sarjana Muda (Kepujian). InsyaAllah!

(nota mak: teringat  kata-kata abang, " Dikda lebih hebat dari abang... selama ini abang membayangi dia. Tapi bila abang tak ada dekat mak... baru terserlah dan nampak kehebatannya".

16 comments:

  1. wah ojet kesayangan sweetie hmpir mnamatkan pengajiannya dgn cemerlang ya...tahniah kita sbg ibu mmg bangga sgt bila anak selalu dpt anugerah dekan dlm pengajian u mrk.tandanya mrk bersungguh belaj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PI, saya mmg teruja setelah 4 semester dia dapat dean list. Cuma menanti keputusan sem 5 ni je lagi...

      Delete
  2. TAHNIAH dari kaknoor utk Ojet ya, utk mummy Ojet jugak yang sanggup nak gi ambik Ojet di Perlis tu, itulah hari seorang ibu kan, wlaaupun sebenarnya diaorang dah besar panjang, tapi ibu masih nak manjakan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak Noor! Pada saya takpa saya susah2 sikit pasal anak-anak... selagi saya hidup ni dan mampu buat... saya buat. Ini satu cara memberitahu anak-anak, betapa saya sayangkan mereka.

      Delete
  3. Tahniah buat Ojet. Semoga beroleh kejayaan dimasa2 akan datang. Bangga dengan semangat mama Ojet.

    Anak kak zai pun akan grade tahun ini dalam jurusan undang2 in shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zai jangan puji2 sgt saya ni... kang jatuh tergelincir plak kang... heheheh...

      InsyaAllah! mudah-mudahan anak-anak kita berjaya menjadi insan berguna di masa akan datang setelah berjaya memperolehi segulung ijazah.. Tahniah buat kak Zai juga.

      Delete
  4. Alhamdulillah..tahniah, Ojet..berjaya dgn cemerlang dlm pelajaran, aktif dlm ko-kurikulum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas, sebenarnya dulu saya sering berpesan dan melarang dia aktif sangat dlm koko tapi kalau nak kekal tinggal di kolej, kena aktif dlm koko... ndak tak ndak terpaksalah saya relakan... dan sentiasa pesan, pelajaran jgn di abaikan... Alhamdulillah! nampaknya kedua2nya seiring.

      Delete
  5. Tahniah Ojet....mestilah pada maknya jugak kan? :)), tahniah sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mck! hai maknya ni tak de apa-apa pun...

      Delete
  6. Tahniah sweetie dan ojet..
    ojet dah berjaya menamatkan pengajian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik! selesai dah, tapi majlis konvonya lambat lagi... lepas ni Ojet kena siapkan tesisnya pulak selama 3 bulan.

      Delete
  7. Tahniah Ojet dan kak sweetie. Abangnya bila pula?

    ReplyDelete