Demam kali ini aku menangis sendiri atas katil di bilik. Tengok... semakin usia meningkat dah mula nak mengada-ngada. Ojet datang dan tolong picit-picit kaki dan tangan. Hantarkan air dan ubat.
Pagi ni dah rasa segar sikit dan start kerja. Walaupun masih ada rasa mamai-mamai lagi. Memandu tadi pun rasa macam khayal je.
-----------------------------------------------------
Pemberian kak Noor. Sayangnya kak Noor
terlupa agaknya nak turunkan tandatangan... Yelah faham
'Selebriti baru'... nervous lebih sikit... hehehe.
Sabtu lepas aku ke karnival Karangkraf. Cuaca hari tu panas kering. Tekak terasa haus tapi aku lupa pulak nak beli air mineral waktu singgah di stesen minyak. Selalulah macam tu... dah tua... banyak benda jadi lupa walau kadang-kadang perkara tu agak penting.
Untuk pertama kalinya bertemu dengan kak Noor yang membuat demo masakannya di Masakthon sempena karnival tu. Setelah sekian lama berborak, memberi komen dan mengusik di dunia maya akhirnya bersua juga.
Mulanya aku cuma berdiri saja memerhati dari jauh. Lemak dan manja je suara kak Noor menerangkan bahan-bahan yang di gunakannya. Penonton yang menyaksikan demo tu dapatlah merasa tiap resipi yang di masak oleh para chef yang di jemput. Kak Noor masak Pasta Aglio Olio dan Apple Fritters. Sedap!
Selain dari bersua dengan kak Noor, aku berkenalan juga dengan beberapa orang pengunjung lain yang datang ke karnival tu. Kebanyakkannya emak-emak yang mencari-cari buku resipi. "Geram betul!" tengok buku-buku dijual dengan harga yang murah. Sedar tak sedar hampir pukul 3 petang baru aku beredar.
Perjalanan balik sekali lagi aku terpaksa mengharungi cuaca yang panas dan trafik yang sesak di Lebuh raya. Inilah agaknya penyumbang terbesar yang membawa kepada demam tu. Sebab sebaik saja sampai di rumah aku dah tak berdaya dan badan rasa panas dan terus tertidur.
(nota mak: Terima kasih kak Noor atas permberian dua buah buku tu. Ojet nampaknya berminat dan teringin nak mencuba resipi-resipi yang ada di dalamnya.)
Alhamdulillah sweetie dah sembuh.
ReplyDeleteLepas ini bolehlah cuba recepi menggunakan buku yang kak Noor bagi.
Alhamdulillah kak zai, tapi belumlah sihat betul, malam tadi tidur pun masih menyarung stokin.
DeleteAlhamdulillah sweetie dah sihat..memang cuaca panas dan kering sekarng ni..tekak pun terasa perit je sweetie
ReplyDeleteBetul acik, cuaca kering dan habuk berterbangan... saya pulak mmg kurang minum air.
Deletealhamdulillah Sweetie dah sihat semula, tak sangka ya, dlm kaknoor dok kat atas tu ternampak Sweetie kat kerusi penonton terus kenal walaupun sebelum ni tak pernah bersua muka hanya di alam maya, itulah kan naluri keikhlasan bersahabat tu, dan sememangnya kaknoor terlupa sngt nk tulis apa2 kt buku tu, almaklum lah org baru wlaupun sebenarnya dah lama haha, jgnlupa suruh Ojet mencuba resepi ciknoyah tu tau!!!
ReplyDeleteSaya mmg 'tepanjat' bila kak Noor sebut nama dan tunjuk saya masa tu. Tajam betul mata dan ingatan kak Noor ya, hanya dgn melihat beberapa keping gambar di blog, kak Noor boleh cam saya ya.
DeleteAlhamdulillah kak sweetie dah sembuh
ReplyDeleteNak kata sihat sepenuhnya tak juga zana, ubat masih makan lagi... belum larat sgt. Tapi kerja kena kerja jugak.
Deletebukan kerana usia sweety..tapi cuaca yg tak menentu ni memang mudah kena demam.....harap sweety kembali sehat seperti biasa....boleh mencuba resepi2 kaknoor nanti.
ReplyDeletecuaca dan usia bergabung saniah... dah berumur ni sistem ketahanan badan tu lemah... tak boleh nak berlebih-lebih sgt macam masa muda-muda dulu... berpanas.. berhujan... berendak... semua tu tak jadi hal...
Deletebuku resepi utk dibaca kalau sayalah, hehe
ReplyDeleteEh! orait juga tu Irfa, kena 10 kali ulang baca, boleh hafal dah resepi2 tu... lein kali bila teringat nak buat, takyah dah selak2 buku resipi... kannnn!
Deletesyukur alhamdulillah dh kembali sihat n kembali happy blogging.
ReplyDeleteTime blogging mmg happy je PI, sekurang2nya dapat borak2 dgn kengkawan walaupun tak kenal mcm PI ni.
DeleteDapat buku resepi..boleh mencuba nanti..
ReplyDeletestay healthy..
InsyaAllah nohas, skrg ni boleh main masak2 semula, sebab teman makan sorang dah ada kat rumah.
Deletedapat jumpa live dgn kak noor...
ReplyDeleteharap cepat sembuh, nasib baik ojet ada di rumah.
Ya Nieda, hampir tiga tahun dah ber'kenalan' dgn kak Noor baru ni bersua muka. Mana tahu satu hari nanti kita pulak terserempak di mana-mana kan.
Deleteya,... sehat selalu bu,... biar selalu bisa beraktifitas
ReplyDeleteTerima kasih Zul, InsyaAllah!
DeleteOhhhh, apple fritters...macam interesting nak cuba....ada kelainan ke dari "banana fritters"? :)
ReplyDeleteLebih kuranglah MCK... cuma epal tu saya tgk kak Noor potong2 kiub... dan rasanya masam2 sikit sebab epal hijau.
DeleteSaya harap mcm tulah, sebab saya ni kalau demam Diana selalu berulang2. Sihat sehari lepas tu dtg balik.
ReplyDeleteSemoga sweetie cepat sembuh...sweetie, ada yea buku resipi blogger, nak p beli lah...untunglah dapat dari K, Noor sendiri...
ReplyDeleteYa KN, saya dapat dari penulisnya sendiri. Kalau KN pergi ke karnival tu hari, boleh dapat harga diskaun... memang murah2.
Deletesemoga sudah semakin sihat...
ReplyDeleteTerima kasih PI datang bertanya khabar... Alhamdulillah sudah semakin sihat walau batuk dan semput masih lagi.
Delete