Thursday, January 8, 2015

Macam mana kalau dia bersungguh-sungguh....

Hari itu, kira-kira tiga minggu sudah... aku dan hubby memenuhi undangan majlis perkahwinan anak bekas kawan sekerja hubby. Di majlis itu ramailah tetamu jemputannya dari kalangan kawan-kawan lama kami. Antaranya sepasang suami isteri yang merupakan officemate lama aku dan hubby dulu.

Dulu masa muda-muda kami bekerja disebuah syarikat yang sama. Kemudian kami berpisah-pisah termasuklah aku dan hubby bertukar tempat kerja. Hampir 33 tahun juga aku dan kawan yang aku maksudkan ni tak jumpa.

Ketika kami sama-sama tempat kerja dulu, aku muda lagi. Belum kawin. Tapi kawan ni (lelaki) dah kawin dan ada beberapa orang anak. Dia lebih tua dari aku. Umur dia waktu tu dalam lingkungan 30an. Mula-mula jumpa tu kawan ni memang tidak mengenali aku lagi. Patutlah ketika kami duduk semeja dia langsung tak menegur aku. Hinggalah hubby memberitahu.

Bila dah kenal dan ingat balik tu... macam-macamlah ceritanya. Dan paling utama tentulah cerita pasal anak-anak.

Bila aku cerita tentang Ojet dia terus tertarik dan cakap “eh! apa kata kita berbesan”. Aku terdiam... Tak tahu nak cakap macam mana. Terkedu kejap... Serius mereka suami isteri berbincang depan aku nak menjodohkan anak lelakinya dengan Ojet. Spontan aku terbayang wajah Ojet. Seperti yang aku cakap sebelum ini, didepan mata aku, Ojet kecik lagi. Masih ‘ditimang-timang’. Setiap kali bila menalipon dia perkara yang akan di tanya dulu “adik dah makan... makan apa tadi... sedap lauknya...” Tiba-tiba ada pulak orang ‘menanya’.

Sebelum balik, kawan tu minta alamat rumah. Aku suspen dan cakap dengan hubby, macam mana kalau dia bersungguh-sungguh dan datang ke rumah membawa hajat untuk meminang Ojet secara rasmi. Apa alasan terbaik untuk menolaknya.

Bukan aku tak berkenan dengan anak bujangnya... tapi aku belum bersedia untuk jadi mak mertua. Kalau boleh biarlah habis belajar ni Ojet bekerja dulu. Muda lagi nak memikul tanggung jawab sebagai isteri. Nasib-nasib setahun lepas kawin dapat anak pulak. Tak boleh aku bayangkan. Perkara ni pernah aku bayang dan bincangkan dengan abang waktu dia balik tempoh hari. Dan abang sependapat dengan aku. Dia pun tak setuju kalau adiknya kawin sebaik habis belajar. Lagipun baru dua hari lepas Ojet cakap... habis degree ni dia nak sambung buat Master dan Ph.D terus.

(nota mak: Psssst! entah-entah Ojet pun dah ada teman istimewa. Sapa tahu. Tiba-tiba saja aku tersedar... rupanya aku ni dah ada menyimpan anak dara dan anak bujang. Nampaknya aku bakal memasuki fasa baru dalam kehidupan sebagai emak.)

19 comments:

  1. Soalan sama la sweetie..semua mak2 tanya itu je kot."adik dah makan..makan apa tadi..lauk apa..sedap.ke"
    Belum bersedia sekarang..tapi masanya akan tiba kan sweetie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. agaknya dalam kepala mak-mak ni ingat pasal makan je kot. Yalah dari mereka kecik sampai dah besar panjang keje kita memasak je untuk anak-anak dan suami.

      Acik! Kalau boleh tu biarlah dia 'enjoy2' dulu dengan duit gaji dan puas menikmati zaman bujangnya dan pimpin pulak tangan mak ni bawak jalan-jalan... hehehhe.

      Delete
  2. Diana, saya pasti kalau tanya anak saya Ojet... mesti dia tak mahu... Tak tahulah anak lelaki kawan saya tu... kot jenis yang mengikut kata!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum akak..sihat? lama rasanya tak singgah sini.

    rasanya tak lama lagi dapat menantu la akak..silap2 Abang masuk gear dulu..hehe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam z@ck... saya sihat je. Betullah, z@ck pun lama tak menulis di blog saya tengok.

      Eh! nanti... apa-apapun beri laluan pada z@ck dulu ya... saya teringin sangat nak makan kenduri orang Kedah ni.

      Delete
  4. WAH SUDAH ADA YG NK MERISEK ANAK DARA SWEETIE YA...RINGAN JODOHNYA...NMPKNYA AKN MENEMPUHI PENGALAMAN BARU SBG SEORG IBU YG PERLU DITANGANI DGN BIJAK...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang membuat saya gabra dan tak tenteram PI... Betul, perkara2 yang melibatkan hati dan perasaan ni kalau tidak ditangani dengan bijak, buruk akibatnya... risau saya. Harap2 kawan tu cuma bergurau saja...

      Delete
  5. bunga yg mekar di laman akak dah diintai si kumbang...saya pun sependapat dgn akak, biarlah anak2 belajar dan bekerja dulu, baru menempuh alam perkahwinan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Step by step... kan nohas. Ojet minta izin nak bekerja sambil belajar for Master tu pun saya tak benarkan. Kalau nak belajar, tumpukan perhatian pada belajar saja. Saya tak mahu dia terbeban memikirkan itu... memikirkan ini...

      Delete
  6. anak di mata kita sentiasa kecil , walaupun sudsh besar panjang...
    saya pun tak tahulah bagai mana nanti jika anak sendiri akan melangkah ke fasa seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemas Nieda... kita rasa seperti akan 'kehilangan'...

      Delete
  7. adoi..gelak saya baca tau kak
    baru perasan ye ada anak dara dalam umah
    igtkan kecik lagi, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa... sok bila si kakak tu dah umur mcm Ojet ni awak akan tahu sendiri bagaimana rasanya... cemas tau! Bukan saya saja yg rasa begitu, abahnya pun sama... mmg kami tersentak jab dgn 'pelawaan' kawan tu.

      Delete
  8. Kak zai dah rasa anak lelaki kahwin tapi anak perempuan belum lagi. Dari pengalaman adik beradik kak zai ianya amat berbeza.

    Pendapat kak zai biarlah anak2 yang membuat keputusan mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun begitu jugak kak Zai... saya tak mahu mengaturkan jodoh anak-anak... tapi apa-apa pun kalau boleh bukanlah dalam waktu yang terdekat ni... Saya belum puas lagi bergurau dengan anak-anak.

      Anak-anak macam tetamu saja dalam hidup kita... sampai masanya mereka akan keluar dari hidup kita dan ada kehidupan sendiri tapi untuk sampai pada saat itu, sementelah selama ini saya sibuk bekerja, dan mereka keluar menuntut ilmu, saya sering merindui mereka dan tak sabar menunggu mereka pulang... harap2 lepas grad mereka bekerja dan tinggal lagi beberapa tahun dengan saya... lepas tu kalau nak kawin.. orait! saya setuju.

      Delete
  9. Zaman sekarang ni, anak-anak suka cari sendiri. Tapi tak salah juga kalau emak ayah aturkan, asalkan jodohnya baik, kan..Semoga mendapat jalan yang terbaik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap kawan saya cuma bergurau saja Zila... saya yakin Ojet belum mampu memikul tanggungjawab sebagai isteri apa lagi ibu...

      Delete
  10. hahahaha sindrom 'naktaknakjadimakmentua'...:) makcik pon tengah masuk fasa tu.....tapi mck anak lelaki la....:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... selama ni tengok dan layan anak tu macam budak2 kecik... dan terasa diri mak ni muda... tetiba bila ada orang bertanya terus terasa diri mak ni dah tua... tu yang taknak lagi jadi mak mentua.... hahahah... lawak je mck.

      Delete