Thursday, August 8, 2013

Semerbak bau rendang satu Sheffield...

Made in UK.. inilah rupa rendang yang di masak
oleh abang.

Abang call... lama juga kami berbual. Bukan main seronok lagi dia bercerita tentang pengalamannya dengan kawan-kawan membuat persiapan raya di perantauan. Abang cakap mereka berkongsi memasak makanan. Abang ambil part memasak rendang.

Seminggu yang lepas abang call aku... tanya macam mana resipi nak masak rendang. Lepas tu dua hari lepas call lagi tanya... kerisik tu apa. Aku cakap kerisik tu kelapa yang digoreng tanpa minyak sampai garing. Kemudian tumbuk lumat sampai keluar minyak dan cair. Tapi aku kata ada juga yang dah siap. Aku suruh abang pergi kedai yang menjual produk Malaysia. Kebetulan masa aku di Sheffield tempoh hari aku jumpa satu kedai yang menjual rempah ratus dan jenama macam adabi dan maggi. Aku suruh abang pergi kedai tu dan tanya pada pekedai tu... mesti ada.

Abang kata dia bercadang nak buat rendang dua ekor ayam. Jadi abang nak tahu berapa banyak santan dia nak guna. Aku kata kalau guna santan dalam tin lebih kurang 6 atau 7 tin macam tu. Atau lebih senang cukup untuk menenggelamkan ayam tu sudah memadai. Jangan lupa bubuh serai dan asam. Masak sampai kering dan selalu kacau supaya tak hangit.

Alhamdulillah! dah tinggal berjauhan ni pandai pun berdikari. Tak sangka ada bakat juga anak bujang aku tu. Semerbak bau rendang satu Sheffield... ha..ha..  Masa memasak rendang tu, sorang kawan serumah abang keluar dan terserempak dengan jiran mereka... dan dia terdengar percakapan dua orang mat saleh tu. Mat saleh tu cakap... mereka terbau sesuatu yang sungguh sedap...

6 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir dan batin sweetie.
    alhamdulillah abang dah boleh menyediakan juadah untk sambut raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi malam raya tu cam sayu gak dengar suaranya di talipon...

      Delete
  2. selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin.

    bila berjauhan pandai anak2 berdikari. tak tahu bertanya dan akan ada semangat tolong menolong antara kawan2. bila dah habis belajar itulah kenangan yg akan menjadi ingatan buat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nieda, masa saya gi melawat dia di sana... saya tengok tak kira bangsa, Melayu, Cina dan India, dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung... nampaknya bersatu dan tolong menolong.

      Delete
  3. Alhamdulillah, pandai abang berdikari. Jadi, mak pun tak usahlah susah2 hati. Lepas ni bolehlah abag cuba masakan lain pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain dari dari menuntut ilmu di Universiti sana... dia dapat juga belajar sesuatu yang selama ini tak pernah dia ambik kisah kan... belajar memasak. Memang... nanti saya nak suruh dia buat pulak bila balik M'sia.

      Delete