Tuesday, July 30, 2013

Nokia kodok...

Kiri, nokia kodok pemberian abang. Tahan lasak 
betul talipon ni. Si abang cakap dah beberapa kali masuk 
dalam mesin basuh tapi ok lagi. Kanan, nokia kodok aku 
yang aku dah 'menyampah' tu.

Ianya taklah secanggih dan sehebat talipon orang lain. Nak keluarkan pun malu. Sekadar boleh hello! hello dengan anak-anak cukuplah. Kalau berdering ketika aku berada dalam LRT  confirm memang aku tak jawab punyalah... segan... talipon kodok je.

Tapi pagi ni aku tiba-tiba naik 'hangin' dengan talipon nokia yang tak berapa nak 'classic' ni. Hah! ambik kau... berderai aku hempaskan ke lantai. Mahunya tak hangin. Lately ni 'dia' selalu saja buat perangai. Bila berbunyi... angkat... line putus. Berbunyi lagi... angkat... line putus lagi. Mana boleh sabar kan. Baterinya tu 'kong' saja. Kalau di pejabat aku sentiasa connect kan ke chargernya... baru boleh angkat dan jawab panggilan yang masuk.

Nak beli ganti yang baru... takdalah kot. Teringin tapi bajet tak ada. Nasib baik ada talipon nokia yang lebih kodok dari nokia kodok aku yang dah berderai tu. Malah lebih 'classic' lagi. Kamera pun tak ada. Talipon lama abang. Masih elok lagi. Si abang bagi pada aku masa kami nak berpisah di stesen Bayswater, London hari tu! Walaupun kodok tapi aku sayangggg! Pemberian dari abang kannnn!

6 comments:

  1. assalam sweetie..nasib baik telefon abang boleh guna lagi kan...kalau tak kena beli jugak..kalau tak susah nanti nak berhubung ngan abang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W/salam! Sungguh acik, syukur! kalau tak menangislah saya rindu nak dengar suara abang dan suara Ojet!

      Delete
  2. samalah kita..... masih pakai yang lama lagi..... selagi tak berkecai.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni kalau talipon canggih pun bukan reti nak guna...

      Delete
  3. setakat nak hello, hello kodok pun kodoklah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..ha..ha.. betul Nieda! Kalau orang-orang muda tu lainlah kan... nak chating berFB bagai kat talipon.

      Delete