Thursday, August 15, 2013

10 tip membesarkan anak...

Aku dapat tip ni dari wall FB kawan baik masa sekolah dulu. Dia seorang ustazah. Aku tak pasti samada tip ni dari dia sendiri atau dia dapat dari mana-mana sumber. Apapun elok juga kita kongsikan dan dapat amalkan. Aku dah lama amalkan yang no 5 tu... dari hari pertama mereka lahir sampai sekarang. Dari kecik aku selalu beritahu kalau tak peluk dan cium maknanya tak sayang. So sampai sekarang kalau aku marah... lepas tu mereka mintak maaf dan aku maafkan tapi kalau tak disertakan dengan peluk cium maknanya masih marah dan tak sayang.

Ada anak-anak terutamanya anak lelaki yang malu kalau di peluk dan di cium lebih-lebih lagi kalau di depan kawan-kawannya. Tapi anak lelakiku si abang suka. Dia tak kisahpun kalau aku peluk dan cium dia di hadapan khalayak ramai... malah bangga. Dalam satu program motivasi yang pernah aku sertai... ada diberitahu... adalah digalakkan memeluk anak-anak ketika kita menghantarnya ke sekolah... Anak-anak yang selalu di peluk dan di belai akan menjadikan mereka seorang yang bijak.

Jadi jom kita cuba amalkan tip-tip ni:

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang! Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) dan ucapan ini adalah doa dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan mahu dia jadi anak yang soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak yang soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di alam Barzakh nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. Ceritalah buat macam dramapun boleh.

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat. “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia. Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam (macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad s.a.w. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu. (Kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka).

12 comments:

  1. semua yg dikongsikan di atas mmg selalu dipesan oleh org bijak agama. Bukan senang nak mendidik anak supaya menjadi org yg budiman.

    Satu lagi bacakan "Ya Latif , Ya Latif sebyk 7 kali semasa anak tidur di ubun2 kepalanya. dan doakan @ sebutkan apa yg kita inginkan utk anak kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nieda, kerana beri satu lagi tip... saya nak cubakan pada anak saudara saya yang umur 7 tahun... nakal sangat...

      Delete
  2. pesanan yang sangat2 berharga Sweetie, akak suka membaca nya, kadang2 kita terlupa dan alpa utk membuat semua tu, tapi ALHAMDULILLAH ALLAH mendengar segala doa2 kita dan memperkenankan nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak Noor, Allah perkenankan doa kita. Dulu masa anak-anak saya kecik dan masih bersekolah seorang kawan... dia ni bekas pelajar tahfiz pondok... beritahu saya satu tip macam mana nak memberi dan membuat ingatan anak-anak kuat dan senang belajar. Saya ikut dan amalkan jugak.

      Delete
  3. sesungguhnya bkn senang menjalankan tanggungjawab sbg ibu/bapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kamsiah... bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga amanah dan anugerah dari Allah tu. Mereka datang pada kita seperti sehelai kain putih kan.

      Delete
  4. Bagus sangat tu....Thanx for the tips....insyallah cuba buat.
    Benda yg baik elok dikongsi.....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Leez. Sebelum ni saya ada juga membaca buku-buku yang berkaitan dengannya... dan saya cuba buat dan amalkan dalam mendidik anak-anak saya. He..he..he.. saya suka bereksperimen... dan saya nampak macam mana hasilnya...

      Delete
  5. Terima kasih kak berkongsi tips yang sangat berguna ni...mmg sgt mencabar nak membesarkan anak2 ni kan...kalau tak dapat buat 10, dapat buat lima ke enam pun okey kan..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Yati... mudah-mudahan doa dan harapan kita di makbulkan Allah dan kita memiliki anak-anak yang soleh dan membesar seperti mana yang kita inginkan.

      Delete
  6. terima kasih sweetie..
    abang sama macam anak2 acik tak de rasa malu bila peluk cium mak walaupun dah besar.
    hero bongsu acik tu..klau pi kelas dia..masa nak sain rewport kad..selamba je peluk cium mak dulu..sampai kawan2 yang gelak2kan dia..kata anak omak..anak manja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka macam tu acik! Dapat saya bayangkan macammana hero bongsu acik tu. Apa nak malukan pulak... lagipun dengan berbuat begitu rasanya kita lebih rapat dengan anak-anak.

      Delete