Sunday, August 11, 2013

Susah hati betullah....

Tengah runsing ni... memikirkan macam mana nak hantar Ojet balik ke kolej. Tiket keretapi untuk 14 haribulan ke Arau dah habis. Yang tinggal cuma 13 haribulan. Tapi kalau Ojet balik 13 haribulan... mana pulak dia nak tinggal. Kolej untuk student degree kosong. Semua penghuninya dah balik bercuti sampai September nanti. Pilihan yang ada naik bas sajalah. Itupun 14 haribulan pagi... dan sampai di Arau petang. Susah betul hati mengenangkannya lah.

Time-time macam ni mulalah hati tu geram je dengan penganjur kursus ni. Dah lah surat pemberitahuan tu lambat sampai, buat pulak musim raya. Aku pulak kerja. Kawan-kawan sepejabat semua balik kampung. Tinggal aku dengan beberapa kerat je di office ni yang kerja. Mau tak mau nampaknya aku memang kena ponteng lah ni.

Macam mana pun aku kena temankan Ojet balik ke Arau lusa dengan bas pukul 10 pagi. Tak senang hati aku memikirkan dia balik dengan bas sendirian. Dan aku kena temankan juga dia di kolej sampai peserta lain sampai pada 15 haribulan. Kursus tu akan diadakan pada 16 haribulan di Kuala Kangsar selama tiga hari. Mereka akan di bawa dari Arau ke Kuala Kangsar dengan bas. Lepas tu akulah pulak yang terpaksa 'merempat' di Arau. Belanja juga tu... Aku memang stranded tu sebab tiket-tiket untuk ke KL pada 15, 16, 17 dan 18 dah habis. Kena tunggulah balik sama-sama dengan Ojet pada 19 haribulan dan sampai KL pagi 20 haribulan.

12 comments:

  1. assalam sweetie..demi anak kan..daripada kita makan tak lalu..tidur tak lena..hati susah je..baik temakan anak tu kan sweeti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang acik... migrain pun naik di buatnya.

      Delete
  2. beraya sampai ke araulah sweetie nampak gayanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jadi Nieda... saya dah dapat tiket keretapi untuk Ojet balik 14 haribulan punya... Alhamdulillah... agaknya ada orang yang booking tiket tu tak jadi balik dan lepaskan. Sebab pagi tadi masa Ojet ke kaunter nak beli, tiket pada 14 haribulan semua dah habis.

      Delete
  3. pengorbanan seorang ibu...

    alhamdulillah syukur...semua dh setel

    ReplyDelete
  4. Tak pe Sweety....berbaloi berkorkan utk anak....
    Kalau tak kita ibu nye...Sape lagii!
    Nanti bila kita dh tua n tak berupaya lagi....anak2 pulak berkorkan utk kita....insyallah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah-mudahan macam tulah nanti Leez!

      Delete
  5. Itulah ibu kan..sanggup berkorban demi anak2... Moga bila kita dah tua nnt ank2 akan igt segala pengorbanan kita.. Amin
    Selamat hari raya. Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah! Mudah-mudahan mcm tulah. Pada siapa lagi kita nak bergantung bila dah tua nanti kalau tak pada mereka.

      Selamat hari raya!

      Delete
  6. macam tu bunda pun...kalu hal anak2 memang kadang tak tido dibuatnya selagi tak setel...apelagi kini bunda sorang2 jer mengurus anak2..dulu bolih berkongsi masaalah...

    apa pun SALAM LEBARAN untuk Sweety sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN, sama je kita ni... Hal anak-anak memang saya yang handle.

      Salam Lebaran juga untuk KN sekeluarga.

      Delete