Sepi sangat petang ni. Baru lepas menonton Kuch Kuch Hota Hai di TV. Aku bukanlah peminat cerita Hindustan tapi dah tak ada apa nak buat.. tengok jelah. Keliling rumah lengang dan sunyi. Jiran-jiran kebanyakannya balik kampung. Ojet pulak pergi beraya dengan untienya.
Rabu depan Ojet kena balik semula ke kolej. Dia dipanggil untuk menghadiri kursus BTN di kem Ulu Kenas. Heeeee... geramnya aku dengan pihak yang terlibat. Kenapalah time-time raya ni buat program. Tak boleh tunggu sampai akhir bulan ni ke..!
Sebenarnya Ojet telah dipilih oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) untuk calon Majlis Pemimpin Pelajar (MPP) Zon Utara mewakili fakulti untuk Pilihan Raya Kampus yang akan datang. Aku tanya Ojet dia ke yang memohon nak jadi calon. Ojet kata tak... mungkin pemilihannya tu di buat berdasarkan keputusan peperiksaan semesternya. Aku ni bukan apa... tak berapa suka sangat Ojet malah abang juga terlibat dengan banyak sangat aktiviti di kampus. Risau kalau-kalau aktiviti tu menjejaskan masa study mereka.
Bila aku renung-renungkan dan pandang ke belakang semula... Ojet ni memang sering terlibat dan terpilih jadi leader sejak zaman persekolahannya. Pernah jadi pengerusi untuk satu pertandingan dan memenangi tempat pertama. Juga sebagai pengerusi kelab Youth Enterprise termasuklah jadi fasilitator matematik di sekolahnya dulu. Ketua koperasi dan juga pengurus pasukan hoki sekolahnya... dan memenangi tempat kedua peringkat kebangsaan. Dalam pertandingan kelab YE pasukan Ojet memenangi gerai tercantik juga peringkat kebangsaan. Memang dia ada bakat dalam kepimpinan.Cuma aku tidak begitu menggalakkan. Tak tahu kenapa...
Kalaulah dia dipilih mewakili fakulti sebagai calon dalam Pilihan Raya Kampus yang akan datang... oh! tidak! tak boleh aku bayangkan... Ojet bakal terlibat dengan banyak perkara di universiti. Tapi apapun aku tetap doakan yang terbaik buat permata hatiku Ojet. Oh ya... result semester kedua dah keluar minggu lepas. Alhamdulillah! Ojet masih mengekalkan kecemerlangannya dan penerima anugerah Dekan.
tahniah bukan senang jadi terbaik dari yg terbaik
ReplyDeleteTerima kasih Nieda.
DeleteTahniah sweetie an ojet..dokanyang terbaik untuk ojet ye sweetie.
ReplyDeleteAcik faham.kebimbangan hati seorangibu
Terima kasih Acik... Betul acik... risaulah hati terlibat ngan politik2 ni... takut dipergunakan oleh pihak2 yang berkepentingan. Budak2 ni muda sangat lagi...
DeleteHi Sweety!...tahniah sekali lagi kerana kecermelangan anak you. Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin....
ReplyDeleteTerima kasih Leez!
DeleteTahniah Ojet
ReplyDeleteTerima kasih Zana.
Delete