Friday, February 1, 2013

Jangan pijak snow tu...

Posing... first time tengok salji.

Hujan renyai-renyai ketika kami sampai di Sheffield. Suasana agak sunyi... tak bising dan sibuk seperti di London. Sesekali angin berhembus menambahkan lagi kedinginan malam yang sedia dingin... Di sana sini terdapat longgokan salji... jalan pulak agak licin... setiap kali melangkah abang sering mengingatkan aku "mak, baik-baik... licin tu... jangan pijak snow tu... kang jatuh!"

Abang cakap rumahnya tak jauh dari station tu... tapi sebab dah malam dan risau aku tak larat berjalan... lebih-lebih lagi dalam cuaca sejuk, jadi abang sarankan kami naik teksi untuk pulang kerumahnya di Brunswick Street. Keadaan sekitarnya lenggang dan sunyi... Patutlah abang tak suka berada di London lama-lama... Memang jauh sekali beza suasananya.

Lepas meletakkan barang-barang dan beg, kami berempat keluar semula untuk makan malam. Dari rumah abang, kami melalui taman permainan dan jalan-jalan perumahan yang dipenuhi dengan salji dan sunyi dan hanya diterangi oleh lampu-lampu neon... Abang pulak akan tunjukkan pada aku mana-mana tempat yang aku boleh pijak dan berjalan... dia takut aku jatuh... Adik pula kata, kalau aku jatuh dia akan ambik gambar dan videokan. Dia memang menanti-nanti antara kami berempat siapa yang akan jatuh dulu... dan terduduk atas salji tu...

Aku, adik dan kawan abang memang teruja dengan suasana yang kami lalui... Kami melompat-lompat atas timbunan salji... sesekali tergelincir dan ketawa seronok... Abang dan kawannya ambil dan kepal salji tu dan lontarkan pada batang pokok-pokok yang di tanam di bahu jalan.

Gelak tawa kami memecah keheningan malam dan sepanjang langkah kami menuju ke restoran. Makan malam hari pertama aku di Sheffield abang belanja...

Abang orderkan aku chicken wing, nasi, salad dan 
English tea... untuk makan malam. "abang belanja mak dengan 
duit kerajaan (biasiswa)", he..he..he..

10 comments:

  1. hai Sweetie, akhirnya dpt jugak kan tengok snow tentu best sesangat, macam jakunis lah jugak kita ni kan, sama lah kita,pantang jumpa mesti nak ambik gambar je, sedapnya makanan yg abang belanja tu terliur lah kaknoor tengok..

    yang best skrg ni dah dpt tengok Sweetie yg mmg sweet lah heeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab kat tempat kita tak ada snow... mat saleh2 tu semua diaorang tak heran pun tgk kita cam jakun main2 salji tu... mereka faham dan sporting bila nampak kita nak ambik gambar suasana tempat mereka.

      Ya, memang sedap makanan tu kak Noor...

      eh! iye ke? seganlah saya kena puji...

      Delete
  2. Seronoknya dengar cerita Sweetie.. Sayangnya abang pada mak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serono Sal... Dah seminggu saya kat sini tiada satu haripun yang membosankan... Sal kalau ada peluang dtglah jalan-jalan ke UK ni... luaskan pemandangan.. scenerynya pun cantik...

      Alhamdulillah! bila abg layan saya macam tu.. terasa diri ini disayangi...

      Delete
  3. anak yang soleh, hadiah terbaik dario Allah swt untuk seorang ibu..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur! tiada anugerah yang lebih baik dari ini su!

      Delete
  4. Replies
    1. Dia memang macam tu Irfa... Sebelum dia 'fly' dulu pun dia tinggalkan pesan...mcm2 pada saya... macam kita buat kat dia masa kecik2...

      Delete
  5. Kak, seronok kan kak anak kita wpon dia masih student n dia belanja kita just utk appreciate kita sbb sanggup datang jmp dia jauh2 kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum saya datang tu dia anak saya si abang ni memang dah cakap dan janji nak belanja saya Kenari... betul saya rasa bangga sangat bila dia belanja dan tertunggu2 kedatangan saya ke UK. Kenangan bersama dia di UK memang indah sangat!

      Delete