Thursday, January 31, 2013

London sama macam KL...

Ikut abang balik ke Sheffield.

Menukar train dari Hammersmith di sini untuk 
ke Victoria station.

"Boleh ke duk ramai-ramai dalam satu bilik?"

"Seludup la... buat tak tahu je..."

"Abang bawak tak sleeping beg?"

"Bawak..."

He..he.. Selamba je aku 'angkut' abang masuk bilik aku malam tu... tak kuasalah nak booking lagi satu bilik. Lagipun nak tidur semalam je pun... Esok pagi-pagi dah nak keluar dan ikut abang balik ke Sheffield. Sebenarnya memang aku dah rancang dari Malaysia pun nak kongsi je bilik dengan abang bila dia datang jumpa dan ambik aku di London. Nak jimat belanja. 

Malam tu kami berempat (aku, adik, abang dan kawannya) satu bilik. Pihak hotel tahu dan nampak abang dan kawannya menumpang di bilik aku tapi mereka tak tegur pun... esoknya waktu nak check out baru mereka beritahu... sebenarnya tak boleh... Alasannya bilik rosak dan kotor kalau masuk ramai-ramai... eleh... nak tidur je pun.

Mulanya memang nak stay semalam lagi di London... tapi abang beritahu salji masih lebat di Sheffield... awal-awal lagi masa di M'sia aku dah cakap dengan abang... aku nak tengok salji... jadi aku ambik keputusan ajak abang balik ke Sheffield... di London salji sudah cair waktu aku sampai... alang-alang dah datang masa winter... tentulah aku nak main salji. Abang pun tak suka sangat duduk lama-lama di London... bising katanya. "Abang dah duduk KL, bising dan sibuk... London ni samalah macam KL... abang suka duk di Sheffield... tenang dan tak sibuk macam London."

Lepas serahkan kunci... kami berempat naik train di Hammersmith dan turun di Green Park untuk menukar train menuju ke Victoria station, Central London. Dari stesen Victoria, kami menaiki bas untuk ke Sheffield. Aku ikut saja... semuanya abang yang cadang dan uruskan. Sementara menunggu bas bertolak... kami berempat berjalan-jalan kawasan sekitarnya dan membeli souviner untuk di bawa balik ke M'sia nanti.

Dalam bas aku duduk sebelah abang... ketika dia terlena di tempat duduknya aku pandang abang dengan perasaan kagum.. terharu dan bangga... dalam hati berkata... masa kecilnya dulu aku yang dukung dan pimpin tangannya bila berjalan kemana-mana... sekarang dia pula pimpin dan bawak aku berjalan di sebuah negara lain... yang amat asing dengan bahasa yang lain dan yang tidak pernah aku jejak...

Hari dah gelab waktu kami sampai di Sheffield...

Ketika bas berhenti di Chesterfield, salji memutih 
di kiri kanan jalan.

Highway menuju ke Sheffield. Dari London ke Sheffield 
masa perjalanan lebih kurang 5 jam.

12 comments:

  1. Assalam Sweety..
    I'm so happy for u...dpt jumpa n lepas rindu kat abg. Rasa terharu bila baca ur blog...tulah pengorbanan ibu terhadap anak. Walaupun beribu batu sanggup menyeberangi demi nk melepaskan rindu kat anak.I think i'll do the same if i'm in ur place tapi... accompanied by my hubby..hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez, i sungguh happy skrg... Tiap hari i pandang dia kekuliah dari tingkap bilik... rasa macam kat rumah sendiri pulak... tp semuanya akan berakhir 10 hari lagi... i akan balik M'sia.

      My hubby tak kisah... dia pun selalu cakap i ni akan buat apa saja kalau pasal abg... tp bila i minta izin nak pergi mana2 dia memang izinkan dan percaya i boleh buat semua tu.

      Delete
  2. Salam Sweetie,
    Terharu baca perenggan terakhir tu. Moga abang sentiasa menjadi anak yang taat dan membahagiakan keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah harapan dan doa kami sekeluarga, Sal.

      Delete
  3. salam Sweetie..
    wah naik bas ke Sheffield?? akak selalu gi mana2 kalau kat london tu anak2 suka naik tube atau train je mudah katanya, selama pergi UK dua tiga kali tak pernah naik bas haha best jugak kan insyaallah tahun depan nak ajak anak2 naik bas pulak kemana2..

    restoren Bonda tu kat London lah Sweetie, akak pun tak tau jalan apa dan dekat dgn apa hahah ikut bontot anak2 je..mesti abang tau kalau Sweetie tanya restoren Bonda kat dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambang train dgn bas lebih kurang je saya tgk kak Noor. Trylah kak Noor, adventure sikit.

      Abg ni tak berapa suka sgt berjalan... lagi2lah tempat2 sesak dan sibuk macam London...

      Delete
  4. salam kak..
    'Dalam bas aku duduk sebelah abang... ketika dia terlena di tempat duduknya aku pandang abang dengan perasaan kagum.. terharu dan bangga... dalam hati berkata... masa kecilnya dulu aku yang dukung dan pimpin tangannya bila berjalan kemana-mana... sekarang dia pula pimpin dan bawak aku berjalan di sebuah negara lain... yang amat asing dengan bahasa yang lain dan yang tidak pernah aku jejak'

    sebak baca part ni ;)

    bab hotel tu mmg gitu..masa kat Paris kami pegi 2 family
    kami pun 2 anak
    kawan pun 2 anak
    hotel suh kami ambik 3 bilik
    anak2 masih kecik..maka satu blik tu bayar je tapi xde sapa duduk.rugi betul.dahlah satu malam 80euro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel yang saya duduk tu, Adrian tulah yang book. Dapat half prize, sebab dia warga Britain. Saya dapat tahu kalau warga emas dan rakyat Britain mereka dapat diskaun kalau tempah hotel. Adrian tu bekas CEO salah sebuah bank kat M'sia dulu.

      Delete
  5. u r one lucky mum..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Su, syukur anak-anak saya tak 'nakal'.

      Delete
  6. Alhamdulillah kak. Kak anak akak berjaya dalam hidup. Dalam akademik pastinya. Satu hari saya harap apa yg akak rasa ni pon akan dirasai oleh saya juga. Anak saya kecil lagi. Sorg 4 dan sorg lg 2 thn

    ReplyDelete