Sunday, February 3, 2013

Abang belikan boots...

Inilah boots yang abang belikan. Selesa dan lembut.

Tram.

Tengok besarnya saiz roti di UK ini... Harganya 1.28 pound.

Dah seminggu lebih berada di Sheffield... Setiap hari aku berjalan menjelajah Sheffield City ini. Kalau tak ada kuliah abang akan temankan dan bawa aku berjalan merata tempat dan ceruk... Keluar masuk kedai... bila lapar kami berhenti makan dan minum... Bagusnya Sheffield ni nak makan senang... kedai makan banyak... kebanyakkannya halal... murah... dan potionnya banyak. Order satu pinggan boleh makan untuk dua orang.

Kedai 1 pound.

Harga barang-barang di supermarket pun murah. Sayur-sayuran dan buah-buahan boleh dapat dalam harga 1 pound. Susu, roti, coklat pun sama... harganya tidak melebihi 2 pound. Cuma daging agak mahal sikit... dan nak mencari yang halal di Sheffield ini memang mudah... merata-rata kedai kebanyakannya menjual makanan halal. Peniaga-peniaganya pula kebanyakannya orang-orang dari Timur Tengah.

Boleh dikatakan puas juga aku berjalan dan tengok macam-macam... abang bawa aku pergi universiti dan tunjukkan bangunan kuliah fakulti enginering tempat dia belajar... Abang bawa naik tram pergi Meadow Hall. Tram ini macam bas/keretapi letrik. Tiketnya pula untuk dua hala... pergi dan balik dan boleh digunakan untuk satu hari. Aku suka naik tram ini... best... dalamnya besar... luas dan selesa.

Akhirnya kerana terlalu banyak sangat berjalan kaki aku melecet... dan abang bawa aku masuk satu kedai dan belikan aku boots... abang sendiri yang pilih... lepas bayar abang terus sarungkan ke kaki aku... Menurut abang boots tu lebih selesa, lembut dan kaki aku akan rasa panas dan lebih sesuai dalam cuaca sejuk di UK ini.

8 comments:

  1. bestnyer kt negara orang dgn abg yang so baik n sweet..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berjalan memang best susumanis... Yang tak bestnya balik nanti... nak kena berpisah dgn abg... dan.....pssst! duit dah surut... he..he..

      Delete
  2. kak sweetie..
    dah ada boot kenalah selalu ke sana ;)
    sweetnya abang
    harap anak bujang saya sebaik abang bila besar nanti

    pssttt..
    kak sweetie.
    buanglah verification code tu
    susahlah nak komen.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belanjanya besar nak dtg selalu Irfa. Kena kerja keraslah bila balik M'sia nanti.. kumpul duit lagi.. InsyaAllh Irfa... anak2 ni dia akan layan kita macam mana kita buat dan layan dia masa kecik2...

      Saya tak perasan ada verification code tu... kalau kawan2 tak beritahu memang saya biar je... ok nanti saya buang...

      Delete
    2. tq kak..dah takde code tu lagi best nak komen ;)

      Delete
  3. kastard buah-buahan 2 nmpk sedap.. ada resepi x? he2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak resipi boleh... bagi saya email address awak!

      Delete
  4. tenku butang! saya akan lawat dan follow awak nanti sabar ya...

    ReplyDelete