Inilah pekan Bakewell.
Sabtu, abang tak ada kuliah... dia dan housematenya rancang nak bawa aku dan adik ke Bakewell... yang terkenal dengan pembuatan pudingnnya. Masa winter ini waktu siangnya pendek... jadi kami berempat keluar rumah awal untuk menaiki bas pukul 9 pagi. Perjalanan dari Sheffield ke Bakewell mengambil masa lebih kurang 45 minit.
Dikiri kanan jalan sepanjang perjalanan yang kami lalui... pemandangannya cantik sekali. Berbukit-bukit... hutan-hutan dengan pokok-pokok... walaupun tak berdaun tapi tetap memberi scenery yang menakjubkan... sungai-sungai kecil dengan airnya yang jernih... bongkah-bongkah batu... padang-padang rumput yang saujana mata memandang... biri-biri dan lembu sedang meragut rumput...
Matahari bersinar terang ketika kami sampai di Bakewell...suhunya 2 darjah celcius... sejuk dan dingin... Tak ramai orang... Bakewell cuma sebuah pekan kecil... ianya seperti sebuah perkampungan. Sayangnya aku datang waktu winter... jika tidak tentu aku dapat menikmati permandangan yang lebih menakjubkan dengan bunga-bunga dan pokok-pokok rose yang ditanam dan tumbuh menjalar di dinding-dinding bangunan... arbor dan taman-tamannya. Bangku-bangku kayu untuk duduk berehat-rehat dibawah sinaran matahari.
Sarapan kami di Lavender Tea House.
Sebelum memulakan langkah kami berempat singgah untuk sarapan pagi di sebuah cafe... Apa yang aku perhatikan... di sini memang banyak cafe. Semuanya bercirikan tradisional Inggeris. Kami berempat memilih untuk bersarapan di Lavender Tea House.
Di kawasan ini agak payah untuk mendapatkan makanan halal kerana rata-rata penduduknya adalah rakyat tempatan. Kawan abang Joseph amat prihatin dengan makanan yang ingin kami pesan. Dia ini pelajar tajaan JPA, rakyat Malaysia berasal dari Kuantan... baik budaknya.
Masuk dalam cafe aku teruja dengan hiasan dalamannya. Terasa seolah-olah berada dalam rumah kampung orang-orang Inggeris yang biasa aku tengok dalam filem-filem mereka. Pinggan mangkuk.. pintu... tingkap... kerusi mejanya dan frame gambar yang digantung di dinding... langsir... semualah... bercirikan tradisonal Inggeris. Pelayannya pun baik dan amat ramah menyambut kedatangan kami. Untuk sarapan kami ambil sandwich tuna dan telur, salad sayur-sayuran, chocolate cake, scone, muffin, tea, hot chocolate dan latte.
Lepas bersarapan kami berjalan menyusuri sungai yang jernih airnya... di dalamnya penuh dengan itik, angsa dan swan berenang berpasang-pasangan. Burung-burung berterbangan merata-rata. Sana sini ramai penduduk tempatan bersiar-siar sambil menolak bayi dan membawa anjing-anjing peliharaan mereka.
Abang dan untienya, my sister.
Itik-itik berenang atas air sungainya yang jernih. Bunyi
aliran airnya sungguh mengasyikan...
aliran airnya sungguh mengasyikan...
Di sebelah kanan itu adalah pokok-pokok rose yang kehilangan daun
akibat musim sejuk. Kalau musim bunga taman ini pasti dipenuhi
dengan bunga-bunga rose yang kembang mekar.
akibat musim sejuk. Kalau musim bunga taman ini pasti dipenuhi
dengan bunga-bunga rose yang kembang mekar.
Kebetulan pada hari kami datang di Bakewell ada 'Craft dan Gift Fair' Barang-barang yang di pamer dan dijual semuanya hasil tangan penduduk tempatan. Abang beli penyendal pintu... comel.
Seharian kami berjalan dan menghabiskan masa di Bakewell. Sebelum balik Joseph belanja minum petang. Lagi sekali aku dibelanja dengan duit kerajaan (biasiswa).
Berjalan antara lorong-lorong di pekan Bakewell...
first time tgok muka akak..ehehehe..syoknya bleh jalan2 kat UK! nk pegi jugak one day!
ReplyDeletePergi Z@ck... banyak tempat2 di UK ni cantik2. akak rasa kalau cuti sebulan pun tak habis lawat lagi... ralitlah tgk tempat mereka... ni pun akak tak habis merayau Peak District.
DeleteSweetie...
ReplyDeleteNext time kalau i ke that part of the world...i'll make sure my hubby take me to the town of Bakewell. I'm sure it's beautiful.....
Leez, i rasa spring lebih cantik...
Deletekak sweetie..
ReplyDeletesaya pun suka decoration kafe diorang
masa ke Holland,suka sgt rumah2 comel tepi sungai tu,rumah kayu yg masih tradisional dijaga rapi
mcm rumah lama di melaka..bagus utk jadikan rumah utk org luar dtg melawat
abang dan 'mak sedara'nya tu nampak cam sebaya
mmg sebaya ke?
Saya pun mengimpikan untuk ke Holand... tapi yelah entah bila... mungkin tunggu abg grad...
DeleteTak! makciknya tu mungkin sebaya Irfa kot... tp masih bujang... Abg tu kesayangannya... dari kecik memang rapat... apa saja kemahuan siabg tu di turutnya...
insya Allah ada rezki akak boleh tengok tulip di Holland ;).sekarang dah banyak pilihan penerbangan ke sana
ReplyDeletekalau masih bujang mmg nampak muda
dah kawen..anak berderet mestilah nampak mak2 sikit
huhu
Tiket percuma yg Irfa dapat tiap2 tahun tu... kalau xnak guna... Irfa jual rega diskaun kat saya... hehee...
DeleteMasa anak kecik2 'kusut'lah sikit... tunggu anak besar... mak ngan anak dah mcam adik ngan kakak... baju pun boleh tukar-tukar pakai... eh! saya tak... sebab Ojet kurus... saya ni plum... ho..ho.. mak perasan!