Wednesday, January 23, 2013

"London I'm coming..!"

Semuanya sudah siap di kemas... baju-baju sudah dimasukkan kedalam beg... Aku cuma bawa pakaian satu beg kecil saja. Kalau bawa beg besar aku takut tak larat nak angkat dan tarik nanti sebab dari Heathrow aku akan ambil tube untuk ke Central London... dan aku akan turun di Hammersmith station... kemudian berjalan beberapa meter untuk sampai ke hotel penginapan. Cuaca mungkin sudah gelap waktu itu kerana menurut abang waktu maghrib di UK sekarang ini ialah pukul 3 petang. Penerbangan aku pula akan mendarat di Heathrow pukul 4.15 petang waktu UK..

Winter coat , sekarang tengah musim sejuk...

Memanglah dalam hati aku sekarang ini ada rasa berdebar, risau dan takut... Boleh ke aku lakukan semua itu... di satu tempat yang sangat asing pada aku...

 "Berapa jam lagi flight mak?" Dekat-dekat nak 'fly' ni si abang asyik call saja... cakap itu ini... pesan itu ini... menurutnya dia dah tak sabar nak jumpa aku... dan minta bawakan serunding kegemarannya. Kalau dia tak cakap pun memang aku dah sediakan...Serunding tu aku beli yang dah siap saja.. kalau nak buat memang tak sempat. Hari minggu lepas aku pergi merayau-rayau di  Central Market cari 'benda-benda' yang aku nak bawak ke UK. Serunding ayam kegemaran abang, kuih ros/loyang dan placemat yang dianyam dari mengkuang untuk sorang kawan mat saleh

Ok! tak mahu cerita banyak... dah nak masuk tidur... esok pagi-pagi lagi dah nak ke KLIA... Penerbangan aku pukul 10 pagi... Masa yang diambil untuk sampai ke UK ialah 13 jam... apa ya aku nak buat duduk lama-lama dalam flight?

8 comments:

  1. dah sampai kot masa ni...take care kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 3 hari kat London ni Yati... Sejukssss sgt... masa sampai suhu 2 celcius.

      Delete
  2. Hi Sweety
    If u read this...hv a nice journey...hv fun...happy shopping n take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Leez dah di London ni... belum sempat shopping lagi... tiga hari dah di London banyak tempat tak pergi lagi... tapi sekarang I ada di Sheffield... nak main salji, sebab di London salji dah cair...

      Delete
  3. salam Sweetie cayang.. mesti time ni dah bergumbira dengan si abang kan, ambik gambo banyak2 tau, rasa nya masih ada snow kot kat sana masa ni kan,jgn lupa balik tau heee wah best nya, akak pun tak sabar jugak nk gi sana ni tunggu konvo baru dpt pergi lagiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di London salji dah cair kak Noor... jadi saya tinggalkan London dan ikut abang balik ke Sheffield sebab di Sheffield salji masih memutih...

      Delete
  4. Nanti nak pakai dan bergambar ala2 model Irfa... he..he..he..

    ReplyDelete