Monday, January 28, 2013

Menjerit kesejukkan...

Pemandangan dari ruang udara sebelum MH004 yang 
aku naiki mendarat di Heathrow...

Sampai juga ke London akhirnya... salah satu impian masa kecilku telahpun direalisasikan... kalau tak kerana si abang study di UK ni, belum tentu aku dapat menjejakkan kaki di kota metropolitan yang terkenal ini. Suhu 2 darjah celcius ketika MH004 mendarat di Heathrow. Dari luar tingkap kapal nampak longgokan-longgokkan salji.

Oyster kad... untuk memudahkan perjalanan dengan tube.

Selepas pemeriksaan imegresen dan mendapatkan bagasi dan membeli oyster kad, aku terus menaiki keretapi di Picadally Line untuk ke Hammersmith. Ketika di kaunter tiket aku bertemu dan berbual dengan sepasang suami isteri dari Malaysia...mereka agak terkejut bila aku beritahu inilah pertama kali aku datang ke UK.

Mereka kata berani aku lakukan semua itu berpandukan pada peta... aku kata nak takut apa... cuma yang jadi masalah bahasa saja...Ikut saja panduan yang telah diberikan... mesti sampai. Lagipun sebelum 'fly' aku dah google hotel penginapan dan tempat-tempat yang aku nak pergi... Sebenarnya keberanian itu datang bila memikirkan dan membayangkan untuk bertemu dengan si abang... Demi rindu yang membara aku jadi yakin dan berani...

Apapun aku agak cemas juga bila sampai pada satu station yang tertulis Hammersmith, train tak berhenti. Aku dah mula fikirkan yang bukan-bukan tapi seorang pelancong Australia yang sama-sama menaiki train beritahu... jangan risau... station di hadapan dia suruh aku turun tapi jangan keluar... cuba tanya pada petugas-petugas yang ada di situ... Tapi memang aku bernasib baik... sebab station yang di hadapan itulah station Hammersmith yang sebenar... dan train berhenti di situ..

Keluar saja dari bangunan station Hammersmith... udara sejuk menerpa dan angin bertiup kuat... suasana pulak gelab seolah-olah sudah pukul 10.00 malam... padahal waktu itu baru pukul 6.00 petang. Dengan susah payahnya aku menarik beg yang berat sambil melihat tunjuk arah untuk ke hotel penginapan yang beberapa meter saja dari train station. Setiap kali angin bertiup aku menjerit kesejukkan malah langkah kaki seakan terhenti.

Malam pertama di UK, aku tidor lena sampai ke pagi tanpa menukar baju dan membersihkan diri... huh penat sungguh setelah mengharungi penerbangan selama 13 jam. Tengok apa yang telah aku buat...

12 comments:

  1. hai sweetie ;)
    seronoknya ke London
    kesana pada tahun 2009 dan mungkin tak pegi lagi kot sbb airportnya sekarang dah rm700++ utk seorang.kalau 5 org dah bape..hehe

    nanti apdet ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Irfa... kena cekalkan hati.. boleh dapat tiket2 murah yang berpatutan dgn poket kita... ambik ekonomi je... saya ni pun dapat promotion tiket... kebetulan ada kawan kerja travel agensi...

      Delete
    2. kak sweetie.
      kami ada tiket free setiap tahun
      tapi tiket jelah free,lain2 kena bayar sendiri jugak

      Delete
    3. Wah bestnya Irfa... apa lagi... kos dah jimat kat situ... ala kat UK ni makan kira murah juga... order satu boleh makan dua orang...

      Delete
    4. tggu anak2 besar sikit :)
      kecik2 nanti dia lupa
      kalau besar dia akan menghargai
      tempat mahal..kalau pegi biarla berbaloi

      Delete
  2. Alhamdulillah.. syukur selamat sampai.

    I thought you pegi berdua dengan your sister (i tersilap baca ke apa kot...hehehe..). Hati-hati and be alert always tau.

    Salam to abang from your blogger friend..

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My sister dah terbang dulu.. dia tak sabar. Lagipun dia nak meet someone kat London.. pssst boyfriend... special... harap2 kawin tahun ni.

      InsyaAllah I sampaikan... Tu dia baru je pi kuliah.. sekarang pagi di UK masa i balas message u ni.

      Delete
  3. Hi Sweety...
    London here i comes! Wah...u update dr.kota London ya!
    I pun ingat u pegi with ur sister. Berani nye u p sorang...salute! Kalau i entah lah..
    confirm tak berani n my hubby pun sure tak lepaskan. Anyway t.care n hv a great time!

    ReplyDelete
    Replies
    1. My sister dah terbang dulu Leez... tapi kami menginap satu bilik di hotel.. dia dtg dulu sebab nak jumpa someone special...

      Rindu dan impian tu yg buat I cekal dan berani... lagipun duk dlm kapal terbang je bukan singgah mana-mana... I ambil penerbangan terus... kalau transit2 mungkin tak berani jugak.

      Best guna internet kat UK ni... laju..

      Delete
  4. Alhamdulillah dah selamat sampai. Beraninya Sweetie pergi sorang2.. sampaikan salam buat Abang ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Sal, saya sampaikan... ni tgh lepak2 kat rumah dia.. diluar tu angin kuat sangat dan sejuk... si abang tidur baru balik kuliah.

      Delete