Brunswick Street, Sheffield.
Lebih sebulan berada di UK... Menyaksikan pelangi kehidupan di buminya. Mengutip kenangan di celah-celah hangat dan dingin suasananya. Menghirup udara tanah England ini hingga melangkaui Scotland dan singgah sebentar di Isle of Skye. Merasai kesejukkan air di Lautan Atlantik Utara. Melangkah di celah-celah kesibukan kotaraya London dengan ragam pengunjungnya.
Terasa lama sungguh meninggalkan tanah air... Blog ini pun hampir tiga minggu terbiar sepi. Tak semena-mena laptop abang tiba-tiba rosak. Tiada apa yang dapat dilakukan selain dari membantu abang mengemaskan pakaiannya dan mana yang tidak mahu lagi aku isikan dalam dua beg plastik dan di dermakan di British Heart Foundation. Membersihkan rumah sebelum diserahkan kembali kepada tuan punya.
Aku tiba-tiba terasa amat sepi dan seperti terputus hubungan dengan kawan-kawan.
Maaf! itu kisah beberapa minggu sudah. Kini aku dan anak-anak telah selamat pulang ke tanah air. Seperti yang aku cakap, banyak kenangan yang di kutip sepanjang satu bulan tujuh hari tinggal di Sheffield. Keinginan aku untuk bercuti dan melancong bersama anak-anak di UK akhirnya tercapai juga.
Memang pada asalnya kami merancang untuk berjalan di beberapa negara Eropah, tapi atas faktor kewangan rancangan itu kami batalkan. Semua maklum nilai RM sekarang macam mana. 1 pound bersamaan 7 ringgit ketika aku cuba untuk membuat pertukaran ketika berada di London.
Banyak kisah-kisah dan pengalaman yang kami lalui sepanjang berada di UK. Bayangkan empat buah kamera yang kami bawa penuh dengan gambar-gambar.
(nota mak: Ada peluang kita jumpa lagi...)
Rumput-rumput kering di Crookes Valley Park, Sheffield.
Aku tiba-tiba terasa amat sepi dan seperti terputus hubungan dengan kawan-kawan.
..........
Rimbunan rumpun bunga-bunga kecil di pinggir taman,
Bakewell, Derbyshire.
Maaf! itu kisah beberapa minggu sudah. Kini aku dan anak-anak telah selamat pulang ke tanah air. Seperti yang aku cakap, banyak kenangan yang di kutip sepanjang satu bulan tujuh hari tinggal di Sheffield. Keinginan aku untuk bercuti dan melancong bersama anak-anak di UK akhirnya tercapai juga.
Memang pada asalnya kami merancang untuk berjalan di beberapa negara Eropah, tapi atas faktor kewangan rancangan itu kami batalkan. Semua maklum nilai RM sekarang macam mana. 1 pound bersamaan 7 ringgit ketika aku cuba untuk membuat pertukaran ketika berada di London.
Banyak kisah-kisah dan pengalaman yang kami lalui sepanjang berada di UK. Bayangkan empat buah kamera yang kami bawa penuh dengan gambar-gambar.
(nota mak: Ada peluang kita jumpa lagi...)
Assalamualaikum kak, Lama sungguh bercuti.......
ReplyDeleteSelamat kembali ke Malaysia
W'salam zana... ya, 36 hari... sampai ada kawan-kawan mengusik, "masih ingat lagi tak jalan ke tempat kerja.." hehehe.
DeleteSALAM JUMAAT SWEETIE...BANYAK MEMORI DI SHEFIELD YG MANIS DIKENANG KAN...BOLEHLAH UPLOAD CITERNYA DI BLOG...INGIN JUGA DIKONGSI CITERNYA..MESTI AMAT MENARIK SEKALI...
ReplyDeleteTentu sekali PI... boleh tulis novel jugak.
DeleteSelamat kembali ke tanah air.
ReplyDeleteKak zai nak tengok gambar2 sweety semasa berada di tanah England. Tentu banyak tempat2 yang sweety lawati bersama anak2.
InsyaAllah kak Zai. Bukan saja satu England kami jelajah malah merasa kesejukkan air lautan Atlantik Utara.
DeleteAssalam sweety,selamat kembali ke tanahair,tentunya hati lebih bahagia ada anak2.
ReplyDeleteSebulan disana tentunya mnjadi kenangan terindah.
Sekarang ni back to normal saniah... kalau selama empat tahun saya bersendirian di rumah kini anak-anak sudahpun kembali ke pangkuan dan membuat saya kembali sibuk menjadi emak... memasak, membasuh dan mengemaskan rumah. hehehhe..
Deletemesti bawa balik seribu atau berjuta2 kenangan manis ni sweetie kan
ReplyDeletejeles me lah
cerita lah dlm blog nanti dan show lah gambar2 yg penuh camera tu
Apa nak jeles pulakkkk... kak Noor pun bila-bila masa boleh pergi sana lagi... dua org anak kak Noor masih menuntut di sana lagi kan...
DeleteInsyaAllah ada kelapangan dan kesempatan akan saya tulis dlm blog.
puas hati berlama-lama di sana....sesekali terbangkan....
ReplyDeletepeluang bukan datang selalu
Nak kata puas tak juga Nieda... ada je lagi tempat2 yang masih tertinggal dalam kunjungan kami. Tapi betullah bukan selalu boleh terbang ke sana... Bukan saja tiketnya mahal, masa perjalanan pun panjang sangat sampai resah gelisah duduk dalam kapalterbang.
Deletewelcome back...seronoknya berjalan sampai ke Scotland..mesti cantik view di sana..
ReplyDeleteTerima kasih nohas, awak masih di Thailand lagi ke?
DeleteView di Scotland mmg cantik terutama di kawasan2 perkampungan Gaelic dan sepanjang perjalanan menuju ke Isle Of Skye.
dah balik, gi sana sampai 25/8 je..teringat cerita Braveheart..shoot kt Scotland..
DeleteInsyaAllah ada rezeki bleh mai lgi...
ReplyDeletekt sana rumput pn nmpk cantik kan..
Betul, ada rezeki kita berkunjung lagi... cantik sebab bila tiba summer daun2 dan rumput rimbun menghijau.
DeleteAlhamdulillah..dah selamat kembali ke tanah air ye sweetie
ReplyDeleteAlhamdulillah acik, rasa lega selamat pergi dan balik. Mmg tak di sanggal rasa takut dan cemas sepanjang penerbangan pergi dan balik.
DeleteBehnya g sn
ReplyDeleteSesekali berjalan di negara orang mmg best nor azman...
DeleteDah selamat samapi ke Malaysia. Dah tak rasa sorang-sorang kan...alhamdulillah. Macamana abang sekarang, dah buat keputusan ke..tinggal di Malaysia atau terus di obesi. Sebagai ibu, redha je la kan, apa pun keputusan dia..
ReplyDeleteBuat masa sekarang ni si abang ada di M'sia... Saya pun tak ada tanya-tanya apa yang dia nak buat. Biarlah dia rileks dan tenangkan fikiran dulu. Betul cik mid, kita ni sebagai emak, redha je dengan apapun keputusannya... masa kecik2 dulu boleh lah kita atur2kan... skrg dah tak boleh dah...
DeleteAlhamdulillah dah selamat smpi mesia kak... ala... mmg sayang la bila xdpt round eropah... mmg ringgit "sakit" sekarang ni... tak pe lah... sekurang2nya dpt ke london.... best!
ReplyDeleteTak ada rezeki Nora nak round europe... tapi puas hati juga dapat berjalan sampai Schotland dan melihat pemandangan yang sangat cantik di kawasan perkampuang Gaelic dan tanah tingginya.
Delete