Wednesday, September 9, 2015

Aku nak gi Londonlahhh!...


Catatan perjalanan aku... bermula 20 Julai lalu. Penerbangan aku pagi. Pukul 10 pagi. Aku suka ‘terbang’ pagi. Tak tahulah samada kepercayaan atau gerak dan naluri hati mengatakan... lebih selamat kalau memulakan sesuatu perjalanan waktu pagi.

Sebelum subuh aku dah keluar rumah. Lima pagi teksi sudah menunggu. Dari rumah ke KLIA masa perjalanan lebih kurang 45 minit. Aku memang bercadang nak sembahyang subuh di surau KLIA.

Seperti yang di rancang, elok-elok saja sampai di KLIA azan subuh kedengaran. Aku masuk solat dulu sementara Ojet menjaga beg-beg pakaian kami di luar. Dalam surau agak ramai jemaah.

Aku ambil ruang bahagian sudut belakang. Dekat situ dah ada dua orang perempuan dan sorang baby. Aku tak pasti samada keduanya dah sembahyang atau duduk-duduk saja.

Bila aku berdiri di situ dan nak solat, salah sorang perempuan tu bangun dengan gaya tak sukanya dan pandang aku. Aku cuba senyum tapi aku pulak yang di jelingnya. Laaa... tak pasal-pasal.

Masa aku sembahyang taliponnya berdering-dering. Tapi saja di biarkan. Dahlah masa aku solat tu salah sorang pompuan tu sesaja je lalu lalang dan melangkah-langkah depan aku. Pergi balik. Memang tak salah pun dia melangkah-langkah depan aku yang tengah sembahyang tapi beradaplah sikit. Lagipun dalam surau tu masih lapang lagi dan belakang aku kosong je. (Tak pasal-pasal sembahyang aku tak khusyuk memikir perangai pompuan tu).

Habis solat aku gunakan cermin yang tergantung di tepi dinding belakang aku untuk berbedak dan bertudung. Dalam surau tu ada lagi cermin lain... tapi waktu tu hanya cermin yang di belakang aku tu je yang kosong. Sebelum tu pompuan yang aku ceritakan ni gunakan cermin tu jugak. Dia tinggalkan sekejap cermin tu sebab memujuk babynya yang menangis. Bila dia tengok aku berdiri depan cermin tu, cepat-cepat dia datang semula dan dengan lagaknya yang memang tak boleh 'blah'... seolah-olah nak 'nyahkan' aku dari situ.

Masa dia melilit tudungnya (selendang) aku rasa dengan sengaja dia 'melemparkan' tudungnya tu mengenai muka aku... Aku kata sengaja sebab dia langsung tak minta maaf. Selamba je macam tak ada apa-apa. Eeeee gerammmm je aku.

Dalam hati aku "blah lah kau,... perasan lawa kot... lawa lagi aku... Kau ingat, kau je ke yang nak naik kapalterbang... wei aku nak gi Londonlahhh!"

Masa beratur check-in aku cari-cari jugak pompuan tu. Tak nampak pun batang hidungnya. Entah beratur kat mana. Pergi Bandung kot!

Sampai sekarang bila aku kenang-kenangkan kejadian tu... bengang je aku. 

(nota mak: . Sorry, ini entry lepas geram. )

12 comments:

  1. ada masalah mental kot dua2 orang perempuan tu...mereka bengang kot akak nak solat kt tempat mereka..entahlah, kadang-kadang perangai manusia ni pelik, tiba-tiba nak jadikan kita musuh...

    sebab tu kalau flight awal pagi, saya lebih suka check-in immigration dan solat kat surau di tempat menunggu..lebih selesa dan x ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah nohas, saya pun tak faham... surau tu bukan dia punya... betullah perangai sesetengah manusia ni mmg pelik... agaknya sebab dia dah duk situ dulu, so dia fikir dia punyalah tempat tu.

      Saya tak tahu kat tempat menunggu ada surau jugak.

      Delete
  2. Perempuan tu ada masalah agaknya...lepaskan perasan ketidakpuasan nya pd orglain....hmm macam2lah perangai manusia ni tak de adat sopan lansung.Takpelah sweety anggap ia sebagai satu kenangan dan pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kaya agaknya saniah, kot Datin-datin. Manalah tahukan. Tengok kita ni cekai je manalah boleh nak dekat2 dengan depa.

      Delete
  3. pengalaman yg menjengkelkan hati di awal pagi kan sweetie...kasihankan..diruapi perasaan yg merendahkan nilai diri..tahlh masalah org ni xdpt nk kita baca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PI... saya sabarkan kan je hati pagi tu... lagipun kita bukan kaki gaduh atau jenis yang nak membalas balik. Takut sebenarnya... ntah-ntah dia pandai karate...naya saya... hehehhe.

      Delete
  4. punya geram ...memori lama masih diingatan....mesti sangat berbekas di hati
    kita tak dapat nak baca hati manusia lain , rambut sama hitamkan...hati lain-lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg geram Nieda... tapi saya sabarkan je hati masa tu...lagipun nak berjalan jauh. Tak kuasa melayannya.

      Delete
  5. Hanya segelintar saja yang perangai perasan kaya. Orang macam ini elok tak payah layan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zai, husband saya pernah cakap... sikap dan peranagai serta tingkahlaku manusia ni akan berubah-ubah apabila mereka berada di stesen bas, stesen keretapi dan lapangan terbang...

      Delete
  6. hebatnya pergi london..semoga diberkati perjalanan dan niatkan demi mencari keredahaanNya..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Etuza atas kunjungan ke blog saya ni.

      Ya, saya ke London/UK pertengahan Julai lepas hingga penghujung Ogos... catatan ini flashback perjalanan saya ke sana tempohari untuk menghadiri majlis konvo anak lelaki saya.

      Delete