Tuesday, September 22, 2015

Kena ada permit...!

Beginilah gayanya di kebanyakan station tube. 
Hari-hari macam ni boleh kurus.

Perut terasa lapar sangat. Selepas Ojet membeli tiket kami menaiki train laluan Picaddaly line untuk ke Queensway di mana aku dan anak-anak akan bermalam sementara menanti kakak dan adik aku suami isteri sampai. Sebelum itu kami turun di Earl Court Station untuk menukar laluan di Circle Line dan turun di Bayswater Station. Masa perjalanan dari terminal 4 untuk sampai ke Bayswater lebih kurang satu jam. Penatnya usah cerita di tambah pulak aku berkasut tumit tinggi. Rasa nak tanggal lutut... turun naik... turun naik tangga.

Sepanjang jalan abang bercerita dan beritahu dia ada bawak rendang ayam yang di masaknya sendiri. Memang aku teruja... Lebih-lebih lagi bila di beritahu, dia buat rendang tu semata-mata nak makan dengan kami semua.

Walaupun banyak plan asal yang kami rancang dari Malaysia terpaksa di tukar tapi tidak sangka pula percutian ini juga tidak mengecewakan. Bermacam kisah, lucu, kecewa, pahit dan manis kami alami. Awalnya apabila ahli keluarga yang lain sampai, kami bercadang untuk bermalam selama tiga hari di London. Memandangkan inilah kali pertama Ojet dan kakak aku sampai UK kami ingin ronda-ronda kota London dulu sebelum berangkat ke Sheffield.

Tentunya bagi yang pertama kali sampai di London ingin melawat mercu tanda tarikan pelancongnya seperti Tower Bridge, Buckingham Palace, Parliment House dan Trafalgar Square. Pastinya ingin mengabadikan kenangan di tepi pondok talipon merahnya. Ingin merasa naik bas merah dua tingkat mengelilingi bandar London walaupun di KL sendiri sudah ada bas dua tingkat tapi kalau di London tentu feelingnya lain sikit. Tapi nampaknya hasrat kami tak terlaksana.

Walaupun aku dah booking bilik untuk kakak tapi dia terpaksa ikut adik aku dan suaminya terus ke Sheffield. Kesian juga kakak aku. Belumpun hilang letih mengharungi penerbangan selama tigabelas jam dah terpaksa pula naik kenderaan untuk ke Sheffield. Dari London ke Sheffield masa perjalanannya lima jam. Ini kerana kereta yang di sewa oleh adik untuk kegunaan kami sepanjang sebulan di UK tidak ada tempat parking jika bermalam di London.

Kebanyakan hotel-hotel sekitar Queensway tempat aku menginap tidak menyediakan tempat letak kereta untuk tetamunya. Petak-petak parking yang di sediakan di tepi-tepi jalan pulak hanya untuk yang ada permit. Kalau yang ada guna mesin masukkan duit tu, tempoh di beri untuk meletakkan kenderaan hanya dua jam saja. Malah sepanjang sebulan di UK, tempat letak kereta adalah masalah utama kami. Dan dalam tempoh itu dua kali kami dikenakan saman parking. 

Di kawasan perumahan tempat abang tinggal juga kena ada permit untuk meletakkan kenderaan. Kami tak apply pun dan memang nasib kami baik... sepanjang tempoh kami parking kereta di hadapan rumah abang pihak majlis perbandaran tidak sekalipun melakukan rondaan di sekitar Brunswick Street.

(nota mak: Apa jadi agaknya kalau permit meletakkan kenderaan di kawasan atau taman perumahan di kuatkuasakan di Malaysia ya. Tentu setiap rumah hanya ada satu kenderaan saja dan tak adalah kes berebut parking walaupun di hadapan rumah sendiri. Sebab permit tu pun nak kena bayar jugak)

15 comments:

  1. mesti seronok sgt ronda2 di london ke tempat terkenal yg jadi mercu tanda tapi susah parking pula ya...masalah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secara jujurnya PI, tak seronok sangat jalan2 kat London. Tempat sibuk... mcm KL jugak. Cuma nampak hebat negeri omputih dan mahal... Saya suka scenery dan alam semula jadi.

      Delete
  2. susah jg kalau mcm tu, nak kena apply n bayar permit..tapi public transport mereka sgt efficient, tak kisah naik bas n tube..

    kt tempat saya pun berebut parking jg..kalau balik lewat, memang kena parking kt padang, tak bertar, kalau hujan,memang lecak, tayar penuh tanah..dah mcm kereta kontraktor pulak..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nohas, kami sewa kereta untuk mudah bergerak dan menjimatkan masa menjelajah UK... dan juga duit. Sewa kereta 60 pound sehari dan cuma isi diesel.

      Kat kawasan rumah saya pun sama... tu pasal bila tengok di UK, parking mesti ada permit, terdetik dlm hati, kalaulah ianya di laksanakan di M'sia takdelah jiran2 tamak yang 'memunya' tempat parking sampai kita sendiri terpaksa letak kereta jauh dari depan rumah sendiri.

      Delete
  3. Itulah masaalah kat sana susah parking itu sbbnya lebih elok naik kenderaan awam.

    Anak kak Zai tinggal di portmouth klau naik tube hanya satu jam lebih aje keLondon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tinggal sehari dua mmg kami takkan sewa kereta kak Zai, tapi sebab nak ke berjalan dan melancong seluruh UK itu yg sewa kereta... lagi jimat kalau naik kenderaan awam dan nak bawak barang2.

      Area tempat tinggal anak saya tu tak ada tube dan jauh dari London... Sheffield ni kedudukannnya dlm peta di tengah2 Britain dah dekat ngan Manchester. Tambang bas dari London ke Sheffield 25 pound dan masa perjalanannya 5 jam... Kalau nak cepat naik k/api dari St Pancras, London hanya dua jam...tapi tambang mahal sikit.

      Delete
  4. asalam...selamat melancong ya dan selamat kembali ke Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. w/salam... dah kebetulan menghadiri majlis konvo anak saya di sana so ambil peluang melancung sekali Etuza.

      Delete
  5. Siapa yang pernah kesana tahu lah keadaannya yer... parking susah....ya lah bandaraya terkenal lah katakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg KN... siksa nak cari parking dah tu mahal dan cuma boleh letak 2 jam saja.

      Delete
  6. macam singapura , rakyatnya pun x byk kereta....satu keluarga saTU KERETA. mereka byk menggunakan pengangkutan awam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Singapura parking kereta pun mahal Nieda. Lagipun negara mereka kecik je... naik pengangkutan awam boleh sampai seluruh ceruk pulau tu.

      Delete
  7. Mungkinlah Diana. Tapi rangkaian tube train depa banyak laluan, cepat dan mudah kalau nak ke mana-mana.

    Dorang pun saya tengok lebih suka berjalan kaki dari memandu kenderaan sebab sesak dan bayaran parking mahal.

    ReplyDelete
  8. agaknya sbb tu ramai guna kenderaan awam kan?
    tp kalau kenderaan awam tepat pd masa, tak perlu pun nak drive

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Irfa... tapi kami sewa kereta sebab nak jalan2 di kawasan2 countryside. Kalau jalan2 sekitar dalam bandar London je mmg tak perlu bawa kereta... naik je tube.

      Delete