Tiga minggu dulu hati riang dan meriah ketika kami sekeluarga bertemu dan berkumpul di rumah abang di Sheffield ini. Sejuk dan sepanjang minggu pertama di sini cuaca sering mendung dan hujan. Kami sama-sama berjalan kaki menuju ke Octagon Centre untuk tengok majlis konvo. Kembang sangat hati aku waktu itu tengok abang dalam jubah konvonya. Rasa bangga tolong letakkan mortarboard tu atas kepalanya. Hujan-hujan pun kami masih berfoto-foto di Weston Park... satu taman yang berhampiran dengan universiti.
Hari ini terasa lengang dan sunyi sangat rumah abang. Kakak dan adik aku suami isteri dah bergerak ke London pukul 12 tengah hari tadi untuk pulang ke M'sia pukul 11 malam ini dengan British Airways. Dan mereka akan sampai di Malaysia pukul 7 malam esok. Kena keluar awal sebab takut jammed di highway. Perjalanan dari Sheffield ke Heatrow mungkin memakan masa 6 jam. Itupun kalau tak jammed.
Pakai-pakaian abang semua dah dikemaskan oleh aciknya (adik aku) malam tadi. Dua beg besar. Satu beg akan di hantar dengan kargo laut dan satu beg lagi yang berisi baju-baju yang nak di pakai akan di tarik sendiri ke airport. Buku-buku dan peralatan lain semuanya juga akan di hantar dengan kargo laut.
Abang sebenarnya apply... dan dah dapat tawaran untuk sambung buat master dalam Politik dan Ekonomi di universiti UK ni. Selama di Sheffield ni, aku ada juga tanya-tanya dia. Yang mana satu pilihannya. Nak belajar lagi atau nak kerja...
Kalau tanya pendapat aku sebagai emak, aku mahu dia bekerja di Malaysia. Kakak aku pun sama. Ojet pulak... mencadangkan bekerja sambil belajar di UK ni... Abahnya, mana-mana pun boleh. Aku dengan kakak aku sependapat... kami dah lama berjauhan. Rindu tak boleh tahan.
Masa kami ke Amesbury baru-baru ini, abang ada tanya aku, "mak tak suka ke, abang sambung belajar!" Dan dia ada luahkan perasaannya pada kakak aku.., katanya dia tengok aku macam tak suka dia sambung belajar.
Aku ni sebenarnya ok je kalau dia belajar lagi... tapi sebagai emak... lebih suka kalau dia balik bekerja di Malaysia. Tak kisahlah kalau gajinya kecik pun... kemudian tu simpan duit sikit-sikit. Beli rumah... beli kereta...kawin dan membina keluarga.
Hai! entahlah... perasaan dan hati emak ini sukar nak jelaskan pada dia. Nanti kalau cakap lebih-lebih, nampak macam aku ni pentingkan diri sendiri pulak. Memaksa-maksa dia melakukan perkara yang dia tak suka. Aku tak ingin tengok dia kecewa. Pada Ojet pun sama... begitu jugak aku cakap.
suah nak bagi idea..... kalau saya kerjalah dulu dan setahun dua sambung balik......
ReplyDeleteKalau nak sambung dalam bidang yang sama oraitlah Zana, tapi abang nak buat Master dalam Politik dan Ekonomi.
DeletePADA KAK KERJA SAMBIL BELAJAR PUN OK..SEKEJAP SAJA MASANYA TU...TAPI TERPULANGLH PADA SWEETIE N ABANG...
ReplyDeleteSaya macam yang saya cakap tulah PI.. kerja.. lagi pun dah ada master dalam chemical engineering buat apa nak buat master dalam bidang lain pulak,
Deletebuat master tak lama, setahun je rasanya...susah nak tahan orang yg minat belajar ni, yang suka berdamping dgn ilmu...
ReplyDeleteMmg payah nak cakap dan bincang dengan dia Nohas, betul, kalau dah suka dan minat tu tak ada ada apa yang boleh menghalang kemahuan seseorang.
Deletekita doakan yg baik2 untuk anak walau apa pun pilihan dia .
ReplyDeleteInsyaAllah Nieda, apalagi selain doa je kan...
DeleteSweety sependapat dengan kak zai. Kerja dulu lps tu baru belajar semula biar parent dapat merasa anak bekerjaya.
ReplyDeleteSungguh kak Zai... lebih-lebih lagi macam saya ni dah tak lama lagi nak pencen.
DeletePendapat orang lain2...kadang tu bila dah kerja, dah seronok pegang duit dah malas nak sambung belajar...
ReplyDeleteAda setengah tu pula tak kisah, kerja sambil belajar atau sambung belajar , abiskan dulu baru fikirkan kerjaya...
Masing2lah kan..
Betul KN. Tulah saya tak berani nak cakap lebih-lebih sangat, takut nanti macam saya ni pentingkan diri sendiri.
DeleteKlu ibu mmng sntiasa nk ank dekat dgn ibu nya kn sbb rsa syg n risau;)
ReplyDeleteRisau tu mmg sentiasalah Kopiolimauice... tambah-tambah jauh dari mata...
DeleteSedihnya baca entri ni kak... saya pun takut sgt nak lalui saat2 tu kak... bila anak2 belajar jauh, kerja jauh... kawin... huhuhu rasa tak sanggup nak fikir...
ReplyDelete:-(
Masa anak kecik2, boleh kita arah2kan dan menurut je kata kita... tapi dah besar ni susah sikit. Kita cakap gini dia jawab gitu... saya pun tak mahu nak paksa-paksa.. biarlah dia pikir mana yang terbaik utk diri dan masa depan dia...
Delete