Friday, October 10, 2014

Baru aku tahu...


Haah! Terkejut badak... tak mungkin, tak mungkin. Turun naik... turun naik aku atas penimbang tu. Termenung kejap atas sofa... berfikir-fikir... penimbang ni dah rosak ke?

Mulalah hati nak marah dengan anak saudara aku si Aideel. Semalam dia dan Aleesha main-main dengan penimbang tu. Aku angkat dan belek-belek manalah tahu kot ada springnya yang dah tercabut.  Nampak elok je... tapi dalam hati memang nak marahkan dia esok.

Berlari ke depan cermin. Angkat sikit baju di bahagian pinggang dan telek depan cermin. Nampak tak ada apa-apa perubahan pun. Tapi kenapa penimbang tu tunjuk berat aku 70 kg. Tak senang hati betul.

Semua buat tak kena. Nekad dalam hati... nak puasa. Lusa mesti pergi gym semula. Hampir tiga bulan aku tak masuk gym. Sejak bulan Julai hari tu. Masa tu abang ada di rumah, jadi aku tak pergi gym sebab nak spend banyak masa dengan dia. Lagipun bulan puasa. Habis raya dan abang balik semula ke UK aku macam jadi malas pulak nak continue semula.

Bila adik datang rumah, aku beritahu berat aku. Dia pun terkejut. “Ko biar betul!...” Dia angkat penimbang dan letakkan atas lantai, “eh berat aku betul!... ” Dan dia suruh aku naik semula nak pastikan... dan jarum penimbang tu tunjuk berat asal... berat sebenar aku.

Adik aku gelak dan dapat agak kenapa... “kau letakkan penimbang ni atas karpet ya?”

Baru aku tahu rupanya... penimbang tak boleh di letakkan atas karpet masa kita timbang berat. Nanti jarum tak stabil. Fuuuh! legaaaa...

Adik: Baik kau minta maaf dengan Aideel!

26 comments:

  1. ooo ye ke kak?? selama ni ku sangka berat telajak lemak rupanya timbang atas carpet tak boleh ek..hihi blk ni nk timbang semula la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tulah pengalaman yg saya alami Kopiolimauice! Lepas ni letakkan penimbang tu atas lantai... baru timbang berat... cepat2 gi timbang semula...hihi..

      Delete
  2. lain kali tentu dh tahu nk menimbang dgn betul kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya paridah... lepas ni kena letakkan penimbang tu atas lantai je... baru dapat bacaan yg betul.

      Delete
  3. Berat Etuza 70 kg ke bawah ..ikut umur dan saiz badan..kalau sesuai tak apa..yg penting sihat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, kalau ikut saiz dan ketinggian saya, 70 kg tu dah kira obesiti...

      Delete
  4. Sweetie..balik dari kursus di kb tu kan..timang acik pun salah..sampai sekarang belum betul2 lagi hi hi..kembang betul acik sekarang sampai nak bernafas pun susah rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pergi KB mmg 'mabuk' makan acik... kat sana makanan sedap2 dan murah! Ada berbagai jenis pulak tu. Betul acik, kalau berat badan naik berlebih2 nak bernafas pun susah rasanya...

      Delete
  5. eh betul ke? tak tahu pula.

    mmg gabra kalau jarum pusing 180 darjah

    ReplyDelete
  6. maknanya akak ni kecil molek orangnya...

    ReplyDelete
  7. Salam. Hee walaupun nampak berat asalkan sihat selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan berat yang di risaukan... tapi obersiti... kalau dah obersiti 'kawan tiga serangkai' tu pasti mendekat...

      Delete
  8. baru tahu......balik ni kena timbang semula. dah minum advance slim, minum air kosong banyak2 dan diet, tak kan tak turun2. mula2 minum tu turun banyak....lepas tu naik semula. agaknya sebab alih penimbang letak atas karpet....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah tu... saya nasib baik cakap ngan adik kalau tak memang fikir berat badan saya naik mendadak macam tu...

      Delete
  9. owh! macam tu ke...bunda selalu timbang kat super market jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat supermarket mmg penimbang tu mmg di letakkan atas lantai je KN... tapi saya segan pulak nak menimbang berat di supermarket...

      Delete
  10. Salahkan karpert pulak ya..sian karpet..he he. Che Mid lagi laa..tengok penimbang dari jauh dah ngeri, bukan apa takut meter tu tercabut!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. che mid, bukan salahkan karpet... tapi mmg btul bila saya menimbang atas karpet jarumnya tunjukkan mcm tulah tapi bila adik saya alihkan penimbang dan letakkan atas lantai je... jarum tu tunjukkan beras asal balik.

      Delete
  11. hahahah. gittuuu ek? kena letak atas lantai. baru tahuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scha, saya pun... bila adik cakap baru saya tahu.

      Delete
  12. Replies
    1. Gabra Irfa... takut juga kalau berat badan naik mendadak camtu...

      Delete