Monday, October 6, 2014

Aku dah jatuh hati....

Sebelum cerita tentang resipi, aku nak ucapkan terima kasih pada kak Noor... sebabnya aku ambik resipi ni dari blog dia. Aku dah beritahu kak Noor sebelum menyalin resipi ni. Sebelum tu bila blogwalking ke blog-blog masakan sentiasa saja jumpa gambar dan resipi roti ni. Lama-lama teringin pulak nak membuatnya.

Lembut rotinya... walaupun sakit-sakit juga pergelangan tangan mengulinya sebab aku guna cara 'tradisional'. Inilah antara sebabnya kadang-kadang aku berfikir banyak kali bila nak buat roti. Tak 'kuasa' nak mengulinya. Entah bilalah agaknya 'mampu' beli sebiji breadmaker.

Yang membuat aku 'jatuh hati' pada roti ni ialah pada sos butterscotchnya... Lebihan dari yang di tuangkan atas roti tu aku buat cicah pulak.

Sedap roti ni lembut tapi aku paling suka butterscotchnya...

Nampak tu dah 'rongak' sebaik keluar saja dari oven
adik aku dah korek sebiji sarangnya.

Bahan untuk membuat Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yeast kering / mauripan
1/4 sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt (suhu bilik)
¼ cawan minyak masak (saya guna minyak Naturel)
1/2 cawan air suam
Sedikit Almond flakes untuk di taburkan atas roti.

Cara Penyediaan:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.

2. Dalam mangkuk adunan, campurkan tepung gandum, baking powder serta garam dan gaul rata.

3. Masukkan yogurt dan larutan yeast.

4. Uli dengan tangan dan tuangkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah menguli doh sehingga tak melekat lekat lagi di tangan. (Cara mengulinya dengan cara tolak dan tarik). Uli sehingga kenyal.. roti akan menjadi makin gebu jika di uli lebih lama. Biarkan/rehatkan doh di ruang panas atau tertutup dan biarkan ia naik dua kali ganda.

5. Bila doh dah naik, tumbuk-tumbukkan untuk mengeluarkan angin.

6. Sapukan tangan dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susun rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. Buat sampai habis. (Kalau doh melekat-lekat di tangan jangan di tambah tepung cukup sekadar menyapu tangan dengan minyak masak saja).

7. Taburkan dengan almond flakes dan biarkan doh rehat dan naik dua kali ganda sekali lagi.

8. Sementra menunggu doh naik, Panaskan oven... (Aku guna oven jenama Europa dan setting suhu 180-200 C. Pastikan oven betul-betul panas baru masukkan doh. 10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah. Masa untuk membakar ialah antara 10 - 15 minit.

9. Sebaik roti di keluarkan dari oven tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:
1. Doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan dengan minyak masa nak bahagi-bahagikan doh.
2. Tak perlu betul-betul bulat sebab roti akan jadi bulat dan cantik dengan sendirinya apabila di bakar.
3. Pastikan oven betul-betul panas supaya roti apabila masak jadi lembut.
4. JANGAN bakar terlalu lama kerana roti akan jadi keras.
5. Simpan roti dalam bekas kedap udara jika tak habis makan.


Butterscotch Sos:
1/2 cawan brown sugar.
1/2 cawan susu cair atau whipping cream
Secubit garam
1/2 sudu teh vanilla essence
25 gm butter

1. Cairkan butter dalam periuk kecil. Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair dan larut sepenuhnya.

2. Tuangkan susu cair / whipping cream perlahan-lahan sambil mengacaunya.

3. Masukkan esen vanilla dan bila semuanya sebati angkat dari api dan sejukkan sedikit... dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

(Nota mak: Kalau nak lebih detail lagi tentang resipi ni dan tengok gambar roti yang cantik pergilah ke blog kak Noor. Sayang kak Noor!)

28 comments:

  1. terimakasih adinda sweetie sayang alahai kaknoor pun tiru2 orang jugak ni, tapi mmg sedap dan lembut kan roti ni macam nak buat berkali2 je kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kak Noor... kak Noor tiru2 org... tapi resipi ni saya ambik dari blog kak Noor... so kreaditnya mestilah untuk kak Noor. Ya mmg sedap dan lembut... saya dah buat dua kali. Dua hari berturut-turut...

      Delete
  2. wah sedapnya roti buat sendiri walau penat mengulinya hslnya hebat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap dan puas hati... hasil 'ulian' sendiri paridah!

      Delete
  3. Acik pun teringin nak buat tapi tak juga terbuat buat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang dan simple je adunannya acik... mmg kalau baru pertama kali nak buat... malas.... tapi bila dah buat... rasa mudah je. Saya buat hari raya Ahad tu... dan semalam buat lagi... dua hari berturut-turut.

      Delete
  4. teringin nak buat dah lama ...asyik bertangguh saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try Nieda... tapi kalau dua cawan tu dapat kecik je rotinya...

      Delete
  5. Selamat Hari Raya Korban Sweety....All the best

    ReplyDelete
  6. sedap nampaknya..ada sosnya sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rotinya tu biasa je... cuma yg specialnya ada sos butterscotch tu yg membuatkannya sedap! dan di uli dgn yogurt... membuatkan roti tu tersangatlah lembut.

      Delete
  7. dah lama dok plan nak meroti ni tp tak terbuat2 jugak...tak tahan tgk ramai yg dok tayang kat blog,fb...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kamsiah... kalau nak memulakan sesuatu tu mmg payah dan malas... banyak na yang menghalang.... tapi bila dah start buat tu... rasa mudah pulak dan mcm nak buat hari-hari...

      Delete
  8. mmmmmmm sedap nampaknya
    hantarlah ke mari sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duk sebelah menyebelah mmg saya hulurkan zana.... ni jauh kat Nilai... tak berbaloi pulak kalau nak mengantarnya... harga tol je dah sama dengan harga bahan... hehehhe

      Delete
  9. selalu nmpk kat blog..terkulat2 ky. nak membuatnya ntah bila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple dan mudah je ky... saya pun macam tulah... bila b/w ke blog masakan selalu na jumpa resipi roti ni.... lama-lama tak tahan try buat... terus jadi elok je! Dua hari berturut2 saya buat.

      Delete
  10. Salam kaksweetie..resipi beehives bun ngan butterscotch sauce ni dh berkurun simpan tp tak wat2 lagi..almaklumler cik BM kita dh lama jem..nk nguli tangan tu memikior la jugak..hahaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun macam tu nahar... raya hari tu 'kuatkan' semangat dan buat... lepas tu raya kedua tu saya buat lagi... tapi sakit tangan sampai hari ni rasanya sebab menguli tepung.

      Delete
  11. wah Sweety sedap nye...saya bab buat roti ni memang suka....
    rasanye teringin juga nak mencuba resepi ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ikut mood Leez... sebab membuat roti lecehnya nak menguli tu lama... Roti ni biasa je cuma yg membuatkannya special, sos butterscotchnya tu..

      Delete
  12. Sedap nampaknyer...bunda suka makan tapi tak pandai buat...buat pau dan apam pun bantat...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti ni senang je KN... adunan pun tak banyak, 2 cawan tepung... Saya pun kadang-kadang ada juga tak jadi kalau buat makanan2 yang menggunakan yeast ni... Yeast kalau dah lama simpan atau simpan dalam petiais ia rosak...

      Delete
  13. tgok pon dah mcm sedap apetah lgi kalau rasa kan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sos Butterscotchnya yang sedap! rotinya biasa ja...

      Delete
  14. emm nak makan yg dah siap masak
    xnak buat
    boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok..ok.. bila nak jumpa nanti saya bawakan spesial utk Irfa...

      Delete