Monday, October 20, 2014

Pergi belai rimau!....

Di FB kawan-kawan hari ni kecohlah pasal ‘kempen pegang dan belai anjing'. Acara yang kononnya diadakan bagi membantu orang ramai termasuk orang Islam bagi mengatasi persepsi negatif terhadap anjing. Penganjur ceritanya bangsa Melayu agama Islam. Dan di tunjukkanlah gambar-gambar gadis Melayu bertudung yang begitu seronok dan happy nampaknya memeluk dan membelai binatang tu. Rata-rata rakan-rakan FB kata ‘fenomena gila.’

Entahlah! semakin moden kehidupan semakin merepek-repek keinginan Gen Y ni. Dan ada juga ibu-ibu yang membawa anak-anak kecil mereka menyertai ‘kempen’ tu. Nak salahkan siapa... Patut ke kita menyalahkan dan menuding jari pada DIA, DIA dan DIA!

Aku simple je didik anak-anak tapi tegas! Kalau binatang yang bersifat najis seperti itu, aku cuma cakap “Tengok je, jangan pegang! Dan dah pasti aku tak akan bawak anak-anak ke ‘kempen tu’ walau untuk tengok anjing saja. Aku tak kuasa nak explain, ”kalau dia kering, kita kering, tak pa... bla..bla...bla dan blah” Aku tak mahu mengelirukan pemikiran mereka dengan apa yang mereka ‘tengok’... kang kalau tak betul explainationnya macam tulah jadinya.

Biarlah orang nak kata aku ni kolot, ortodoks atau apa saja... aku tetap mempertahankan pendirian aku yang telah di ajarkan oleh arwah tok, mak dan ayah dulu. "Anjing tu haram di pegang!" Tiada explain di berikan oleh mereka. Dan bila aku ada anak... aku pun cakap macam itu juga pada anak-anak. Pada aku yang ortodoks ni, perkara yang berkaitan haram ini tiada tolak ansurnya... tiada penerangan lain... tak perlu menyusahkan diri untuk menerangkan sisi halalnya pulak. Banyak lagi binatang lain yang halal di pegang untuk di buat main dan di belai. Atau kalau dah ingin kelihatan hebat sangat, pergi belai rimau!

(Nota mak: AKU! makcik yang di didik cara old school... tak kisahlah ianya lekang dek panas atau reput dek hujan... dah saya di lahirkan dari bangsa Melayu yang beragama Islam... arwah tok kata jangan pegang anjing "Haram" ...haramlah pada saya sampai bila-bila... takyah nak pikir panjang-panjang pasal haram tu. Noktah!)

14 comments:

  1. Sweetie,

    Saya setuju. Tak perlulah dipertikaikan lagi kan...tak yah konpiuskan anak2. tak paham org2 sekarang nih mcm mana pemikiran depa.

    Dan yang menganjurkan kan acara tuh pun sebenarnya ada kepentingan lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang pelik tu sara... penganjur tu tokeh ladang ternakan anjing ke? Banyak perkara lain yang boleh di 'promosikan' kenapalah benda2 yang mendatangkan kontroversi dan mengelirukan ni jugak yang di pilih! Dan 'peserta'nya pulak tak boleh pikir ke...

      Delete
  2. Replies
    1. Toksah serabut-serabutkan fikiran dengan 'benda' yang lebih banyak buruk dari baiknya ni ya Zana. Teringin nak bela dan peluk binatang2 berbulu ni... bela je kucing!

      Delete
  3. apa yg mereka cuba nak bukti?
    pelek2.
    saya pun sependapat dgn SM juga.apa yg ajar oleh mak bapa, guru2 agama dulu itulah yg dijadikan pegangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Nieda! cam saya kata... penganjurnya ada ladang ternakan anjing... promosi jualan kot!

      Delete
  4. saya pun mcm tu juga, walaupun anjing tu comel gile, In shaa Allah, tak kuasa nak belai2, nak pegang2..melainkan kalau darurat tu, terpaksa jugalah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara tujuan program "I Want To Touch A Dog" ialah jgn menzalimi, menganiaya dan membunuh binatang tu. Tapi adakah antara kita yg saja2 nak gi bunuh binatang tu kalau bukan dgn sebab2 tertentu, seperti berpenyakit anjing gila, menyerang/membahayakan manusia. Kalau pun untuk di bunuh bukanlah kita yang membunuhnya tapi pihak2 yang berkenaan yang akan melakukannya.

      Saya pun bukan zalim... kalau binatang tu kelaparan saya bagi makan... dalam kesusahan misalnya jatuh dalam parit saya tolong... tapi bukan dgn cara memegangnya... ada banyak cara boleh dilakukan utk menolong tanpa menyentuhnya...

      Dlm program tu khabarnya ada juga ustaz yang memantau dan mengajar bagaimana nak samak kalau dah pegang... Ai tak payahlah anjurkan program dan sentuh anjing betul-betul untuk belajar menyamak... cukuplah praktikalkan kat patung2 anjing je...

      Delete
  5. salam la kita sweety..aik lansung tk nak tengok gambar kempen tu..cuma dengar ensuami bebel je..maas nak tengok..takut mulut tak boleh tahan nak mengutuk buat dosa je kan sweety

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya acik! tapi saya dah tengok gambar2 yg dipostkan oleh kengkawan.. tapi mulut saya tak bercakap... cuma jari je yg mengetuk keyboard menulis tentangnnya...hehehhe...

      Delete
  6. kite pun kolot..walaupun tau klau kite TERpegang boleh samak tapi tetap la xde hati nak pegang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sheyla... saja-saja nak menyusahkan diri nak menyamak.

      Delete
  7. sweety....kucing pun saya takut nk pegang....ni kan pulak anjing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kucing pun tak mahu pegang-pegang sangat... kalau saya bela saya biarkan je dia main-main sendiri... mana tahu, entah2 dia pun letih di peluk2 dan digomol-gomol kan?

      Delete