Red Velvet pertama ku.
Dah lama bertangguh nak buat kek ni. Bahan-bahan dah ada cuma masa tak mengizinkan. Masa tu seperti datang dan berlalu begitu cepat.
Semalam lepas balik dari jemputan kenduri seorang sahabat lama, aku bergegas ke dapur mengadun dan melepa kek ni. Aku buat ni pun atas permintaan Ojet yang dah lama juga teringin nak makan kek ni. Dan ini juga merupakan red velvetku yang pertama. Tapi aku belum sempat menjamahnya lagi macam mana rasanya. Cuma Ojet sorang saja yang makan. Katanya sedap. Kemudian tu aku potongkan sikit untuk dia bawa balik ke Arau semalam dengan keretapi pukul 9.30 malam tadi...
Juga aku bekalkan nasi goreng untuk Ojet makan
dalam perjalanan.
...dan aku kembali keseorangan di rumah. Dua bulan sudah ketika anak-anak berangkat meninggalkan aku, seorang kawan lama berkata, "Anak-anak ini ibarat tetamu dalam hidup kita... dia datang dan pergi. Sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri...dan hidup kita berakhir sendirian juga..." Setiap kali aku baca nota ini airmata aku bergenang. Entahlah!
Walaupun the sadness feels terrible at times, it is a gateway to the next step in life... both for our children and for us. Create your own sunshine.. jangan nak mendung-mendung ... karang I pun join sama !
ReplyDeleteCheers
Dolly
Terik sinar mentari pun kadang2 ditutupi juga awan tebal, dan hujan pasti turun. Kalau u join sama, pasti boleh mengalahkan banjir yang di bawa taufan Sandy!
Delete"Anak-anak ibarat tetamu dalam hidup kita.." sedihnyaaaa..
ReplyDeleteBila direnungkan kembali begitulah hakikat sebenarnya yang tak pernah terfikirkan oleh kita semua Yati. Suka tak suka kita harus akur.
DeleteHi Sweetie, love your callsign......and that cake sure looks sedpa best. Masuk satu spoon in mouth lupa nama mak, ha ha.
ReplyDeleteI think 3 pieces will do me fine.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.
Thanks Uncle Lee kerana singgah di sini. Itu baru satu sudu, kalau terlebih sudu terus hilang ingatan. Ha! ha! ha!
DeleteKeep a song in my heart! hmmmm yg ada cuma lagu rindu!
"Anak-anak ibarat tetamu dalam hidup kita.. datang dan pergi.. sampai masanya mereka akan punyai kehidupan sendiri.. dan hidup kita berakhir sendirian juga..."
ReplyDeleteMenghayati kata2 ni memang buatkan hati rasa sayu.. Lambat atau cepat, akan kita tempuhi..
Begitulah hakikatnya Sal tanpa kita sedari selama ini.
ReplyDeleteAnak-anak di kejauhan pasti merindui masakan ibu yang sungguh sempurna kelihatannya ni. CkLah....bab buat kek memang failed lah sweetie...
ReplyDeleteMula2 dulu x menjadi jugak cikLah, tapi lama kelamaan tanpa disedari jadi mahir. Buatlah apa jenis kek pun, menjadi saja.
Delete