Catatan di blog ini khas buat anak-anakku sebagai satu kenang-kenangan selama membesarkan mereka. Aku letak titlenya Sweet Memory. Dan juga tag linenya Satu Catatan Diari Kehidupan Seorang Emak. Itu saja sudah menggambarkan tentulah aku nak tulis yang manis-manis dan indah-indah saja. Kisahnya tentang anak-anak aku.
Aku bangga dan bersyukur diberi peluang dan kesempatan oleh Allah untuk menjadi seorang emak. Aku berdoa semoga aku dikurniakan sepasang cahayamata seperti yang aku idamkan. Aku bermohon kepada-NYA agar aku diberikan anak-anak yang bijak dan pintar. Alhamdulillah! doaku di makbulkan. Dan untuk menzahirkan rasa bahagia itu aku catatkan di sini.
Aku bahagia dengan kehidupan aku sebagai seorang emak dan bangga dengan pencapaian anak-anakku lalu aku ‘bercerita’ disini. Salahkah? Aku tidak ingin jadikan blog aku ini tempat mencaci, mengumpat dan perkara-perkara yang sewaktu dengannya.
Hanya kerana aku bercerita tentang anak-anak ada sorang hamba Allah ni mula mengata. Yang paling menjadi sasarannya abang.
Ada sahaja yang tidak kena dengan abang dari pandangan matanya. Dari rupa paras dan fizikal hingga tergamak mengata anakku macam pondan. Cara abang berpakaian tak class. Gaya macam orang tua hinggalah kepada hobi abang yang suka membaca. Ada saja yang salah di matanya. Anaknya tak jadi ulat buku pun dapat strait A juga. Eh! suka hati masing-masinglah. Nak jadi ulat buku ke tidak.
Aku tahu puncanya cemburu. Aku pasti itu. Kalau nak dibandingkan dengan anaknya, anakku abang tinggi orangnya dan ada body kalau nak dibandingkan dengan anaknya yang kurus melidi dan melengkung. Rendah dan jongang. Bercermin mata tebal lansung tak handsome. Opssss!
Pakaian tak berjenama dan tak mahal. Si abang tak kisah benda tu semua. Dia amat memahami tentang kemampuan aku. Tak branded tak apa, asalkan selesa itu adalah keutamaannya. Apapun si dia tu memang tak berani nak sentuh tentang pencapaian akademik anak-anakku. Walaupun ada juga cuit-cuit sikit tapi tak berani terang-terangan.
Sebaik saja abang dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara, semakin menjadi-jadilah makhluk tu mengata. Kononnya tajaan Mara tak bagus. Lagipun kalau nak dapat tajaan Mara pada dia senang sebab ada kenal orang dalam. Tapi anaknya tak nak. Aik tetiba je tak nak. Betul ke tak nak? Setelah gagal dalam temuduga baru kata tak nak. Tapi akhirnya aku dapat tahu juga dalam diam-diam si dia tu pergi juga buat rayuan...Tapi kalau dah tak layak tu, tetap tak layak. Aku dapat tahu masa pergi interview, anaknya tak bercakap apa. Senyap sebab English tak fluent. Lagipun seorang yang penakut. Pernah masa bersekolah dulu anaknya nak tukar subject tapi tak berani nak jumpa cikgu yang berkenaan. Anaknya talipon minta dia sendiri pergi tolong cakapkan dekat cikgu.
Selama ini aku diamkan saja. Biarlah apa orang nak kata. Tapi lama-kelamaan kesabaran ku tercabar juga. Sebagai seorang emak malah emak-emak yang lain juga pasti berasa hati bila orang mengata anak-anak mereka. Dan hari ini aku ‘terpaksa’ luahkannya di sini. Dan ada banyak lagi kata-kata yang menyakitkan telinga dan hati yang tiba dari keliling-keliling aku. Mereka kata si Ojet tu macam orang dah berumur 20 tahun. Ha.. betullah... Memang umur Ojet 20 tahun. Tak tahulah apa maksudnya. Tunggulah sikit hari lagi, tahulah apa bendanya tu. Peliklah manusia ni. Ada saja yang tak kena di mata mereka. Tak paham betul.
Tadi ada sorang lagi tetiba je cakap, “ramailah orang yang anak mereka belajar di luar negara...” Eh! tak pasal-pasal. Betullah tu, habis anak you.... Opsss, maaf aku terlepas cakap. Dah dua orang anak awak ambil peperiksaan besar, tapi bila tiba hari keputusan, senyap dan sunyi. Soriiiii!
emm..tak pelik
ReplyDeletesbb mmg ada golongan yg x suka baca/tahu kisah kesenangan/kelebihan org lain
saya suka baca kisah ibubapa yg brjaya besarkan anak dgn cemerlang dr segi akedemik dan juga agama.
mana tahu ada tips berguna utk saya
Yang peliknya Irfa, org ni dgn selambanya cakap dan kutuk anak kita depan.depan. Kalau x sabar mahu bergumpal masa tu. Org yg saya cerita ni, biasa saya tlg dlm byk hal juga.
DeleteBiarkan mereka.. Kita teruskan dgn cara kita.. Yang penting kita tahu niat kita menulis catatan di laman maya ini adalah ikhlas tanpa perasaan riak.. Memang dah menjadi resam dunia agaknya.. ada yang tak senang melihat kejayaan orang lain. Umpatan dan sindiran org di sekeliling malah saudara sendiri menjadi asam garam kehidupan mak & ayah membesarkan kami 10 beradik. Alhamdulillah, akhirnya kami semua berjaya.
ReplyDeleteps: Kalau tahu lebih awal Sweetie ke Jerantut, boleh kita berjumpa..
Tak reti nak cakap apa Sal. Benda ni kalau di layan memang boleh jadi gaduh besar. Tp saya simpan dlm hati, sebab dah tak tahan ni saya 'bercakap' di sini supaya perasaan saya lega dan tak tertekan lagi.
DeleteCkLah faham sebab ckLah pun pernah kena. Apa saha ckLah tulis ttg anak dukata menunjuk. CkLah cerita tentang kerinduan kpd anak di universiti dia kata menyohor, tapi dlm tak sedar, anak dia menang hadiah sukaneka di tadika dia buat entri bersiri....hihi. Anak baru pandai tendang bola dan jalan jatuh, dia buat entri berjela. Yg tak ada anak pulak, dok cerita pasal anak buah dia...kucing dia...kan sama je tu. Biarlah. Orang mcm ni, memang tak suka tgk kebahagiaan org lain. Kalau org cerita ttg keruntuhan rumah tangga, putus cinta, kena cerai, kena tangkap khalwat ke...yg itu dia sukalah!
ReplyDeleteTeringat frasa ustaz Abdullah Al Qarni dlm buku popularnya LA TAHZAN"bersahabatlah dgn semua org kecuali pendengki.......bg seorang pendengki rahmat dan kelebihan yang Allah berikan kepada org lain itu, dilihatnya sebagai satu bala yg besar buat dirinya". Wallahualam...
CkLah bangga dgn anak anak sweetie dan harap dpt mencontohi mereks dan kagum dgn kebolehan memasak sweetie. Sungguh@
Terima kasih CkLah, saya tulis perkara ni sebab saya tak ada tempat lain untuk luahkan apa yg terbuku di hati saya. Sekurang-kurangnya sekarang perasaan saya dah lega sikit.Mmg saya presure dgn apa yang saya terima.
ReplyDeleteSebenarnya gambar2 masakan yg saya letak di blog ni pun ada ceritanya sendiri. Pun ada kena mengena dgn anak-anak. Saya boleh memasak ni pun atas dorongan anak-anak juga terutamanya anak lelaki saya.