Tuesday, November 13, 2012

Rajin sikit....

Tak hujan hari ni. Cuaca redup dan nyaman. Adalah peluang mengemaskan kawasan luar rumah. Aku tengok pasu-pasu bunga penuh dengan rumput-rumput yang tumbuh meliar. Sekali pandang dah macam rumah tinggal. Dari sehari ke sehari nak buat tapi tak jadi-jadi jugak. Asyik bertangguh. Hari ini kata esok. Esok kata lusa. Lusa kata minggu depan. Hai! Petang tadi, aku tengok cuaca cantik aku gagahkan diri. Kalau asyik bertangguh sampai bila-bila pun macam tu jugaklah.

 Lusa sempena cuti Awal Muharram, sambung lagi. Ada banyak lagi yang perlu dibuat. Semakin usia meningkat, semakin malas pulak.

Tengok tu, pokok melur tumbuh merimbun. Sekali mengeluarkan 
bunga baunya menerjah sampai kedalam rumah. Dulu di tepi pagar kayu ni
 aku tanam heliconia dan tempat burung-burung kecil bermain 
dan rama-rama berterbangan.

5 comments:

  1. salam Sweetie
    rajin nya mengemas2 kwasan rumah, akak pun dok tertangguh je nak tanam bunga ni sbb kalau petang je asyik ujan je jadi malas nak kuar rumah kan, nak ambik semangat hijrah ni esuk lusa nak buat jugak kemaskini rumput2 terbiar heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sgt tu kak Noor, sesekali elok beraktiviti di luar rumah. Asyik masak je, sedar tak sedar dah timbul lemak sana sini.

      Delete
  2. Rajin ye Sweetie tanam bunga. Sayapun baru je berpeluang buat semua tu petang semalam..

    ReplyDelete
  3. bunga melur mengingatkan saya pada nenek
    suka letak bunga melur kat rambut dan lipatan sejadahnya

    ReplyDelete