Friday, October 12, 2012

Kenapa nak belajar di luar negara?...


Bagi lepasan SPM, mendapat peluang dan tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah satu bonus selepas berhempas pulas mengulangkaji pelajaran dan tanpa jemu untuk mencapai strait A’s.

Itu jawapannya bila di tanya kenapa memilih universiti luar negara. Tidak dapat dipastikan sejak bila dia menyimpan hasrat itu. Siapa yang mendorongnya kearah itu juga tidak aku ketahui. Yang aku tahu, sebaik saja dia mendapat 8A dalam PMR, dia berharap akan mendapat tempat di mana-mana MRSM. Katanya, hanya di MRSM saja impiannya untuk keluar negara bakal terlaksana. Tidak pulak aku tanya, kenapa dan bagaimana.

Apabila nama-nama pelajar yang ditawarkan ke MRSM di umumkan, namanya tidak tersenarai. Dia kecewa. Ejekan dari kawan-kawan menambahkan lagi kecewanya dia. Melihat dia kecewa aku juga turut kecewa, bagaimana aku terpaksa menghadapi situasi itu, dimana dia menangis dan memaksa aku memindahkannya ke sekolah lain. Apa yang dapat aku katakan padanya saat itu, "sabar! Sedangkan aku sendiri tidak tahu bagaimana aku mahu melakukannya untuk memenuhi impian dan cita-citanya.

Tika itu aku runsing dan susah hati dengan apa yang dilaluinya. Aku takut dia patah semangat dan hilang keyakinan diri. Apa yang mampu aku lakukan saat itu hanyalah berdoa agar ketika pengambilan kedua dijalankan, namanya akan tersenarai.

Syukur! untuk sesi pengambilan kedua pelajar ke asrama namanya terpilih masuk ke salah sebuah sekolah SBP (link).  Pada hal dia tidak pun mengisi borang untuk ke SBP. Dia kembali bersemangat dan berazam untuk melakukan yang terbaik. Alhamdulillah, dia berjaya..

Sebaik saja keputusan SPM (link) diumumkan, cita-cita untuk 'fly' tu kian bersemarak. Terkenang bagaimana kami sama-sama mengisi borang permohonan secara on line itu di pejabat aku. Kami berteka-teki, MARA ke JPA. Akhirnya kami sama-sama sepakat memilih JPA. Sebab frust tak dapat MRSM. Adalah alasannya di situ. He..he.. karut!

Tidak tahu bagaimana perasaan dia menunggu jawapan permohonan itu, tapi yang pasti aku paling berdebar. Pada hari pengumuman itu dibuka, aku lah yang paling exited sangat...dan dia terpilih untuk jalani sesi temuduga di PICC Putrajaya. Kerana terlalu gembira aku sanggup meredah kesibukkan waktu lunch untuk balik kerumah semata-mata nak beritahu dia tentang berita itu. Padahal boleh talipon saja.

Ya, kalau difikir-fikirkan balik macam-macam juga yang dilalui abang sebelum impiannya untuk belajar ke luar negara terlaksana. Bagaimana pada hari interview, pak ngahnya meninggal. Kemudian pada hari keputusan diumumkan, nama abang tidak tersenarai. Sekali lagi dia kecewa. Aku juga kecewa dan risau dia patah semangat.

Tiap detik aku sentiasa berdoa pada-Nya agar tiba-tiba datang keajaiban. Hmm! ya, siapa sangka memang keajaiban itu betul-betul terjadi. Aku baru balik dari Sungai Petani, bila surat dari Bahagian Penganjuran Pendidikan Mara sampai. Kami mengisi borang JPA tapi tawaran MARA pula yang tiba. Dan berita gembira (link) itu aku beritahu padanya yang ketika itu sudahpun sebulan belajar di Pusat Asasi Universiti Malaya (PASUM).

Alhamdulillah! kini dah hampir sebulan abang berada di UK, setelah dua tahun mengharung segala macam dugaan dan cabaran sebelum layak dihantar belajar ke universiti luar negara. Apa yang aku perhatikan tentang abang ini ialah, pantang dicabar atau diperlekehkan. Jika ada orang yang melakukan itu padanya dia akan berusaha membuktikan kebolehannya. Bila diberi peluang, dia akan bersungguh-sungguh dan tidak mensia-siakan peluang yang diberi. Itulah dia, anak lelakiku yang aku panggil Abang!

(nota mak: Doaku agar abang sentiasa gembira, bersungguh-sungguh, tidak leka dengan keindahan dan keseronokan tempat orang, tiada lagi kecewa dan pulang dengan kejayaan!)


10 comments:

  1. sedih pula baca kisah ni, kerana aku ada putera SPM tahun ini. harap2 dia dapat yang terbaik untuknya di masa depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Etuza dtg ke blog saya. InsyaAllah!Dengan Sokongan, galakan, dorongan dan perhatian dari kita serta doa yang tiada hentinya,kejayaan bakal diraih oleh anak-anak kita.

      Delete
  2. sentiasa akan diingati, Farid ke luar negara 2 hari selepas Yah menjalani pembedahan THR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pula berada dlm dilema, nak pergi melawat yah di Kuantan, tak sempat sebab banyak sagat urusan untuk Farid berlepas ke UK yang belum selesai. Alhamdulillah yah pun selamat jalani pembedahan moga cepat sembuh.

      Delete
  3. tahniah utk Sweetie kerana anak U dah berjaya keluar negara syukurlah ya bukan senang nak belajar kat luar negera persaingan mmg hebat,sama lah anak akak pun dah 3 orang belajar kat UK syukur sangat2 hanya fb,ig,wasap dan segala peneman utk berhubung dgn anak2 yg jauh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga untuk kak noor atas kejayaan anak2 kak noor. Memang hebat persaingannya dan tidak semudah yg disangka, lepas je SPM dan dapat tawaran kena pula buat persediaan 2 tahun dan result pulak kena bagus baru lepas 'fly'.

      Delete
  4. Kejayaan sesudah kegagalan tu lebih besar maknanya..

    ReplyDelete