Monday, October 1, 2012

Aku sedang 'bahagia'...


Saat ini berita yang paling aku tunggu-tunggu adalah berita dari anak-anak! Dan aku paling seronok kalau dapat mesej, talipon atau sms dari mereka.  Kerana itu aku sekarang ‘berhantu’ dengan facebook. Boleh dikatakan saban waktu aku sentiasa on dengan laman sosial tu. Kalau talipon berdering aku akan bergegas menjawabnya. Tidur pun jadi tak berapa nak ‘lena’. Ha! ha!

Permata hatiku.

Aku suka dengar kalau anak-anak talipon beritahu, mereka happy dengan course yang mereka pilih. Mereka ‘berseronok’ dengan persekitaran mereka. Padaku ini adalah sedikit bahagian daripada faktor yang menyumbang kepada kejayaan. Sedikit tapi memberi kesan yang banyak.

Di dalam kuliah mereka sering memberi pendapat dan diri sering menjadi tempat rujukan kawan-kawan sealiran. Lecturer pula suka bertanya dan meminta pendapat dari mereka. Aku dapat rasakan mereka selesa dan amat memahami apa yang sedang mereka pelajari. Getaran di jiwaku seakan memberitahu, "mak, kamilah yang paling pandai sekarang!" Sepertinya kejayaan itu boleh digapai dengan mudah. Jangan blame aku dengan entry yang agak mengangkat diri sendiri ini. Aku tidak dapat menipu diri aku sendiri dan mengatakan yang aku bahagia dengan pencapaian anak-anakku.

Rasanya tiada apa yang aku harap dari mereka tika ini selain dari menanti kepulangan keduanya, Abang dan Ojet kepangkuan ku tiga tahun lagi dengan segulung ijazah kelas pertama. Aku memang menaruh harapan di situ. Sungguh!


Temanku, komputer riba pemberian dari anak lelakiku si Abang 
sebelum dia berangkat ke UK aritu. Sebenarnya komputer ni adalah 
hadiah dari aku untuk Abang masa  dia dapat 9A dalam SPM. 
Kini dia hadiahkan balik pada aku sebab dia dah dapat 
yang baru dari penajanya.


6 comments:

  1. salam..me datang kunjung balas..tq for visiting ya, insyaAllah wl keep coming here after tiz, u are a great mum, bertuah yr kids daling, yr prayers gonna be the best gift for them, insyaAllah.. :))

    ReplyDelete
  2. Terima kasih susumanis. Ya, tiap waktu saya berdoa agar mereka sentiasa selamat di perantauan dan memperolehi kejayaan dlm pengajian masing-masing!

    ReplyDelete
  3. Moga mereka selamat dan beroleh kejayaan cemerlang..

    ReplyDelete
  4. wahhhh... insyaAllah mereka akan berjaya nanti...

    ReplyDelete