Sunday, October 6, 2019

Veenendaal... Satu Pengalaman Baru...

(catatan siri jalan-jalan Europe 22)


Kembara mak di bumi Europe kini menuju ke Armsterdam. Negara ketujuh dalam senarai kunjungan kami. Begitu lama memendam hasrat untuk berjalan-jalan di sana. Tentunya keterujaan mak ingin menyaksikan ladang tulip yang seluas mata memandang.

Ketika ini musim panas baru saja bermula. Tumbuh-tumbuhan telah mula kembali mengeluarkan daun. Suasana di lebuhraya sepanjang perjalanan dari Brussel menuju ke Armsterdam agak sibuk dengan kenderaan.

Di kiri kanan jalan kelihatan tumbuhan rapeseed hidup subur dan sedang berbunga... kuning... cantik... dan memukau pandangan. Bunga rapeseed ini di gunakan untuk membuat minyak masak canola.

Tumbuhan rapeseed yang sedang berbunga menghiasi kiri kanan 
lebuhraya sepanjang perjalanan dari Brussels menuju ke Armsterdam.

Lewat senja baru mak dan rakan sampai di hotel penginapan yang terletak antara Utrecht Hill Ridge dan Gelderse Valley di Bastion 73. Kelihatan dari jauh hotel Veenendaal yang akan kami inap malam ini seperti sebiji kontena yang panjang yang didirikan di atas tiang-tiang besar dan kecil yang bersilang-silang dan terletak di satu kawasan lapang.

Sebaik saja kenderaan yang kami naiki berhenti di hadapan pintu masuk hotel, mak dan rakan bergegas turun. Masing-masing dah kepenatan. Badan mak rasa lesu sangat. Tekak pula terasa kering. Rasanya tak sabar untuk mendapatkan kunci bilik dan berehat. Malah ketika dalam perjalanan dari Brussel entah berapa kali mak terlelap keletihan.

Masuk saja bilik... suasana terasa amat hening sekali. Mak merebahkan diri di katil... memejamkan mata dan cuba menikmati suasana yang tenang. Terkenang anak-anak dan si black yang di tinggalkan. Tak sabarnya untuk kembali ke tanahair.

Malam ini mak tidur sendirian di bilik hotel yang luas dalam gaya reka bentuk kontemporari. Katilnya besar... selesa dan rasa amat santai... harap bermimpilah yang indah-indah!

Dari dalam kenderaan dah nampak hotel 
yang akan mak dan rakan duduki

Suasana di luar hotel yang kelihatan sunyi dan tenang.

Hotel Veenendaal bertaraf 4 bintang.

Terusan kecil yang jernih airnya bersebelahan hotel.

Moden dan futuristik. Seolah-olah sebiji kontena yang panjang.

Terbuka... tidak ada penghadang antara katil dan bilik air.

(nota mak: setiap bilik di hotel ini berkonsep open. Bilik airnya terbuka... cuma di hadang dengan cermin. Kalau nak mandi kena berbasahan. Mak beruntung kerana bersendirian. Tak perlu 'menyorok-nyorok' bila nak mandi... satu pengalaman baru. Belum pernah jumpa suasana bilik hotel sebegini sebelum ini... hehhehe)

8 comments:

  1. Menarik betul senibina nya...best la takyah menyorok-nyorok..tapi kekdg mcm terasa ada org intai..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha... betul! rasa mcm ada cctv... hhahahha.

      Delete
  2. menarik hotel tu, tapi bilik air terbuka macam tu sesuatu yang baru nih, kalau dengan anak2 kecil tak tahulah macammana tu ...tak sabar nak tengok bunga tulip, saya suka bunga tulip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada anak-anak kecil jenuhlah nak control... takut main simbah-simbah air habis lencun bilik... hehehhe...

      Delete
  3. Uniknya Hotel Veenendal ni kak.. tapi cantik lah..jarang dpt duk hotel mcm ni..
    bab bilik air tu memang kena ready kain basahan sendiri lah nampaknya.. klu tak bawa, susah jg bila ada roomate.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada roomate kena suh dia baring kat katil tidur mengiring pandang tingkap...jgn gerak-gerak sambil kita sudah mandi... hahahha

      Delete
  4. Wah.... Hotelnya unik laaa... Bilik pon luas... ๐ŸŒน
    Tak sabau nak tgk bunga tulip ๐ŸŒท๐ŸŒท

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya cantik hotelnya cik bunga, selesa sangat saya rasa.

      Delete