Monday, October 21, 2019

Zaanse Schans Melengkapi Zamannya...

(catatan siri jalan-jalan Europe 24)

Kembara mak dan rakan di bumi Europe hampir berakhir. Setelah menjelajah ke tujuh buah negara dengan kos yang bukan sedikit... kami bakal kembali ke tanahair. Untuk 'mencukupkan' masa mak dan rakan ke Zaanse Schans yang terletak di Zaandam.

Perjalanan ke Zaanse Schans melalui kawasan pertanian. Kelihatan juga terusan-terusan kecil dan besar juga jambatan. Sepanjang di bumi Belanda ini mak melihat banyak terusan. Dan rumah-rumah penduduk termasuk hotel yang mak inap juga seolah-olah di lingkungi oleh terusan dan sungai-sungai. Malah kedudukan bumi Belanda terutama Armsterdam dan lapangan terbang utamanya iaitu Schiphol berada 4 meter di bawah paras laut.

Untuk sampai ke Zaanse Schans di Zaandam kenderaan kami 
melalui De Tweede Coentunnel yang di bina untuk melintasi terusan
 Laut Utara. Di atas tunnel ini pelabuhan dan laluan kapal.

Dalam perjalanan ke Zaanse Schans mak terpandang 
rumah penduduk yang comel ini.

Terusan dan bot tidak dapat dipisahkan dari
kehidupan di Armsterdam.

Ketika sampai di Zaanse Schans cuaca panas dan bahang mentari kian terik menggigit kulit. Badan mak rasa makin lesu. Untuk berjalan-jalan lagi rasanya seperti sudah tidak berdaya. Namun mak gagahkan juga diri.

Zaanse Schans ini pada pandangan mak merupakan satu perkampungan warisan budaya. Ia 'dicipta' menyerupai sebuah kampung di sekitar abad ke-18. Kincir angin yang merupakan ikon Belanda dan rumah kayu hijau yang comel... terusan dan tasik melengkapi situasi dan suasana ketika zamannya. Kelihatan juga biri-biri yang sengaja di lepaskan sedang meragut rumput.

Para pekerjanya yang berpakaian tradisional akan menunjukkan cara pembuatan coklat, cheese, ukiran dan terompah kayu serta beberapa lagi yang tak sempat mak kunjungi. Secara tidak langsungnya Zaanse Schans menjadi pusat warisan indusdtri.

Rumah kayu bewarna hijau, kincir angin dan 
terusan gambaran kehidupan suasana di abad ke-18

Seorang pekerja di Catharina Hoeve menunjukkan 
cara membuat cheese. Mak tertarik dengan penutup kepalanya tu... 
mcm topi kartun The Smurf.

Ada banyak pilihan dan rasa tapi mak pilih Goulda Cheese ini 
sebagai buah tangan untuk yang di tinggalkan di tanahair.

Cuaca panas terik ketika mak berada di Zaanse
Schans. Dan berfoto berlatar belakangkan kincir angin satu
kemestian bagi yang berkunjung ke Armsterdam.

8 comments:

  1. Cantiknya lah kak.. suka sgt suasana begini sbb masih melambangkan kg ciri tradisional & budaya.. kincir angin tu nampak klasik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luas kawasan ni Atie... Mmg cantik. Sejak menonton drama Aku Cinta Dia di TV tahun lepas yg membuat penggambaran di sekitar kawasan ni... saya terus berangan nak dtg sini. Ya, kincir angin tu mmg 'yg dulu-dulu' punya... dindahkan dari kawasan asalnya, dipulihara dan masih berfungsi.

      Delete
  2. bestnya tempat ni..suka, suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dtg time autumm lagi best kot, sebab tak panas sangat. Masa saya di sini cuaca panas sgt... Tak tahan saya.

      Delete
  3. Background macam zaman zaman dulu kala. Cantik nyer rumah tepi Sungai...oad tu bunga plak tumbuh melata.... Memang memukau pandangan😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawasan zaanse schans mmg dibina menyerupai ketika Belanda di abad ke-18 dulu.

      Kebanyakan kawasan rumah-rumah di Armsterdam ni begitulah cik bunga, ada terusan dan bunga-bunga tu pokok rapeseed... mereka buat minyak masak dari bunga rapeseed tu.

      Delete