Wednesday, October 23, 2019

Basikal, Kondom dan ...

(catatan siri jalan-jalan Europe 25)

Betullah... semakin jauh kita berjalan makin bertambah pengetahuan. Kadang-kadang apa yang kita temui dalam perjalanan itu sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan selama ini.

Banyak yang dapat kita 'kutip' selain dari menyaksikan keindahan tempat yang kita kunjungi walaupun tujuan asalnya cuma ingin 'berlibur-libur' saja.

Selama ini mak tertarik untuk datang ke Armsterdam kerana ladang tulipnya. Walaupun Amsterdam bukanlah tempat asalnya kerana asal usul tulip di bawa dari Turki dan ia di tanam secara meluas di Belanda kerana tanahnya sesuai untuk pokok tersebut. Juga kincir anginnya yang menggamit lagenda silam.

Sejarah asal usul bandar Armsterdam ini panjang dan penuh peristiwa. Bermula ketika sekumpulan nelayan yang tinggal di sepanjang perairan Sungai Amstel di abad ke-12 membina penempatan dan jambatan di situ sehingga ianya berkembang pesat menjadi bandar pelabuhan seperti sekarang ini. 

Rentetan dari situ Amsterdam terkenal dengan warisan artistik dan sistem terusan di seluruh bandarnya... sehingga mendapat jolokan sebagai Venice Utara. Dan penduduknya sendiri gemar menggunakan bot sebagai pengangkutan. 

Suasana sekitar Armsterdam Centraal yang sesak dengan orang ramai.

Bot-bot persiaran sedang berlabuh di De Ruijterkade West Street.

Kawasan rak letak basikal di stationsplein, Armsterdam Centraal.

Basikal pula merupakan kenderaan utama penduduknya. Dan Amsterdam merupakan antara bandar besar di dunia ini yang membudayakan penggunaan basikal.

Ketika berada di Armsterdam Centraal mak melihat banyak kemudahan untuk penunggang basikal seperti laluan sikal, rak basikal dan garaj penyimpanan basikal. Kerana itu penduduk Armsterdam tidak di galakkan memandu kenderaan apabila memasuki pusat bandar kerana banyak jalan-jalan di tutup untuk memberi laluan kepada penunggang basikal selain dari bayaran letak kereta yang mahal.

Amaran untuk sesiapa saja yang melalui kawasan 
Red-light zone di De Wallen.

Kedai menjual kondom.

Dan jangan terkejut ketika sedang seronok berjalan-jalan dan berfoto di Armsterdam kita ternampak banyak kedai-kedai menjual kondom. Itu tandanya kita telah sampai dan memasuki kawasan Red-light zone iaitu De Wallen. Cantik kawasan ini dan menjadi tumpuan ramai pelancong untuk bergambar di atas satu jambatan dengan berlatarkan terusan, bot dan basikal yang sengaja di letakkan di atas jambatan tersebut.

Selama ini tidaklah mak tahu... pekerja seks di Belanda di iktiraf dan sah di sisi undang-undang serta dikawal selia dengan baik. Malah kerajaan Belanda juga mengutip cukai dari mereka. Dan kawasan Red-light zone di De Wallen ini adalah kawasan destinasi pelancongan seks antrabangsa. Wow! Kerana itu bila kita melalui kawasan ini terdapat banyak rumah pelacuran yang kewujudannya mendapat kebenaran dari pihak berkuasa.

Apabila melewati kawasan Red-light zone ini terdapat banyak kedai-kedai menjual kondom... bermacam rupa dan warna untuk menarik pelanggan.

Jika terasa dahaga berhati-hati. Jangan salah pilih cafe atau kedai. Ada di antaranya menjual minuman atau kopi yang berasaskan canabis atau ganja. Malah terdapat banyak kedai yang menjual produk hasil canabis atau ganja termasuk coklat, aiskrim dan pelbagai lagi.

Begitulah keterbukaan masyarakat dan penguatkuasaan di Belanda terhadap dua perkara iaitu seks dan dadah.

Hati-hati... jangan terbeli coklat ni bila ke Armsterdam...

Pelbagai produk yang dihasilkan berasaskan canabis dan ganja.

Dan kembara mak serta beberapa rakan sampai ke garisan penamatnya. Sementara menunggu pemandu kenderaan kami datang untuk membawa kami semua terus ke lapangan terbang Schippol, kami duduk dikaki lima jalan Prins Hendrikkade sambil bergelak ketawa dan berfoto-foto di sekitar Armsterdam Centraal sebagai kenang-kenangan untuk di bawa kembali ke tanahair.

(nota mak: Terima kasih pada kawan mak, Puan Aishah yang begitu berani memetik foto-foto di kawasan De Wallen.)

16 comments:

  1. pelacuran & dadah - dua benda perosak masyarakat diikhtiraf di sana..begitu terbuka mereka di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... penyumbang juga pada pendapatan negara sebab mereka juga membayar cukai hasil dari 'pendapat sebagai pekerja sex'.

      Delete
  2. terima kasih buat entry ni at least kita di sini tau apa yg ada didunia sebelah sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada tanda amaran atau sekatan... tau-tau je dah termasuk dalam kawasan ni Sheila... dan kawasan sekitar ni mmg cantik. Kalau bawak keluarga terutama anak-anak kena hati-hati... sebab kedudukannya betul-betul tengah bandar.

      Sex workers kat sini dtg dari perlbagai bangsa dan negara... lalu kat kawasan ni mulut kena jaga... ada antaranya pandai berbahasa Melayu.

      Delete
  3. Wahhh... Tang tulip tue memang suka... Tang ganja dlm coklat... Huhuuuu... Yg penting jauh berjalan luas psndangan๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena hati-hati bila bawak anak-anak berjalan-jalan di Armsterdam. Takut terbeli coklat tu.

      Delete
  4. Tak sangka plak pekerja seks di sana legal kan kak..kira salah satu bidang pekerjaan yg di iktiraf..
    Naya klu terbeli coklat dari Kanabis tu..kena extra alert bila beli coklat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Atie... bukan pekerja saja diiktiraf, buka 'pejabat' untuk urusannya pun sah tu... hehhehe... nyah ke... tak nyah ke.. semua boleh.

      ya... sebab tu pemandu kami mengingatkan hati-hati kalau nak masuk cafe-cafe atau beli coklat kat sana. Takut terbeli coklat ganja dan terminum kopi ganja kat sana.

      Delete
  5. pengalaman ni lah bila jumpa balik kawan2 travel ni cerita balik sure meriah kan.. lain padang lain belalang ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yan... Bila di kenang-kenangkan semula pengalaman sepanjang kembara ini, rasa sedih, seronok, suka duka dan tolong menolong antara satu sama lain menjadi kenangan yg tak mungkin dilupakan. Apalagi bila jumpa benda-benda baru macam ni...

      Delete
  6. menarik juga kalau jalan jalan naik basikal kat sini. tapi jalan kaki pun best juga senang nak stop bergambar..tapi yelah, bab memilih kedai tu memang kena berhati-hati kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki lagi best Fizah... ya... kena berhati2 untuk singgah minum atau membeli biskut.. kek dan coklat. Kawasan Red light zone / De Wallen ni mmg takde tanda amaran... tau2 dah masuk je kat situ dan letaknya pulak tengah2 bandar mmg nak ke mana2 kena lalu area tu...

      Delete
  7. Replies
    1. Singgahlah banyak kali mana pun cik bunga... mmg takde larangan pun utk dtg ke blog saya.

      Delete