Tuesday, December 18, 2018

Teman...

Black, kucing baka campuran maine coon dan 
persian. Baru setahun usianya.

.. setiap kali bunyi pintu pagar di buka dia akan 
menjenguk di tingkap melihat siapa yang datang.

Kehidupan selepas bersara agak sunyi. Agak payah juga untuk membiasakan diri. Aku jadi termanggu-manggu tiba waktu pagi. Entah apa yang ingin aku buat. Walau pada sebelah malamnya sebelum tidur sudah di pahatkan dalam hati, "bangun pagi esok nak buat itu... nak buat ini" tapi bila menjelang siang aku seperti orang bingung.

Bersendirian dan suasana yang sunyi membuat aku banyak menghabiskan masa dengan berbaring-baring di katil.

Agak lama juga aku mengambil masa untuk mengatur jadual harian. Rajin dan malas silih berganti memenuhi ruang-ruang hari ku. Sehinggalah satu hari Ojet bawa seekor anak kucing ke rumah.

Ya, dengan kehadiran black sedikit sebanyak menambah keriuhan dan penghapus rasa sunyi. Dialah peneman di kala anak-anak keluar bekerja. Anak-anak pula menganggap black 'adik bongsu'. Sedikit sebanyak telatah, kelincahan dan kenakalannya memberi impak yang besar dalam keluarga aku.

15 comments:

  1. hai Sweety,

    memang kucing haiwan yang mudah membuat kita sayang kat dia ..take care and take health okew,,, always happy ...awett muda,,

    ReplyDelete
  2. BLACK YG MENAWAN HATI COMEL SUNGGUH

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecomelannya tu yang buat kami gerammm kak PI. Dah 5 kg beratnya.

      Delete
  3. Replies
    1. ya Nieda. bolehlah borak2 walaupun si black ni cuma mendengar saja tapi tak boleh membalas percakapan saya.

      Delete
  4. Saya tak bela kucing. Tapi ada kucing jalanan yang singgah berteduh dan makan di garaj rumah.

    Selalu kalau buka pintu, dia dah datang mengiau. Kalau balik dari bercuti, berkejar-kejar dia tunggu kita keluar kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni pun saya tak benarkan anak perempuan saya bela kucing... tapi dia minta juga... saya benarkan tapi dgn syarat, dia bersihkan tempat najisnya, makan minumnya dia uruskan. sakit semua dia tanggung. Tapi akhirnya saya pun turut menyayangi kucing yang kami beri nama black ni.

      Delete
    2. Ajaib yang bernama kucing ni. Bila kita tak nampak, tercari-cari pula 😅

      Delete
  5. macam mak masa mula2 pencen. duduuk skejap rasa bosan dia ajak pegi sana sini. hehe.. lama2 biasala tu =)

    best ada peneman. tak adalah sunyi sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu apa nak buat Siti... sebab dah biasa pagi keluar bekerja... petaaang baru balik. Pening juga saya nak mengatur masa dan jadual harian lepas pencen ni.

      Delete
  6. semoga sihat walafiat, kena cari aktiviti supaya tak boring...

    comel Black..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! selama dua tahun lepas bersara ni kesihatan ok... TQ Nohas.

      Delete
  7. ye lah kak, saya pun akan terasa sunyi jika sendirian dan tak tahu nak berbuat apa2. Alhamdulillah dah ada peneman tu seronok sikitkan.

    ReplyDelete
  8. kucing,
    saya pun baru jer mati,
    rasa mcm bersalah pulak kat dia
    lambat bawa gie klinik...huhu
    huhu

    ReplyDelete