Tanpa sedar aku telah melakukan satu rutin exercise sepanjang berada di sana. Sesuatu yang tak mungkin dan dapat aku lakukan di M'sia. Ini belum lagi dikira dan dicampur jarak semasa melakukan tawaf dan sa'ie.
Dan tahu tak berapa banyak langkah dan jarak kilometer semasa kita melakukan tawaf dan saie. Tentulah tak tahu sebab waktu itu kita khusyuk berdoa.
Satu sumber berkaitan dengan jarak dan langkah ketika tawaf dan saie telah aku perolehi dari FB ustaz mutawif yang memandu group kami.
Tawaf: Kiraan langkah ini di buat di tingkat dua, tempat kegunaan kerusi roda. Satu pusingan tawaf kita melangkah sebanyak 902 langkah dengan jarak 670 meter. Untuk tujuh pusingan lengkap tawaf kita melangkah sebanyak 6,314 langkah dengan jarak 5600 meter
Jika kita melakukan tawaf di bawah (dataran kaabah)... lengkap tujuh pusingan jaraknya ialah 3.5 km
Sa'ie: Jarak antara Sofa ke Marwah pula ialah 370 meter dan kalau di kira langkah kita untuk sampai ke Marwah ialah 495 langkah. Bagi melengkapkan tujuh pusingan sa'ei kita berjalan sejauh 2,690 meter.
Lihatlah, dalam melaksanakan ibadat kita juga melakukan senaman. Setiap masuk waktu solat kita gagah berjalan menuju ke masjid dengan fikiran yang tenang dan gembira. Seronok melangkah beramai-ramai dan berduyun-duyun menuju ke satu arah... Masjidil Haram.
(nota sweetie: Ketika berjalan bersama rakan-rakan menuju ke masjid aku cakap, selesai umrah ini tentu aku jadi cantik dan kurus bila balik ke Malaysia. Bila di timbang berat badan aku susut 4 kg. hmmmm!)
masing2 berlumba mengejar pahala
ReplyDeleteApa kata lepas ni kita janji sama-sama satu group pi buat umrah plak Nieda.
DeleteAlhamdulillah sweetie..memang ketika disana kita tak ingat lain selain dari beribadah kan.masa acik pergi tu jarak lebih kurang 200m nak ke dataran
ReplyDeleteBestlah acik... senang dan cepat nak ke masjid.
Deletestamina perlu kalau nak kesana kan, tapi inshaAllah semua pasti dapat lakukan
ReplyDeleteBetul mama aryan, sebab ramai orang kata kalau nak buat umrah dan haji elok masa usia muda... waktu tu badan sihat dan tenaga pun kuat.
DeleteAlhamdulillah..to kill two birds with one stone..walaupun jauh jg kita berjalan, tapi tak terasa sbb hati gembira, niat beribadah kpd Nya..lps berjln, dpt minum air zam-zam..mmg nikmat..
ReplyDeleteYa nohas, masa di sana saya demam jugak, perubahan cuaca... tapi saya masih kuat dan larat juga berjalan setiap waktu ke masjid.
DeleteSampai sana automatic kuat..... Saikoloji pun ya jugak.... Ya lah kan semua orang pun jalan.... Naturally exercising
ReplyDeleteBetul McK... seronok berduyun-duyun ramai-ramai menuju ke masjid. Hilang rasa penat.
DeleteRindu nya nk ke sana lagi
ReplyDeleteSaya pun sama... tak puas.. sekejap sgt rasany.
Delete