Tuesday, March 27, 2018

'Jangan lafazkan...' Ini kat Mekah tau!

Walaupun telah hampir tiga bulan berlalu kenangan ketika di Mekah masih segar dan sentiasa dalam bayangan ingatan. Mana boleh lupa... terlalu manis dan indah walaupun terselit juga dugaan dan cabaran. Apatah lagi bila menatap kembali gambar-gambar yang sempat di rakam sepanjang aku berada di sana.

Hari pertama ziarah luar segalanya berjalan dengan baik. 
Cuaca cantik. Jalanraya kelihatan lengang.  Kami di bawa 
ke Tanaem untuk bermiqat.

Ziarah hari kedua kumpulan kami di bawa ke Ja'ranah. Perjalanan bas pastinya melalui Padang Arafah, Mina dan sudah semestinya bas berhenti di Jabal Rahmah. Bukit pertemuan Adam dan Hawa setelah terpisah ratusan tahun lamanya.

Menyaksikan Padang Arafah yang begitu luas dari atas Jabal Rahmah, aku cuba membayangkan bagaimana keadaannya ketika musim haji di mana ribuan umat Islam berhimpun di sana. Aku cuma boleh membayangkan kerana aku belum lagi pernah 'dapat jemputan' untuk menunaikan haji.

Sebahagian Padang Arafah di lihat dari Jabal Rahmah.

Deretan bas yang membawa jemaah di jalan 
berhampiran Jabal Rahmah.

Ketika bas yang aku naiki mula bergerak meinggalkan kawasan 
Jabal Rahmah aku terlihat seorang pemandu bas sedang memasak dalam 
tempat simpanan barang yang telah diubah suai diperut bas.

Jamrah, Mina.

Sebaik melepasi Mina dalam perjalanan menuju ke Ja'ranah sesuatu yang tidak terduga terjadi. Bas yang kami naiki terlibat dalam kemalangan. Hampir sejam juga kami 'tersangkut' menunggu polis datang. Mujurlah tiada sesiapa yang cedera dalam kemalangan ini.

 Lelaki Arab itu cuba mencari penyelesaian tanpa
melibatkan polis. Dan kemek di pintu bas kami sebelah
pemandu akibat perlanggaran.

Kenderaan yang terlibat melanggar bas yang kami naiki 
cuma di pandu oleh budak lelaki dalam lingkungan umur 
lima belas tahun dan tidak berlesen.

Kesesakkan yang berlaku akibat dari perlanggaran ini.

Mengenangkan kembali kejadian yang berlaku... ada sesuatu yang tak mungkin aku lupa dan bakal di kenang sampai bila-bila... dan dijadikan peringatan dan lucu... Bolehlah dikatakan aku saksi kejadian ini kerana aku melihat sendiri bagaimana ianya terjadi... 

Semuanya sungguh jelas di mata aku bagaimana budak lelaki yang memandu kereta berkenaan meluru masuk dan cuba memintas bas yang kami naiki. Dan sedari awal lagi bila aku nampak kereta berkenaan dipandu laju aku sudah berkata-kata dalam hati malah melafazkannya. 

Cukup tiga kali aku melafazkan kata-kata "kena kang ni"... ya serentak dengan itu kami semua dalam bas mendengar dentuman yang kuat. Ada beberapa jemaah di dalam bas yang tercampak dari tempat duduk termasuk mutawif kami.

Dalam keadaan panik dan terkejut itu kami dalam bas masih boleh ketawa bila masing-masing dapat tahu aku yang melafazkan kata-kata 'kena kang ni'. Ustaz mutawif cakap, sebaik aku lafazkan kata-kata itu malaikat mengaminkannya. Ini kat Mekah! Dan kata-kata itu jadi bahan gurauan pulak selepas itu.

(nota sweetie: aku sempat menghantar wasap menceritakan kejadian ini pada Ojet... Ojet cakap "mak punnn, biasa bonar cakap macam tu." Aku cakap, aku terlupa yang aku berada di Mekah! hehehhe...)

14 comments:

  1. kena jaga hati dah lidah semasa di sana ...cepat sangat jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul nieda... mmg sentiasa saya ingatkan diri lebih2 lagi ketika berjalan menuju ke masjid melalui kawanan burung merpati yg banyak... tp entah kenapa time saya nampak kereta yg dipandu laju oleh budak2 tu terus je terkeluar perkataan tu. Rakan yg duduk sebelah saya mmg pecah perutlah ketawa sebaik eksiden tu berlaku.

      Delete
  2. heh..heh..lucu pula baca kisah sweetie tp kat Mekah lafaz mnjadi doa yg cpt dimakbul..kdg trlpas ckp tnpa sengaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya kak PI bukannya sengaja... spontan je kata-kata tu terkeluar dari mulut saya.

      Delete
  3. akan memutih khemah2 di Arafah pd musim haji..in shaa Allah, didoakan dapat mengerjakan haji pula selepas ini..

    Alhamdulillah, semuanya selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 begitulah nohas... dapat panggilan dlm masa setahun dua ni.

      Delete
  4. Adoiiii
    Tergelak saya bca 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. �� hehehe... ada lgi dugaannya selepas insiden ni irfa... boleh jadi hepily ever after... sebelum saya balik M'sia... sebab tu saya mesti 'sudahkan' catatan kenangan umrah saya ni sampai habis.

      Delete
  5. haaa kan dah kena...cuba tahan ye sweetie tapi akhirnya terkeluar jugakan. itulah kan dekat sana kalau boleh cakap yang baik2 je kan. tergelak saya baca, tapi kesian jugalah budak tu dah la tak berlesen tapi nak buat macam mana dah nak terjadikan

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kenangan takleh lupa... bila lagi kita dapat bersama ke sana bersama.

      Delete
  7. Hehehe orang kata apa yang diucapkan di bumi Mekah, walau dalam hati, boleh makbul... mujur semuanya ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila saya ingat2 balik kejadian ni, mmg saya senyum2 sendiri Nora. Itulah kenangan kan...

      Delete