Friday, February 16, 2018

Tertidur Keletihan...

Kali pertama berdiri memandang kaabah, hati terasa sebak. Tanpa sedar airmata bergenang.

Bermula dari lampu hijau di penjuru Hajarul Aswad aku mula melangkah... selangkah demi selangkah bersama ribuan umat Islam lain. Setiap pusingan dan langkahku sarat dengan doa. Moga segala kesilapan yang dilakukan dalam sedar atau tanpa sedar selama ini diampunkan yang Maha Esa.

Hingga selesai pusingan yang ketujuh aku berpelukkan dengan rakan yang memimpin sepanjang melakukan tawaf... sambil menyeka airmata yang bergenang di kelopak mata.

Syukur, aku berjaya menyudahkan tawaf dan saie kemudian menggunting tiga helai rambut. Selesai sudah umrah pertama.

Kenangan bersama rakan kumpulan setelah selesai
menyempurnakan tawaf. 

Dalam perjalanan pulang ke hotel nampak banyak kedai-kedai makan di kiri kanan jalan... dan aku lihat ramai orang beratur. Dan bersesak-sesak. Aku ingatkan pelanggan yang menunggu giliran membeli makanan... Rupanya tidak. Mereka mengharapkan sedekah dari pelanggan lain yang lalu lalang di situ.

Menurut ustaz mutawif kebanyakkan mereka itu jemaah yang datang dari India, Bangladesh dan negara yang berhanpiran. Mereka cuma datang dengan duit tambang tanpa tempat penginapan dan duit makan. Melihatkan keadaan itu, terfikir dalam hati, "aku datang dengan duit yang cukup. Boleh beli apa saja yang diinginkan dan makan serta tempat penginapan yang selesa. Betapa besarnya nikmat yang aku perolehi."

Kemudian aku nampak kedai jual nasi beriani, hati tiba-tiba teringin... dan beli sebungkus. Hajat hati ingin makan bersama rakan-rakan sebilik. Tapi sampai saja di bilik aku tertidur keletihan.

(nota sweetie: Paling nikmat, minum air zam-zam usai menyempurnakan tawaf sebelum menuju ke bukit safa untuk memulakan saie.)

14 comments:

  1. SUBHANALLAH BERKAT IBADAH UMRAH SWEETIE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga umrah saya itu umrah yg maqbulah kak PI.

      Delete
  2. dan rindu bertandang lagi...ingin mengulang ke tanah ambia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sama Nieda dan berharap akan 'mendapat jemputan' lagi di masa akan datang.

      Delete
  3. Alhamdulillah...pertama kali memandang kaabah di depan mata, mmg rasa sayu, rasa syukur yg amat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nohas, tak dapat nak gambarkan perasaan tu...

      Delete
  4. Salam Sweetie, lamanya tak datang melawat sini. Seronoknya sweetie menjalankan umrah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Linda, umrah pertama saya.

      Delete
  5. Mak saya ckp rasa air zam zam kt mekah sedap
    Blik malaysia rasa lain

    ReplyDelete