Sunday, February 4, 2018

Dugaan lagi, batal wuduk aku...

Aku ini sorang yang agak payah untuk 'lelap'. Sejauh manapun perjalanannya pasti aku tak akan tertidur. Begitulah selama penerbangan menuju ke Jeddah. Sepicing pun aku tak tidur. Mata aku sentiasa melihat ke skrin yang menunjukkan di mana kapalterbang yang aku naiki ini berada.

Ketika kapalterbang hampir melintasi Qarnul Manazil dan sebelum pengumuman di buat oleh pramugari aku ke bilik air dan mengambil wuduk.. solat sunat dan selesai saja aku terus berniat. Seperti yang di pesan oleh ustaz yang memberikan kursus aku membaca niat bersyarat. Kemudian duduk diam-diam sambil menjaga pantang larangnya. Sambil memejamkan mata aku bertalbiah dalam hati... sudah tak sabar rasanya.

Sebaik nampak saja menara jam ini dalam 
perjalanan masuk ke Kota Mekah hati bagai 
diruntun-runtun ingin segera sampai.

Subuh 13 Januari, sebaik melangkah masuk ke terminal airport Jeddah, kami penumpang SV835 di sambut mesra oleh para petugas airport. Ucapan "selamat datang, selamat pagi" tak putus-putus kami terima... mereka menunjukkan arah jalan untuk beratur bagi pemeriksaan imigresen.

Oleh kerana aku datang bersendirian, aku beratur dibelakang ustaz mutawif yang akan 'memandu' group aku sepanjang mengerjakan umrah. Sementara yang lain dari kumpulan aku beratur di barisan lain bersama ahli keluarga mereka. Ya, dalam kumpulan aku, cuma aku sorang saja yang datang bersendirian.

Sambil berdiri menunggu giliran sempat juga aku memerhatikan suasana keliling. Kebanyakan petugas di kaunter imigresennya muda-muda dan 'cantik' dalam jubah mereka berwarna putih. Mereka amat peramah dan sentiasa tersenyum mengatur para jemaah umrah yang baru sampai. Berbeza sangat dari cerita-cerita yang aku dengar sebelum ini yang menggambarkan mereka ini serius dan berwajah bengis.

Line aku berbaris menunggu pemeriksaan pendek saja tapi tak tahu apa masalah di hadapan jadinya agak lama juga aku menunggu... sedangkan rakan-rakan sekumpulan dengan aku di barisan lain semuanya sudah melepasi pintu masuk.

Ketika aku berdiri di kaunter imigresen, petugas lelaki yang tadi kelihatan serius tersenyum dan bertanya pada aku, "nama siapa?"... Aku tanya dia balik, "You can speak Bahasa Malaysia?" dia jawab "no.." dan selamba saja dia menarik tangan aku dan meletakkannya di atas alat pengimbas cap jari.

Dugaan lagi... batal wuduk aku yang memang aku simpan untuk solat subuh kejap lagi. Insiden ini memang buat aku terkejut dan gerammmm!

Keluar dari terminal airport bas yang akan membawa kami seramai sembilan belas orang masuk ke kota Mekah sudah sedia menunggu. Suhu subuh itu sekitar 22 darjah celcius.

Sebaik saja bas yang membawa rombongan kami dari airport berhenti berhampiran hotel penginapan, azan subuh berkumandang dari Masjidil Haram. Syahdu sangat laungannya pada pendengaran aku. Dan aku melihat seperti dalam tv barisan orang ramai bersembahyang di atas jalanraya.

(nota sweetie: dicatat sebagai kenangan)

16 comments:

  1. mazhab lain kot. selamba je bersentuhan dengan perempuan..ada kot imigresen yg pakai sarung tangan...kenangan terindah, bersolat di Masjidil Haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg mazhab dorang dgn kita tak sama... tp saya rasa dia saja nak mengusik... pada saya geramlah... susah payah berwuduk dlm kapal... tau2 jelah kalau nak berwuduk dlm bilik air kapal kan... siksa...

      Delete
  2. Replies
    1. Barangkali sebab dia tengok saya sendirian tak berteman, itu yg dia berani mengusik agaknya.

      Delete
  3. DUGAAN YG XTERDUGA DAH NK BUAT MCM MANA..

    ReplyDelete
  4. Ohhh, pasti dah balik kan... I terlambattbaca.... Hmmm rindu nak pi sana lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan hampir sebulan kot saya balik... ya... entah bila boleh sampai ke sana lagi kan McK.

      Delete
  5. sayangnya wuduk terbatal.. dugaan yer sis... x dpt nak elak.. sabo jer la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer, mmg kena banyak2 bersabar... lagi-lagi masa tu dalam ihram.

      Delete
  6. Indahnya bila melihat jemaah beramai-ramai masuk masjid bila masuk waktu dan beramai-ramai keluar bila sudah selesai solat. Aduhaiiiii kenangan yang indah dapat solat depan kaabah. Semuga Allah menjemput lagi kita bersama-sama ke rumah Nya.Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah notie, amiiin.. mana tahu kala itu kita bersua muka ya.

      Delete