Wednesday, January 31, 2018

"Biar Betul!.."

Aku sedar, aku ini serba kekurangan dan naif dalam hal agama. Dan apabila aku tiba-tiba terpanggil untuk mengerjakan umrah ada bekas rakan sekerja yang 'menerima sinis' hajat aku ini. Masih ingat lagi aku akan katanya begini.. "biar betul!" bila dapat tahu aku akan ke Mekah. Mungkin pada pandangan matanya aku ini tidak layak untuk menjejakkan kaki ke Tanah Haram.

Jauh di sudut hati aku sedih dengan kata-katanya. Aku tak faham apa sebenarnya dalam hati dia. Dulu ketika aku mahu ke London untuk menjenguk si abang pun begitu juga. Dikatanya, 'buat apa buang duit pergi London, baik pergi Mekah." Dan bila aku mahu ke Mekah... pun salah juga pada dia.

Apapun, kata-kata itu aku jadikan penguat semangat. Selama tiga bulan aku sentiasa menghadiri kursus umrah yang di berikan oleh travel ejen yang akan aku ikut. Aku utarakan segala kemusykilan pada ustaz yang memberikan kursus. Malah jemaah lain yang sama-sama mengikuti kursus itu meyakinkan dan memberikan kata-kata semangat pada aku.

Kala orang lain dalam usia aku ini sudah beberapa kali mengerjakan umrah dan haji, namun bagi aku inilah pertama kali. Kerisauan itu tetap tidak mahu berganjak dari hati. Lebih-lebih lagi aku pergi bersendirian tanpa di temani suami dan anak-anak. Malah Ojet pun merungut dengan kakak aku, katanya aku ini tak sabar. Rancangannya dia pun nak ikut tapi time aku di Mekah itu dia ada exam di MII dan ujian kecergasan di INTAN.

Aku terfikir juga nak ajak seseorang sebagai teman ke sana... Yelah, pergi umrah ini bukan macam pergi melancong, senang-senang orang nak ikut. Banyak faktor yang perlu di ambil kira.

Dalam berkira-kira nak ajak siapa... aku teringat rakan sekolah masa darjah 6 dulu. Tak sangka pelawaan aku disambut baik. Dia bersetuju malah suami dan anak-anaknya juga ikut sekali. Persetujuannya ini memberi nafas lega kerana pada aku dia bukan saja sebagai teman malah tempat rujukan pada aku nanti. Dialah blogger yang aku maksudkan... seorang bekas guru dan ustazah.

Dan sehari sebelum berlepas, ada juga beberapa orang bekas rakan kerja dulu yang sudahpun mengerjakan ibadah umrah dan haji menalipon memberikan kata-kata semangat, tips serta doa-doa agar segalanya di permudahkan:

"Rabbi yassir wala tu' assir, rabbi tammin bil khoir" 

Rasanya inilah perjalanan paling indah pernah aku lalui... teringat lagi aku bagaimana rakan-rakan yang baru aku kenali yang duduk sebelah menyebelah dalam kapal terbang mengajar aku bagaimana mengambil wuduk dengan botol air spray.

Alhamdulillah berkat keazamanan ingin melakukan sesempurna mungkin, akhirnya  dipermudahkan jalan dan aku selamat menjejakkan kaki di Tanah Haram pagi subuh 13 Januari 2018. Lewat sehari seperti yang di jadualkan.

14 comments:

  1. Alhamdulillah dapat juga sweetie ke tanah suci.Siapa lah mereka nak menilai kita walaupun siapa kita dahulu.Yang penting kita istiqamah menjadi yang lebih baik.
    Saya pun tak jejak lagi ke tanah suci,belum ada rezeki lagi.sumber ekonomi keluarga selama ini dilaburkan untuk pelajaran anak2...moga sampai juga hajat saya ke sana sebelum menutup mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dulu gitu juga... sumber ekonomi habis utk membesarkan dan memberi pendidikan pada anak-anak. Tapi janji Allah itu tepat... sampai saatnya saya dapat juga jemputanNYA walaupun selama ini tak menyimpan pun utk perjalanan ni tpi ada je sumber rezekinya. Semuanya sudah tertulis kan...

      InsyaAllah Saniah... bila kita sudah memasang impian sampai saatnya pasti kita dapat juga menjejakkan kaki ke Tanah Haram.

      Delete
  2. Indahnhya perjalanan ini , semoga diberkati ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...jemputan Allah menjadi tetamuNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya alhamdulillah, jemputan tiba tika saya masih sihat. Harapan saya akan di jemput pula untuk mengerjakan haji dalam setahun dua ni.

      Delete
    2. Aamiin semuga Allah memakbulkan doa sweetie.

      Delete
  4. bila dah pulang terasa rindu tanah haram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Nieda, rindu yang tak boleh di ungkap dgn kata-kata... entah bila boleh bersua kembali kan.

      Delete
  5. Haha....blogger lah sgt.Dah bersawang2 blog tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masa-masa lapang tu buatlah catatan. Banyak yang boleh di ceritakan... kisah kolam ikan, kebun sayur sekeliling rumah tu.. aktiviti masa lapang sepanjang jadi 'penganggur ni' eh! mcm2 lah..hehhehe.

      Delete
  6. Biarlah orang nak kata sinis ke pandang rendah ke yang penting Allah menjemput kita ke rumahNYA. Apa juga pandangan manusia biarlah yang penting apa pandangan Allah pada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya notie... kata2 itu seringkalinya membuat kita 'sakit'.

      Delete